Facebook Twitter
    Trending
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    • Petanda anda seorang ‘picky eater’
    • Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?
    • Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini
    • Apabila rambut beruban proses melindungi diri
    • Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?
    • Apa itu alam pekerjaan sebenar
    • Gaji besar tapi simpanan sikit
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025
    • Kerjaya

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Lebih 70 peratus wanita didiagnosis pada tahap 3 dan 4 kanser ovari

    Lebih 70 peratus wanita didiagnosis pada tahap 3 dan 4 kanser ovari

    By June 20, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    NEGARA kehilangan sebutir lagi bintang seni, Adibah Noor yang meninggal dunia pada pukul 7.40 malam, Sabtu baru-baru ini kerana menghidapi penyakit kanser ovari tahap empat.

    Berita pemergian Allahyarham yang berusia 52 tahun itu mengejutkan orang ramai kerana tidak menyangka arwah menderita kanser ovari kerana beliau merahsiakan penyakit tersebut daripada pengetahuan umum termasuklah ahli keluarga.

    Menerusi perkongsian Kementerian Kesihatan dalam Instagramnya, kanser ovari merupakan kanser di bahagian ovari iaitu sepasang organ yang menghasilkan ovum dan hormon wanita.

    “Antara faktor-faktor risiko kanser ovari adalah umur lanjut, obesiti, sejarah keluarga, penggunaan ubat hormon selepas menopaus dan individu yang lewat mendapat anak atau tidak pernah hamil,” jelas Kementerian Kesihatan.

    Sementara itu, Malaysia National Cancer Register Report (2012 -2016) mendapati kanser ovari merupakan yang keempat tertinggi dalam kalangan wanita di Malaysia.

    Antara tanda-tanda kanser ovari ialah:

    • Turun berat badan
    • Perut kembung
    • Sakit di pelvik/bahagian bawah perut
    • Masalah pemakanan atau cepat kenyang
    • Perubahan kitaran haid

    Menurut Hospital Gleneagles, sebanyak 140,000 kematian dicatatkan setiap tahun di seluruh dunia disebabkan oleh kanser ovari dan dianggarkan 500 wanita disahkan menghidap kanser ovari setiap tahun di Malaysia.

    “Tiada faktor risiko yang diketahui bagi kebanyakan pesakit kanser ovari. Walau bagaimanapun, sejarah keluarga adalah penting kerana kira-kira lima hingga 10 peratus pesakit kanser ini adalah faktor keturunan.

    “Wanita yang mewarisi gen BRCA1 dan BRCA2 iaitu gen yang dikaitkan dengan kanser ovari adalah berisiko lebih tinggi untuk menghidap kanser ovari dan kanser payudara,” terang Hospital Gleneagles.

    Kanser ovari pada peringkat awal menunjukkan sedikit simptom atau tiada langsung gejala tidak spesifik.

    Gejala samar-samar itu menyebabkan penyakit itu berkembang tanpa dapat dikesan di peringkat awal. Kira-kira 70 peratus wanita didiagnosis pada tahap tiga atau empat penyakit ini dengan kadar kelangsungan hidup selama lima tahun hanya 30 peratus.

    Untuk membantu pengesanan lebih awal, simptom yang tidak jelas perlu dinilai dengan teliti. Sehubungan itu, Hospital Gleneagles kongsikan antara simptom-simptom kanser ovari.

    • Perut kembung atau berasa kenyang
    • Anoreksia (kurang selera makan dan penurunan berat badan)
    • Loya
    • Muntah-muntah
    • Sakit di bahagian perut bawah
    • Pendarahan faraj atau lelehan yang tidak normal
    • Pendarahan faraj tidak teratur antara haid atau selepas menopaus
    • Sakit belakang
    • Kerap membuang air kencing

    Justeru, Hospital Gleneagles menyarankan agar para wanita membuat pemeriksaan pelvis dengan pakar ketika rutin pemeriksaan pap smear bagi mengesan permasalahan sakit puan termasuk kanser ovari.

    Kadar kelangsungan hidup untuk kanser ovari adalah tinggi apabila ia didiagnosis lebih awal dan dirawat dengan sewajarnya.

    Dalam pada itu, Pengarah Pusat Kanser Universiti Rus, Amerika Syarikat, Amina Ahmed berkata, wanita cenderung mengabaikan tanda awal kanser ovari atau menganggap gejala yang muncul itu hanya berkaitan dengan penuaan, penambahan berat badan atau masalah lain yang kurang serius.

    “Itulah yang menyebabkan kanser ovari sukar dikesan di peringkat awal sedangkan pada tahap ini ia boleh disembuhkan.

    “Mengambil serius tanda awal kanser ovari juga penting kerana pada masa ini tiada kaedah saringan untuk wanita yang tiada simptom dan juga sejarah keluarga atau mutasi genatik BRCA (yang meletakkan mereka pada risiko lebih tinggi untuk menghidapi kanser ovari).

    “Jangan abaikan gejala biasa kanser ovari walaupun samar-samar. Kuncinya adalah memberi perhatian kepada berapa lama gejala bertahan,” katanya.

    Tambah beliau, kebanyakan pesakit kanser ovari telah mengalami selama berbulan-bulan gejala tersebut sebelum didiagnosis.

    Amina menasihatkan para wanita agar berjumpa dengan doktor jika simptom itu berlarutan selama satu hingga tiga minggu.

    “Amat menyedihkan apabila lebih 70 peratus wanita yang menghidap kanser ovari telah didiagnosis kanser di tahap akhir.

    “Dengan mengenali simptom ini lebih awal, para wanita mempunyai peluang untuk mendapatkan rawatan kanser ovari sebelum ia merebak,” tuturnya.-RELEVAN

    Previous Article1,690 kes baharu Covid-19, tiada kematian direkodkan semalam
    Next Article 2,093 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam

    Artikel berkaitan

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026

    Petanda anda seorang ‘picky eater’

    January 19, 2026

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026
    Artikel Terkini

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026

    Petanda anda seorang ‘picky eater’

    January 19, 2026

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.