Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal
    • Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

      December 5, 2025

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Covid-19 belum berakhir, usaha vaksinasi perlu diteruskan – Ketua Pengarah WHO

    Covid-19 belum berakhir, usaha vaksinasi perlu diteruskan – Ketua Pengarah WHO

    By May 23, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    ANCAMAN daripada wabak Covid-19 masih belum berakhir buat dunia dan usaha untuk vaksinasi yang lebih adil dan menyeluruh perlu diteruskan tegas Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus.

    Kata beliau, walaupun kes yang dilaporkan semakin berkurangan berbanding kemuncak jangkitan varian Omicron, seluruh warga dunia tidak boleh melonggarkan usaha mengatasi jangkitan wabak tersebut.

    Jelas beliau, jika masyarakat melonggarkan pertahanan terhadap wabak tersebut, kesannya akan dapat dilihat nanti.

    “Mengurangkan ujian dan penjujukan bermakna kita membutakan mata terhadap evolusi virus tersebut,” katanya yang turut memetik fakta bahawa hampir satu bilion orang di negara berpendapatan rendah masih belum menerima vaksinasi.

    Beliau memberi amaran tersebut dalam upacara pembukaan Perhimpunan Kesihatan Dunia ke-75 di Geneva, Switzerland, semalam.

    Dalam laporan mingguan berkenaan situasi global Covid-19 yang diterbitkan Khamis lalu, WHO berkata, jumlah kes baharu Covid-19 mula stabil selepas mencatatkan penurunan selama beberapa minggu sejak akhir Mac, sementara jumlah keseluruhan kematian mingguan menurun.

    Dari segi vaksinasi pula, walaupun ada kemajuan dengan 60 peratus populasi dunia sudah divaksinasi, usaha tersebut tidak akan berakhir selagi seluruh dunia menerima vaksinasi mencukupi, kata Ghebreyesus.

    “Kes dilaporkan meningkat di hampir 70 buah negara di semua wilayah, dan ia berlaku di negara yang kadar ujiannya menurun,” katanya.

    Jelas beliau, laporan kematian meningkat di Afrika, benua dengan liputan vaksinasi terendah dan hanya 57 buah negara yang kebanyakannya berpendapatan tinggi mempunyai liputan vaksinasi 70 peratus.

    Walaupun bekalan vaksin dunia meningkat, beliau berkata, terdapat komitmen politik yang tidak mencukupi untuk mengedarkan vaksin. Tambahan lagi, wujud juga jurang dalam kapasiti operasi dalam beberapa buah negara sementara beberapa negara lagi kekurangan dana.

    “Keseluruhannya, kita melihat kewaspadaan terhadap vaksin yang didorong oleh maklumat yang salah dan menyeleweng.

    “Pandemik ini tidak akan hilang dengan ajaib tetapi kita boleh menghentikannya,” katanya.

    Menurut WHO, hanya 16 peratus penduduk di negara-negara berpendapatan rendah telah menerima satu dos vaksin berbanding 80 peratus di negara-negara berpendapatan tinggi.  Sebanyak 18 negara juga hanya dapat memvaksin kurang 10 peratus daripada populasinya. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.