Facebook Twitter
    Trending
    • Naik turun tangga buat badan jadi langsing?
    • 10 individu paling kaya di dunia
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    • Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso
    • Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026
    • Kewangan

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026
    • Pendidikan

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Jangan tangkap muat guru subjek Muzik

    Jangan tangkap muat guru subjek Muzik

    By CHONNEL GEORGEJuly 15, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SUBJEK Muzik di sekolah naungan kerajaan perlu diajar oleh guru opsyen Muzik, bukan diserahkan kepada guru-guru opsyen lain. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    AMBILAN 18,702 guru sekali ambil (one-off) secara zahirnya berpotensi meleraikan lambakan graduan dalam profesion keguruan di Malaysia. Namun begitu, masih wujud beberapa pertikaian yang mencetuskan polemik bagi ambilan ini sementelahan opsyen pendidikan muzik di sekolah naungan kerajaan.

    Menurut sumber, calon lulus bagi opsyen ini boleh dihitung dengan jari merujuk kepada ambilan guru secara one-off yang diumumkan baru-baru ini. Senasib dengan graduan Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK) yang dikhabarkan hanya 12 calon yang lulus daripada 1000 orang.

    Berdasarkan pencarian, kohort terakhir bagi ambilan opsyen Pendidikan Muzik berakhir pada 2017, bagi ambilan guru DG41 buat graduan pendidikan universiti awam. Manakala, pada tahun 2020, ambilan opsyen ini dibuka bagi anak kelahiran semenanjung Malaysia, namun kekal malap di Sabah dan Sarawak.

    Persoalannya, siapakah yang mengajar subjek Pendidikan Muzik di sekolah sekiranya hampir lima tahun opsyen ini tiada pengambilan guru? Adakah amalan tangkap muat guru muzik benar-benar dilaksanakan di sekolah?

    Merujuk perbualan bersama guru yang hanya dikenali sebagai cikgu Ummi, beliau agak terkelu apabila diberikan tugas mengajar muzik di sekolah.

    “Sekolah saya tidak mempunyai guru opsyen muzik. Disebabkan itu, guru bukan opsyen terpaksa mengajar subjek ini.

    “Sejujurnya, saya merasa serba salah mengajar muzik di sekolah disebabkan kepakaran saya adalah bidang STEM, bukan Muzik.

    “Saya keliru nak mengajar subjek ini sedangkan tiada asas kemahiran muzik. Bagaimanakah pembelajaran bermakna dapat dicapai sekiranya guru sendiri tidak mahir? Ramai lagi graduan muzik yang lebih layak berbanding saya,” kata cikgu Ummi dengan nada hiba.

    Beliau kemudian menambah, rakan-rakannya di sekolah berlainan turut mengajar subjek muzik meskipun tersimpang jauh daripada bidang kepakaran.

    Mata pelajaran muzik ini tidak boleh sewenangnya diwakili oleh guru yang bukan opsyen memandangkan subjek ini memerlukan penguasaan teori dan kemahiran bermain alat muzik. Adakah guru bukan opsyen muzik lazim mendengar pendekatan Kodaly, Carl Off, Dalcroze dan Suzuki? Sudah pasti tidak! Kaedah pendekatan tersebut boleh diterapkan bagi melahirkan variasi warna di dalam bilik darjah.

    Jika melihat kepada struktur pembelajaran sekolah rendah, pendidikan muzik merupakan mata pelajaran teras, manakala di peringkat menengah sebagai elektif. Namun, mengapakah subjek ini sewenangnya diberikan kepada guru bukan opsyen? Pengajaran muzik lebih banyak memerlukan praktikal berbanding teori. Jika tidak, suasana bilik darjah akan kelihatan kaku dan hilang nilai keseronokan.

    Seperti termaktub pada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, terdapat frasa ‘memperkembangkan potensi individu’. Perkara ini sukar direalisasikan sekiranya guru yang mengajar subjek muzik seorang yang buta pic (pitch deaf).

    Bukankah dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Muzik ada menyebut bahawa guru perlu menunjukkan demonstrasi bermain alat muzik?

    Menurut perbualan bersama Richard Antaim, graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Muzik di sebuah universiti awam, dia menzahirkan kekecewaan berkenaan keputusan temu duga ambilan guru sekali ambil (one-off) baru-baru ini.

    “Saya antara calon yang tidak berjaya dalam ambilan guru one-off. Bayangkan, dalam ratusan calon yang ada, hanya 10 orang sahaja yang lulus.

    “Lima tahun menantikan peluang ini, tetapi hasilnya sedemikian rupa. Saya tertanya, siapakah yang mengajar subjek muzik di sekolah? Mengapa graduan muzik seolah-olah dianaktirikan? Pihak kementerian perlulah bersikap adil kepada kami,” kata Richard ketika dihubungi.

    Pihak-pihak berwajib harus bersikap lebih peka serta mencantas budaya serkap jarang berkenaan subjek muzik yang kerap dipandang sebelah mata. Adakah benar stigma graduan muzik hanya tahu menyanyi dan bermain gitar telah menular di pihak atas? Amalan cemerkap ini jelas perlu dihentikan.

    Sekiranya benar subjek pendidikan muzik ini masih dianggap penting di Malaysia, maka tempatkanlah guru opsyen muzik di sekolah naungan kerajaan. Sekiranya tidak, maka subjek ini perlu dipertimbang untuk dimansuhkan daripada struktur pendidikan negara bagi mengelakkan sekadar indah atas kertas, duka secara hakikat.

    Tuntasnya, pengajaran muzik tidak boleh berkiblatkan pada kertas semata-mata. Guru opsyen muzik wajib diberikan keutamaan bagi mengajar subjek ini agar hasil pembelajaran bermakna dapat dicapai. – RELEVAN

    Penulis merupakan wakil Gerakan Graduan Pendidikan Universiti Awam (GGPUA).

    Previous Article6 tip untuk tidur lebih lena dan berkualiti
    Next Article 4,098 kes jangkitan baharu Covid-19

    Artikel berkaitan

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026
    Artikel Terkini

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.