Facebook Twitter
    Trending
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    • Petanda anda seorang ‘picky eater’
    • Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?
    • Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini
    • Apabila rambut beruban proses melindungi diri
    • Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?
    • Apa itu alam pekerjaan sebenar
    • Gaji besar tapi simpanan sikit
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025
    • Kerjaya

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 Soalan Korban dan Haji #2: Persoalan-persoalan tentang ibadah korban

    5 Soalan Korban dan Haji #2: Persoalan-persoalan tentang ibadah korban

    By July 8, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    PADA 10 Julai ini, umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Sambutan pada setiap 10 Zulhijjah kalendar Hijrah itu biasanya disusuli dengan ibadah korban yang sunat dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

    Ibadah ini dilaksanakan untuk umat Islam mengingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim yang diperintahkan Allah untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail. Sehingga ke hari ini, umat Islam akan mengorbankan binatang sembelihan seperti lembu, kambing atau unta pada 10 Zulhijjah dan hari-hari tasyrik untuk memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

    Siri 5 Soalan Haji dan Korban kali ini akan mengutarakan lima persoalan berkenaan ibadah korban bagi meleraikan kekeliruan orang ramai. Semua jawapan yang dikemukakan diambil dari Irsyad al-Fatwa Edisi Haji dan Korban Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

    • Adakah larangan memotong rambut bagi orang yang melakukan korban meliputi segala jenis bulu pada badan?

    Menurut Irsyad al-Fatwa Edisi Haji dan Korban Siri 57,  hukum menghilangkan rambut atau kuku pada badan untuk orang yang ingin melaksanakan korban adalah makruh. Perbuatan menghilangkan itu itu termasuk perbuatan seperti mencukur atau memendekkan rambut, memotong kuku atau mematahkannya.

    Larangan tersebut juga tidak hanya tertumpu kepada rambut di atas kepala sahaja, malah seluruh bulu yang ada pada badan seperti bulu ketiak, janggut, misai, bulu ari-ari dan sebagainya. 

    • Hukum menyimpan daging korban lebih daripada tiga hari

    Terdapat hadis riwayat Muslim dari Abu Ubaid bahawa Rasulullah SAW menegah daripada menyimpan daging korban melebihi tiga hari. Namun, terdapat juga banyak hadis yang menunjukkan keharusan menyimpan daging korban melebihi tiga hari.

    Menurut Irsyad al-Fatwa Edisi Haji dan Korban Siri 7, pendapat yang mengharuskan menyimpan daging lebih daripada tiga hari lebih tepat dan ia memansuhkan pendapat yang melarang.

    Ia juga melihat kepada sebab mengapa Rasulullah SAW melarangnya kerana ketika itu, sedang berlaku musim lapar dan tujuan larangan tersebut adalah untuk membantu mereka yang berada dalam kesusahan.

    • Hukum memberi sedekah daging korban yang dimasak

    Para ulama menetapkan bahawa daging korban wajib disedekahkan sebahagian daripadanya kepada golongan fakir miskin dalam keadaan mentah, bukan telah dimasak atau dikeringkan.

    Irsyad al-Fatwa Edisi Haji dan Korban Siri 26 menjelaskan, kadar sebahagian itu tidak ditetapkan, bahkan boleh diberikan dalam kuantiti yang sedikit atau kepada seorang fakir miskin sahaja. Baki daging korban selepas disedekahkan sebahagiannya itu pula boleh dimasak dan diadakan kenduri untuk dijamu kepada orang ramai.

    • Pembahagian daging korban yang afdal

    Menurut Irsyad al-Fatwa Edisi Haji dan Korban Siri 23, pembahagian daging korban yang afdal bergantung kepada korban yang dilaksanakan itu sama ada korban sunat atau nazar.

    Untuk korban nazar, wajib disedekahkan kesemua daging korban kepada fakir miskin dan pembuat korban tidak boleh memakan sebahagian daripadanya. Jika ia korban sunat pula, cara yang afdal ialah menyedekahkan kesemua daging bagi mencapai tujuan korban tersebut, serta memakan sedikit daripadanya untuk beramal dengan zahir nas al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.

    • Hukum memberikan daging korban sebagai upah penyembelih

    Irsyad al-Fatwa Edisi Haji dan Korban Siri 16 menjelaskan, tidak dibolehkan memberi upah berupa bahagian korban kepada tukang sembelih. Namun, organisasi atau individu yang melaksanakan korban tersebut boleh memberi upah kepada penyembelih menggunakan harta mereka sendiri, bukan dari bahagian korban.

    Daging korban tidak boleh dijadikan upah buat tukang sembelih tetapi jika tukang sembelih itu sendiri termasuk dalam kalangan fakir miskin, pemberian daging korban kepadanya dibolehkan atas dasar dia sebagai fakir miskin. Upah pula diberikan bukan dari bahagian korban. – RELEVAN

     

    *Artikel ini merupakan ringkasan bagi jawapan-jawapan yang disediakan dalam Irsyad al-Fatwa Haji dan Korban, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Pembaca digalakkan untuk menekan pautan pada perkataan berwarna merah untuk membaca keseluruhan perbahasan serta dalil-dalil untuk setiap soalan.

    Previous Article4,020 kes jangkitan baharu Covid-19
    Next Article 3,589 kes baharu Covid-19 semalam

    Artikel berkaitan

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026

    Petanda anda seorang ‘picky eater’

    January 19, 2026

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026
    Artikel Terkini

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026

    Petanda anda seorang ‘picky eater’

    January 19, 2026

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.