Facebook Twitter
    Trending
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    • Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?
    • Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang
    • Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?
    • Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026
    • Kewangan

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026
    • Pendidikan

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Peranti khas navigasi bantu pesakit demensia cari arah

    Peranti khas navigasi bantu pesakit demensia cari arah

    By Zubaidah IbrahimJune 23, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    ARAHAN visual seperti membaca paparan peta merupakan teknik biasa untuk mencari arah atau bantuan navigasi. Walau bagaimanapun, perkara itu menjadi halangan kepada mereka yang mengalami penurunan ketajaman visual dan deria lain.

    Perkara tersebut biasanya terjadi kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas yang mempunyai masalah gangguan kognitif.

    Oleh itu, terdapat keperluan untuk menghasilkan peranti navigasi bagi membantu golongan ini apatah lagi mengikut rekod Banci Malaysia 2020 mendapati berlaku pertambahan jumlah penduduk warga emas di Malaysia.

     Sehubungan itu, penyelidik dari Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia (UPM), Ts. Dr. Rosalam Che Me telah membangunkan inovasi dengan teknologi haptik yang direka khusus sebagai peranti navigasi untuk warga emas yang mengalami gangguan kognitif seperti demensia.

    ROSALAM

    Sistem peranti tersebut dilengkapi dengan teknologi rangsangan haptik sebagai isyarat utama tanpa memerlukan arahan visual dan konsep navigasi ini menyediakan maklumat navigasi yang paling mudah iaitu bergerak ke kiri, kanan dan hadapan.

     Menurut Rosalam, peranti ini direka bentuk supaya boleh dipakai seperti tali pinggang. Ia dilengkapi dengan siri motor getaran mini yang menghasilkan rangsangan haptik dalam bentuk gelombang (waveform).

     “Siri motor getaran disusun secara mendatar mengikut urutan seperti tali pinggang yang mengikut garis pinggang dan ia diaktifkan dengan selang masa untuk menghasilkan isyarat haptik dalam bentuk gelombang (waveform).

    “Isyarat haptik bentuk gelombang bertujuan bagi menghasilkan rasa seperti ditolak atau push sensation kepada pengguna apabila memakai peranti ini dan membantu mendorong pengguna mengambil arah yang betul,” katanya.

    Tambah beliau, garis pinggang adalah salah satu bahagian badan terbaik untuk teknologi maklum balas haptik kerana ia tidak mengganggu pergerakan serta mempunyai kepekaan tinggi untuk merasakan isyarat haptik.

    “Penambahan isyarat bunyi ke dalam sistem ini dapat menambah kecekapan reka bentuk keseluruhan peranti. Isyarat bunyi dalam bentuk arahan suara akan diberikan kepada pengguna secara serentak apabila isyarat haptik dihasilkan. Sebagai contoh,  belok kanan, belok kiri dan bergerak ke hadapan.

    “Sistem peranti ini dilengkapi dengan aplikasi mudah alih bersepadu yang bertujuan untuk memantau pengguna apabila peranti sedang digunakan. Aplikasi tersebut membolehkan aktiviti mereka dan tempat yang dilawati dipantau dan direkodkan dalam sistem.

    “Ia akan dapat meningkatkan kebebasan pengguna serta pada masa yang sama mengadaptasi amalan norma baharu ketika fasa endemik,” jelasnya.

    Rosalam memberitahu, ciri-ciri peranti yang tidak rumit adalah penting untuk mengelakkan gangguan atau kekeliruan oleh pengguna semasa mencari jalan terutamanya bagi warga emas yang mengalami gangguan kognitif seperti dementia.

    Peranti navigasi bantuan ini juga direka untuk membolehkan pemantauan dan penyeliaan pengguna. Aplikasi mudah alih yang disertakan dapat menyediakan maklumat yang berguna untuk tujuan pemantauan, terutamanya kepada penjaga atau ahli terapi menerusi paparan visual dalam bentuk video dan imej daripada kamera yang dipasang pada peranti.

    Penggunaan aplikasi ini dapat meningkatkan keyakinan terhadap penjaga untuk membenarkan pengguna menggunakan peranti tanpa pengawasan dan pada masa yang sama meningkatkan kebebasan pengguna. -RELEVAN

    Previous Article2,425 kes baharu Covid-19, 4 kematian dilaporkan semalam
    Next Article 2,796 kes baharu Covid-19, 1 kematian dilaporkan semalam

    Artikel berkaitan

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026

    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    March 7, 2026
    Artikel Terkini

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.