KES jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 3,589 kes semalam berbanding 4,020 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,589,911 kes.
Bagi kes sembuh pula dilaporkan sebanyak 2,224 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,518,912 kes.
Sebanyak enam kematian dilaporkan semalam dan dua daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,801 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,593 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 35,198 kes dengan 33,888 kes atau 96.3 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 27 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,241 kes atau 3.5 peratus pesakit dirawat di hospital, 17 kes atau 0.0 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 25 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN