Facebook Twitter
    Trending
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    • Petanda anda seorang ‘picky eater’
    • Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?
    • Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini
    • Apabila rambut beruban proses melindungi diri
    • Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026
    • Kerjaya

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Monopoli syarikat gergasi bahayakan jaminan bekalan makanan, tiba masa sokong petani tempatan

    Monopoli syarikat gergasi bahayakan jaminan bekalan makanan, tiba masa sokong petani tempatan

    By May 23, 2022Updated:May 23, 20225 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    DI Amerika Syarikat (AS), monopoli syarikat gergasi menyebabkan harga makanan meningkat dan lebih sukar diakses, terutamanya oleh golongan berpendapatan rendah. Ini sudah berlaku sejak sebelum pandemik Covid-19 dan krisis makanan yang kita hadapi sekarang.

    Ahli akademik, Philip H. Howard dan Mary Hendrickson menghurai perkara ini dalam sebuah artikel pendapat yang panjang di portal Civil Eats. Pandangan mereka, amalan penggabungan korporat dalam industri pengeluaran, pemprosesan dan pengedaran makanan menyebabkan makanan menjadi lebih sukar diperolehi dan dimiliki oleh rakyat AS.

    Bagaimana ia berlaku? Penggabungan syarikat-syarikat yang membentuk korporat besar memberikan mereka pengaruh terhadap ahli politik yang membuat polisi serta media-media dan membolehkan mereka memberi arahan secara terus berkenaan penyelidikan makanan serta industri.

    Korporat gergasi ini juga ada kuasa untuk membuat keputusan tentang apa makanan yang dikeluarkan, bagaimana caranya, di mana ia berlaku dan siapa pengeluarnya. Sehingga ke tahap, mereka boleh menentukan siapa yang akan makan makanan itu.

    Hubungan sesama mereka pula membolehkan harga dinaikkan secara sepakat, memberikan pengguna tiada pilihan selain menyerap kesan kenaikan harga itu.

    Antara korporat-korporat besar ini termasuk Walmart, Nestle dan Bayer.Bayer merupakan syarikat benih dan kimia yang mengambil alih syarikat Monsanto pada 2018. Sejak 1996 hingga 2013, Monsanto telah mengambil alih lebih 70 syarikat benih.

    Dengan segala amalan pemilikan dan pengambilalihan ini, syarikat pasar raya gergasi boleh membuka banyak cawangan di kawasan-kawasan luar bandar AS dan ia melumpuhkan pasar raya serta kedai-kedai kecil yang ada. 

    Ini menyebabkan komuniti setempat mempunyai pilihan makanan yang terhad dan berharga tinggi, terutamanya di kawasan dengan isi rumah berpendapatan rendah.

    Apa cerita Malaysia?

    Itu yang berlaku di AS. Situasinya pastilah tidak sama 100 peratus dengan Malaysia. Namun, masalah sama boleh jadi sudah berlaku atau akan berlaku di negara ini.

    Menurut Pengarah Third World Network, Chee Yoke Ling, polisi pertanian Malaysia sejak kemerdekaan mengikut model perindustrian kimia. Maksud beliau, kita bertukar daripada kaedah biodiversiti dan bekerja rapat dengan alam kepada kaedah pertanian yang menggunakan benih monokultur (amalan menanam satu jenis tanaman dalam satu ladang) dan input kimia yang banyak, termasuk baja, racun rumput dan racun serangga.

    Jelas beliau, jika dahulu benih datang dari petani, kini ia dihasilkan di makmal untuk mendapatkan ciri ‘keberhasilan tinggi’. Benih itu perlu dibeli oleh petani untuk ditanam pada setiap musim. Pengeluaran benih itu pula dikawal oleh syarikat swasta, seperti yang berlaku dalam industri padi negara.

    “Beberapa syarikat mengawal bekalan benih tanaman komersial. Selepas beberapa musim menanam, benih dan tumbuhan ini terdedah kepada serangga perosak dan penyakit kerana kawasan yang luas hanya ditanam dengan satu tanaman sahaja.

    “Ia kemudiannya tidak lagi dapat memberikan hasil yang banyak. Kita dapat lihat ini dalam industri padi, betik dan pisang.

    “Kesannya juga, petani kita sepenuhnya bergantung kepada benih tersebut dan input kimia, sedangkan dahulu mereka ada benih sendiri yang kebiasaannya dihasilkan, disimpan dan digunakan semula atau dikongsi dengan komuniti mereka,” katanya kepada Relevan.

