Facebook Twitter
    Trending
    • 5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya
    • Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama
    • Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026
    • Pendidikan

      5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

      March 12, 2026

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 57,510 kes HFMD tahun ini setakat 25 Mei, peningkatan 24 kali ganda berbanding 2021

    57,510 kes HFMD tahun ini setakat 25 Mei, peningkatan 24 kali ganda berbanding 2021

    By KU SYAFIQ KU FOZIMay 26, 2022Updated:May 27, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SEBANYAK 57,510 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan sejak 1 Januari hingga 25 Mei lalu, peningkatan sebanyak 24 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu.

    Berbanding tempoh sama pada 2019, iaitu tempoh sebelum pandemik Covid-19, peningkatan kes adalah sebanyak hampir sekali ganda.

    Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, peningkatan kes mula melebihi paras waspada (alert line) iaitu 878 kes pada minggu epidemiologi (ME) 11/2022 (13-19 Mac) apabila 895 kes dilaporkan.

    Situasi semakin serius apabila kes melepasi paras amaran (warning level) pada ME 14/2022 (3-9 April) apabila 1,653 kes dilaporkan.

    “Peningkatan kes ketara berlaku sejak April berikutan pembukaan aktiviti sosial, termasuk sesi kehadiran penuh sekolah, taska, tadika dan tabika. Selain itu, kebersihan diri yang tidak terjaga terutama amalan mencuci tangan, penjarakan fizikal dan penggunaan pelitup muka boleh menyebabkan berlakunya jangkitan HFMD.

    “Peningkatan kes ini semakin memuncak pada ME 20/2022 dan ME 21/2022 disebabkan aktiviti sosial semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.

    “Sehingga kini, bilangan kes mingguan terus meningkat dengan julat kes dilaporkan antara 1,500 ke 15,000 seminggu atau 300 hingga 2,000 kes sehari,” katanya dalam sidang akhbar khas Menteri Kesihatan hari ini.

    Menurut Khairy, lima negeri yang mempunyai bilangan kes tertinggi ialah Selangor dengan 16,286 kes atau 28.32 peratus daripada keseluruhan kes; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (7,298 kes – 12.69 peratus); Perak (5,045 kes – 8.77 peratus); Kelantan (4,194 kes – 7.29 peratus) dan Sabah (3,829 kes – 6.66 peratus).

    Kes paling banyak dilaporkan adalah dalam kalangan kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah, iaitu 52,846 kes (92 peratus) manakala kumpulan umur 7 hingga 12 tahun adalah seramai 3,741 kes (tujuh peratus).

    Kementerian Kesihatan juga mengkategorikan penyebaran jangkitan HFMD kepada dua jenis, iaitu sebaran wabak (terdapat kluster yang dapat dikenal pasti) dan sebaran sporadik.

    Kumulatif kejadian wabak HFMD bagi 2022 sehingga 25 Mei adalah sebanyak 1,370 dengan bilangan kes 5,203 kes (9.05 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Selebihnya adalah kes sporadik.

    Daripada 1,370 wabak yang dilaporkan, kebanyakannya berlaku di taska/tabika/tadika/prasekolah dengan 832 wabak (61 peratus); rumah persendirian dengan 432 wabak (35 peratus) dan pusat jagaan dengan 45 wabak (tiga peratus).

    “Sehingga 25 Mei, hanya dua kanak-kanak yang disahkan HFMD mengalami gejala teruk dan memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Kedua-dua kes ini positif virus enterovirus 71 (EV71).

    “Pada 25 Mei, kanak-kanak pertama telah beransur pulih dan tidak memerlukan bantuan pernafasan lagi, namun masih dipantau di ICU. Kes kedua pula masih memerlukan bantuan pernafasan tetapi dalam keadaan stabil,” kata Khairy. – RELEVAN

    Previous Article2,430 kes baharu jangkitan Covid-19, 6 kematian dicatatkan semalam
    Next Article Kebal terhadap kafein, ini penjelasan pakar

    Artikel berkaitan

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026
    Artikel Terkini

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.