ANGKA jangkitan baharu Covid-19 menunjukkan penurunan dengan mencatatkan sebanyak 3,936 kes semalam berbanding 5,047 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,622,981 kes.
Bagi kes sembuh pula dilaporkan sebanyak 3,899 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,544,615 kes.
Sebanyak tujuh kes kematian dilaporkan semalam dan tiga daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,855 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,605 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 42,511 kes dengan 40,933 kes atau 96.3 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 33 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,484 kes atau 3.4 peratus pesakit dirawat di hospital, 23 kes atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 38 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN