Facebook Twitter
    Trending
    • Mungkinkah robot akan ambil alih semua kerja kita nanti?
    • Kesan buruk penggunaan gajet terhadap pencapaian akademik kanak-kanak
    • Pertanian bandar semakin popular, jamin bekalan makanan
    • Tiada kes sembuh dan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam
    • 13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental
    • 12 kes Covid-19 di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan
    • 6 amaran buat pesara, pastikan pelan persaraan anda tidak musnah
    • 269 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tiada kes sembuh dan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

      February 1, 2023

      13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental

      January 31, 2023

      12 kes Covid-19 di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan

      January 31, 2023

      269 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam

      January 30, 2023

      2 kematian Covid-19, 1 BID semalam

      January 29, 2023
    • Kewangan

      6 amaran buat pesara, pastikan pelan persaraan anda tidak musnah

      January 30, 2023

      Banding harga dengan PriceCatcher, OpenDOSM NextGen apabila berbelanja

      January 25, 2023

      63% kekayaan dunia sejak 2020 dibolot golongan paling kaya

      January 16, 2023

      Kesedaran kewangan lemah, ramai berbelanja lebih daripada pendapatan

      January 16, 2023

      Jangan mulakan perniagaan dengan simpanan kecemasan

      January 11, 2023
    • Pendidikan

      Kesan buruk penggunaan gajet terhadap pencapaian akademik kanak-kanak

      February 1, 2023

      Pertanian bandar semakin popular, jamin bekalan makanan

      February 1, 2023

      Bekerja di bawah kelayakan, gaji permulaan rendah dan 4 isu lain tentang kebolehpasaran graduan

      January 27, 2023

      7 individu popular dengan IQ tinggi, selebriti jelita Malaysia juga ada

      January 27, 2023

      Apa itu Mensa dan kaitannya dengan individu IQ tinggi?

      January 24, 2023
    • Kerjaya

      Mungkinkah robot akan ambil alih semua kerja kita nanti?

      February 1, 2023

      Empati bantu fahami suara hati pekerja

      January 27, 2023

      5 kerja sambilan untuk ibu di rumah dengan bayaran lumayan

      January 25, 2023

      5 tanda anda berada di laluan kerjaya yang salah

      January 20, 2023

      9 perkara yang perlu dihadapi majikan dan pekerja pada 2023

      January 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kebal terhadap kafein, ini penjelasan pakar

    Kebal terhadap kafein, ini penjelasan pakar

    By Nur Umi Fatehah Mohd KamalMay 26, 2022Updated:May 26, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    KAFEIN adalah bahan kimia semula jadi dengan kesan perangsang. Kafein biasanya ditemui dalam kopi, teh, kola, koko, guarana, yerba mate, dan lebih 60 produk lain.

    Sejak pengenalan kopi kepada ketamadunan manusia, ada antara kita yang menjadikan rutin memulakan hari mereka dengan pengambilan kafein seperti kopi atau teh.  

    Menurut Healthline, (https://www.healthline.com/nutrition/coffee-on-empty-stomach) , kopi ialah minuman yang popular sehingga tahap penggunaannya menduduki tempat kedua selepas air kosong di sesetengah negara.

    Biasanya, kafein diambil untuk memberi tenaga dan meningkatkan tumpuan untuk bekerja. Ia sudah menjadi amalan bagi mereka yang kebanyakannya perlu bekerja sehingga lewat malam dan memerlukan tenaga yang banyak.

    Walau bagaimanapun, pakar kesihatan tidak menasihati untuk mengambil kafein sebelum waktu tidur kerana kafein berfungsi dengan merangsang sistem saraf pusat, jantung, otot dan dikhuatiri akan menyebabkan insomnia atau sukar untuk tidur pada waktu malam.

    Namun, ada yang mengambil kafein sebelum waktu tidur, tetapi masih dapat tidur dengan nyenyak.  Tahukah anda sesetengah individu ‘imun’ terhadap kesan sampingan pengambilan kafein?  

