SEBANYAK 2,863 kes jangkitan baharu Covid-19 dicatatkan semalam berbanding 2,728 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,711,415 kes.
Bagi kes sembuh pula dilaporkan sebanyak 4,752 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,631,508 kes.
Sebanyak enam kes kematian dilaporkan semalam dan satu daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,032 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,656 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 43,875 kes dengan 41,996 kes atau 95.7 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 34 kes atau 0.1 peratus di Pusat dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,790 kes atau 4.1 peratus pesakit dirawat di hospital, 17 kes atau 0.0 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 38 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN