Facebook Twitter
    Trending
    • Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?
    • Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra
    • Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?
    • Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?
    • 6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia
    • Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?
    • Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap
    • Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026

      Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza

      February 28, 2026

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026
    • Kewangan

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026

      Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

      March 3, 2026

      Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?

      March 2, 2026

      Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

      February 26, 2026
    • Pendidikan

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 tip menjalani latihan industri dari pelatih Relevan

    7 tip menjalani latihan industri dari pelatih Relevan

    By Nur Umi Fatehah Mohd KamalJune 30, 2022Updated:June 30, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    LATIHAN industri atau praktikal diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan pengalaman bekerja yang sebenar di samping memberi pengetahuan yang diperoleh melalui pemerhatian dan penglibatan secara langsung.

    Pelajar akan memperoleh kemahiran dalam etika kerja, komunikasi, pengurusan dan bidang lain hasil daripada latihan industri. Tambahan pula, program latihan secara langsung membolehkan pelajar menghubungkan pengetahuan akademik dan mengaplikasikannya secara praktikal.

    Saya, Umi Fatehah merupakan salah seorang pelajar praktikal di bawah Media Mulia Sdn. Bhd. yang ditugaskan untuk berkhidmat di bawah portal Relevan selama tiga bulan.  Sepanjang tempoh tiga bulan menjalani latihan praktikal, saya belajar tentang kaedah penulisan, pembentukan idea, proses mendapatkan maklumat daripada sumber dan pengurusan masa serta tugasan.

    Di bawah, saya akan kongsikan beberapa tip kepada pelajar-pelajar yang bakal menghadapi kehidupan sebagai seorang ‘intern’ dalam bidang dan industri masing-masing berdasarkan pengalaman tiga bulan saya bertugas di portal ini.

    • Bersedia dari segi mental dan fizikal

    Lakukan segala persiapan pada malam sebelumnya.  Dapatkan tidur yang nyenyak untuk memastikan mental dan fizikal dapat berfungsi dengan baik ketika bekerja.  

    Jika anda berasa terlalu teruja atau cemas, salurkan tenaga untuk melakukan visualisasi mental bagi menyiapkan diri untuk menghadapi hari baharu dengan cabaran yang baharu.

    • Tanamkan sifat banyak bertanya

    Malu bertanya, sesat jalan. Sepanjang tempoh praktikal ini, niat kita adalah untuk belajar.  Jadi, jangan segan silu untuk bertanya kepada staf yang lebih berpengalaman.  Jika anda terus berdiam diri kerana malu untuk bertanya, kerja yang diberikan tidak dapat diselesaikan dengan baik.  

    Gunakan tempoh praktikal ini sebaik mungkin untuk belajar setiap kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan dalam dunia pekerjaan yang sebenar.  

    • Berdisiplin

    Cuba sebaik mungkin untuk menjaga disiplin dengan datang pada awal waktu.  Seeloknya datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu bekerja.  Lebih baik awal daripada lambat.  Sekiranya sampai lambat, ini akan memburukkan tanggapan majikan kepada kita. 

    Sekiranya mampu, selesaikan tugasan dalam masa yang ditetapkan.  Elakkan penangguhan tugasan kerana di kemudian hari, tugasan akan menimbun dan membebankan.

    Peluang untuk mendapat tawaran bekerja tetap juga mungkin tipis sekiranya majikan mempunyai tanggapan buruk.  

    Selain menjaga pengurusan masa, datang ke pejabat dengan pakaian yang kemas dan sopan.  Ikut kod pakaian jika ia disediakan. Untuk lebih selamat, rujuk dengan majikan atau Jabatan Pengurusan Manusia terlebih dahulu.  Sentiasa pilih pakaian yang selesa dan menampilkan keyakinan. 

    • Kekalkan sikap dan pemikiran yang positif

    Kekalkan sikap positif sepanjang tempoh praktikal. Kadangkala, anda mungkin mendapati pekerjaan atau tugasan yang ditugaskan tidak berkaitan dengan minat. Tidak dinafikan ada kalanya timbul rasa ingin putus asa.  Namun, ini merupakan perkara biasa.

    Namun, jangan berputus asa.  Jadikan perasan ingin putus asa itu menjadi pembakar semangat untuk terus tingkatkan skil dan prestasi.  

    Sekiranya timbul rasa ingin putus asa, dapatkan sokongan emosi dan mental daripada rakan-rakan mahupun majikan sendiri.  Jika berseorangan, khuatir fikiran merewang sehingga membuat keputusan yang tidak wajar.

    • Buat catatan

    Setiap ilmu yang diturunkan, buat catatan dalam buku nota untuk menjadi rujukan di masa hadapan.  Maklumat yang diberikan mungkin terlalu sarat untuk sekadar ingat di dalam fikiran sahaja.  Sediakan sebuah buku nota dan pen.

    Mencatat nota dapat memastikan anda tidak terlepas sebarang maklumat yang berkaitan semasa taklimat dan perbincangan. Ia juga menunjukkan kepada majikan bahawa anda mengambil serius terhadap kerja.

    • Bina rangkaian 

    Dari hari pertama praktikal, biasakan diri untuk berjumpa dan bina rangkaian dengan seberapa ramai kenalan.  Ambil inisiatif untuk memulakan perbualan dengan rakan sekerja atau memperkenalkan diri kepada pekerja dari jabatan lain. 

    Bagi yang mempunyai personaliti yang introvert, latih diri untuk bersikap mesra, sopan dan cuba untuk bergaul dengan pekerja lain. Akan tetapi, jaga had dalam perbualan untuk mengelakkan menyinggung perasaan orang lain. – RELEVAN

    Previous ArticleLokasi persembunyian, anak isteri dan sebab Mat Kilau tukar nama
    Next Article 10 tanda anda menghidap penyakit buah pinggang

    Artikel berkaitan

    Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

    March 4, 2026

    Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

    March 4, 2026

    Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

    March 3, 2026

    Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

    March 3, 2026

    6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

    March 3, 2026

    Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?

    March 2, 2026
    Artikel Terkini

    Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

    March 4, 2026

    Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

    March 4, 2026

    Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

    March 3, 2026

    Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

    March 3, 2026

    6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

    March 3, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.