    Pakar Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh telah memberi penjelasan terhadap persoalan ini.

    1. Bentuk toleransi tinggi

    Tubuh manusia mempunyai reseptor adenosin di dalam otak yang membantu untuk mengawal tidur serta memahami dan mempelajari sesuatu.  Pengambilan kafein secara kerap dalam dos yang banyak berpotensi untuk mewujudkan toleransi yang tinggi sehingga menjadi imun terhadap kesan sampingan pengambilan kafein. 

    Dalam keadaan ini, kafein memberi kesan yang normal dan tidak lagi memberi kesan luar biasa seperti kekal bertenaga dan mempunyai daya tumpuan yang tinggi.

    Dos maksimum kafein yang disyorkan ialah 400 miligram (mg) sehari iaitu kira-kira empat cawan kopi. Jika anda tidak lagi mengalami kesan kafein pada had itu, anda mungkin telah membina toleransi yang terlalu tinggi.  Hal ini kerana pengambilan kafein yang lebih daripada 400mg boleh menyebabkan kesan negatif seperti sakit kepala atau insomnia.

    “Jangan anggap ia sebagai kelebihan.  Pengambilan kafein dengan berlebihan berpotensi mengakibatkan ketagihan,” tegas Sharifa.

    2. Genetik

    Genetik juga mungkin salah satu punca jika anda tidak dapat merasakan kesan selepas pengambilan kafein.

    Genetik boleh memainkan peranan yang besar dalam sensitiviti terhadap kafein kerana genetik menentukan keberkesanan reseptor adenosin badan boleh menyesuaikan diri dengan molekul kafein.

    Enzim dalam hati yang dipanggil CYP1A2 bertanggungjawab untuk memetabolismekan 95 peratus kafein di dalam badan. Walau bagaimanapun, terdapat dua bentuk CYP1A2 iaitu satu daripadanya akan memetabolismekan kafein lebih cepat daripada yang lain.  

    Ia bermakna anda kurang mendapat kesan selepas pengambilan kafein dan ini semua bergantung kepada genetik masing-masing.

    3. Keletihan melampau

    Jika seseorang sangat letih dan lesu, tidur yang mencukupi adalah keperluan utama badan.  Kafein yang dikenali mempunyai ‘kuasa’ yang tinggi untuk melawan keletihan juga tidak berjaya melawan keperluan tubuh yang keletihan melampau.

    Meskipun kajian terhadap had pengambilan kafein dalam sehari menyatakan hanya 400 mg dibenarkan itu dimaksudkan pengambilan kopi tulen dan bukan kopi campuran 3 dalam 1.  

    “Kopi segera seperti kopi campuran 3 dalam 1 tidak boleh diambil dengan kerap.  Ini kerana kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan komplikasi kesihatan yang lain seperti diabetes,” ujar Sharifa.

    Kepada individu yang mempunyai tabiat pengambilan kafein yang berlebihan, lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.  Dikhuatiri luaran sahaja nampak sihat, tetapi hakikatnya mempunyai banyak masalah kesihatan.  

    Antara alternatif lain untuk kekal bertenaga selain pengambilan kafein ialah dengan melakukan senaman ringan, minum sekurang-kurangnya tiga liter air sehari dan dapatkan pencahayaan matahari yang mencukupi.

    Tidak salah untuk mengambil kafein, tetapi pastikan tidak berlebihan sehingga memudaratkan kesihatan. – RELEVAN

    featured kafein kebal kopi kopi
    Artikel Terkini

    Mungkinkah robot akan ambil alih semua kerja kita nanti?

    February 1, 2023

    Kesan buruk penggunaan gajet terhadap pencapaian akademik kanak-kanak

    February 1, 2023

    Pertanian bandar semakin popular, jamin bekalan makanan

    February 1, 2023

    Tiada kes sembuh dan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

    February 1, 2023

    13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental

    January 31, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.