JANGKITAN baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 3,213 kes semalam berbanding 2,783 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,721,666 kes.
Bagi kes sembuh pula dilaporkan sebanyak 3,847 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,602,625 kes.
Sebanyak lapan kes kematian dilaporkan semalam dan dua daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,977 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,644 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 44,664 kes dengan 43,080 kes atau 96.5 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 20 kes atau 0.0 peratus di Pusat dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,510 kes atau 3.4 peratus pesakit dirawat di hospital, 21 kes atau 0.0 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 33 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN