Facebook Twitter
    Trending
    • 5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya
    • Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama
    • Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026
    • Pendidikan

      5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

      March 12, 2026

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » KKM sedia hadapi risiko monkeypox, lancar 5 strategi

    KKM sedia hadapi risiko monkeypox, lancar 5 strategi

    By KU SYAFIQ KU FOZIMay 26, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    PENULARAN virus cacar monyet (monkeypox) di beberapa buah negara baru-baru ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia. Ketika negara masih berhadapan pandemik Covid-19, kemunculan virus baharu pastilah menimbulkan rasa panik dalam kalangan rakyat.

    Penularan itu juga mendapat perhatian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) yang menerima laporan jangkitan daripada 12 negara ahlinya. Negara-negara tersebut adalah negara yang bukan endemik untuk virus cacar monyet.

    Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan melancarkan pelan strategik bagi menghadapi risiko penularan cacar monyet ke Malaysia berpandukan saranan daripada WHO.

    Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, pelan strategik tersebut merangkumi lima strategi yang akan dijalankan melalui kaedah kerjasama multisektoral; perundangan; sumber manusia, logistik dan peralatan, kewangan serta pendigitalan.

    Lima strategi tersebut ialah pengesanan awal kes; memperkukuh diagnostik, pengurusan kes, pengurusan kluster/wabak serta peningkatan pengetahuan dan kesedaran komuniti.

    Menurut Khairy, garis panduan bagi pengurusan kes cacar monyet di Malaysia telah disediakan dan diedarkan pada 23 Mei lalu kepada semua fasiliti kesihatan termasuk tatacara pengesanan dan pemberitahuan kes; pengambilan sampel bagi ujian makmal; siasatan dan pengurusan kes serta kontak rapat; langkah-langkah pencegahan dan kawalan serta pemantauan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA).

    Jelas beliau, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) juga bersedia untuk menjalankan ujian pengesanan virus cacar monyet dalam kalangan manusia.

    “Kementerian Kesihatan membantu Institut Penyelidikan Veterinar (VRI) membangunkan kemampuan untuk menjalankan ujian pengesanan orthopoxviruses bagi tujuan pengawasan dalam kalangan haiwan.

    “Kementerian juga meningkatkan kompetensi petugas kesihatan untuk mendiagnos dan menguruskan kes cacar monyet melalui sesi taklimat yang melibatkan pengamal perubatan kerajaan dan swasta serta anggota kesihatan di Jabatan Kesihatan Negeri, Pejabat Kesihatan Daerah, Pejabat Kesihatan PMA dan MKAK.

    “Hospital-hospital dalam keadaan siap sedia menerima kes yang disyaki cacar monyet untuk pengasingan dalam tempoh kebolehjangkitan dan rawatan sekiranya perlu,” katanya dalam sidang akhbar Menteri Kesihatan hari ini.

    Jelas Khairy, bagi memperkukuh pengawasan kejadian cacar monyet dalam kalangan haiwan termasuk haiwan import, kementeriannya akan mengadakan sesi libat urus bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Semenanjung Malaysia (Perhilitan) serta Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

    Malah, Kementerian Kesihatan juga akan mengeluarkan peringatan kesihatan (health alert) cacar monyet melalui aplikasi MySejahtera mulai 27 Mei ini.

    “Selepas pengembara mengisi borang prapelepasan dalam aplikasi MySejahtera, pengembara yang tiba dari negara endemik cacar monyet atau dari negara yang melaporkan kes cacar monyet akan menerima peringatan kesihatan tersebut setiap hari selama 21 hari sebagai peringatan untuk membuat pemantauan kesihatan kendiri,” katanya.

    Sementara itu, Khairy mengesahkan bahawa kes kanak-kanak 3 tahun yang didakwa dijangkiti cacar monyet yang tular dalam media sosial baru-baru ini adalah tidak benar.

    Menurut beliau, penyiasatan dan pengujian ke atas sampel yang dijalankan MKAK telah mengesahkan kanak-kanak tersebut negatif cacar monyet.

    “Kes ini disahkan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dengan jangkitan virus Coxsackie A6. 

    “Buat masa ini, belum ada kes yang disahkan cacar monyet di dalam negara,” jelasnya. – RELEVAN

    Previous ArticleKanak-kanak bawah 12 tahun dilarang berada di tempat awam untuk cegah HFMD, cadang pakar kesihatan
    Next Article 1,845 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam

    Artikel berkaitan

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026
    Artikel Terkini

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.