    Import yang membinasa

    Menurut Yoke Ling, kebergantungan negara kepada produk makanan import melemahkan pengeluaran makanan tempatan. Ini kerana kebanyakan produk pertanian import disubsidi kerajaan negara tersebut dengan banyak, contohnya produk soya dan jagung.Ini menjadikan produk tersebut boleh dijual dengan lebih murah berbanding produk tempatan.

    Namun, usaha untuk berubah dan mengutamakan produk tempatan tidak pernah terlambat. Yoke Ling berkata, terdapat banyak petani yang kecil tetapi berjaya dan anak muda yang menunjukkan minat dalam pertanian menggunakan kaedah ekologi.

    “Kita dapat lihat kebangkitan dan perkongsian tentang kepelbagaian tanaman makanan tempatan selain gabungan ilmu baharu dan tradisional yang boleh menghasilkan tanaman dengan banyak serta bernutrisi.

    “Ada juga yang menggunakan bahan-bahan tani sebagai baja dan serangga serta rumput kawalan dalam cara yang maju,” katanya.

    Jelas Yoke Ling, usaha mengurangkan kebergantungan negara kepada import boleh dilakukan dengan menubuhkan koperasi serta menghubungkan petani dan pengguna dengan cara yang interaktif dan dinamik.

    Kata beliau, sudah tiba masanya untuk pengguna tahu dari mana makanan mereka datang, menyokong petani tempatan dan merobohkan sistem pertanian yang tidak mampan.

    “Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) contohnya melakukan banyak mempromosikan pertanian urban, pertanian isi rumah dan mengajar pelajar tentang perkara-perkara tersebut.

    “Segala usaha di seluruh negara seperti yang dilakukan oleh Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM) juga boleh menjadi asas kepada polisi pertanian baharu negara,” katanya.

    Mencari polisi yang kalis krisis

    Selalu kita dengar, krisis ekonomi akan berlaku setiap 10 tahun. Pada 1997/1998, berlaku krisis mata wang Asia. 10 tahun kemudian, pasaran hartanah AS runtuh sehingga mencetuskan krisis di seluruh dunia. Pada 2018, perang dagang antara China dan AS pula memberi impak kepada seluruh dunia.

    Cuma, belum pun selesai perang dagang itu, kita berhadapan pandemik Covid-19 pula. Mungkin ini petanda yang dunia semakin rapuh dan kita akan lebih kerap berhadapan krisis selepas ini.

    Tidak banyak yang dapat kita lakukan dalam krisis jika polisi yang digubal menyebabkan kebergantungan kepada perkara yang di luar kawalan kita semakin tinggi. Dalam isu makanan, kebergantungan kepada import dan syarikat gergasi itu yang bahaya.

    Jika sesebuah negara menghalang eksportnya dalam krisis, kita tidak mampu buat apa-apa. India menghalang eksport gandum contohnhya, apa kita boleh buat? Nasib baik India bukan pengimport utama gandum negara. Begitu juga syarikat gergasi. Jika mereka jual benih dengan harga tinggi, apa kuasa yang kita ada?

    Maka, polisi yang kalis krisis ialah polisi yang mengutamakan pengeluaran tempatan. Memang tidak semua makanan boleh dihasilkan dengan cukup dalam negara, namun mana yang boleh, kita usahakan. Lebih-lebih lagi makanan ruji seperti beras.

    Jaminan bekalan makanan (food security) bukan isu remeh. Kesannya boleh menjejaskan keselamatan negara apabila bekalan makanan tidak mencukupi dan rakyat terdedah dengan manipulasi negara atau syarikat pengeksport.

    Kita ubah sekarang. Sokong dan perjuangkan nasib petani tempatan supaya mereka boleh terus membekalkan makanan buat negara dengan tenang, selesa dan produktif. – RELEVAN

    Previous ArticleCovid-19 belum berakhir, usaha vaksinasi perlu diteruskan – Ketua Pengarah WHO
    Next Article 1,544 kes baharu Covid-19 semalam, 2 kematian direkodkan

    Artikel berkaitan

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026

    Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

    January 20, 2026

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026

    Petanda anda seorang ‘picky eater’

    January 19, 2026

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026
    Artikel Terkini

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026

    Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

    January 20, 2026

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026

    Petanda anda seorang ‘picky eater’

    January 19, 2026

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.