Facebook Twitter
    Trending
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    • Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?
    • Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang
    • Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?
    • Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026
    • Kewangan

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026
    • Pendidikan

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kadar pengangguran semakin baik, 4.1 peratus pada suku pertama 2022

    Kadar pengangguran semakin baik, 4.1 peratus pada suku pertama 2022

    By Nur Umi Fatehah Mohd KamalMay 20, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    KADAR penawaran buruh suku pertama 2022 menunjukkan bilangan penduduk bekerja meningkat sebanyak 2.2 peratus, iaitu sebanyak 15.57 juta orang berbanding suku yang sama tahun lalu merekodkan 15.24 juta orang.

    Bilangan penganggur pula terus menunjukkan pengurangan sebanyak 13 peratus kepada kira-kira 671,200 orang.  Pengurangan ini menyebabkan kadar pengangguran jatuh 0.7 mata peratus kepada 4.1 peratus.

    Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, jumlah jawatan dalam sektor ekonomi terus meningkat dengan merekodkan pertambahan tahun ke tahun sebanyak 1.8 peratus kepada 8.57 juta jawatan melebihi bilangan sebelum pandemik pada suku tahun keempat 2019.

    “Sejak awal 2022, kerajaan telah mengurangkan langkah-langkah kawalan yang dilaksanakan dalam tempoh dua tahun yang lalu secara berterusan selaras dengan peralihan semua negeri ke fasa akhir Pelan Pemulihan Negara (PPN). 

    “Semakin ramai yang menjalankan aktiviti perniagaan dan sosial dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) sekali gus mendorong kepada peningkatan mobiliti dalam dan antara negeri,” jelas Mohd. Uzir.

    Jawatan diisi yang merangkumi 97.8 peratus daripada jumlah jawatan meningkat sebanyak 1.7 peratus kepada 8.39 juta berikutan penyertaan pasaran buruh yang memberangsangkan. 

    Sementara itu, kekosongan jawatan yang meliputi 2.2 peratus daripada jumlah jawatan meningkat sebanyak 3.6 peratus kepada kira-kira 184,300 kekosongan.

    Kata beliau, ketika pembukaan semula aktiviti perniagaan dan sosial secara berterusan pada kapasiti penuh sepanjang suku pertama 2022, berlaku penurunan sebanyak 23.9 peratus kepada bilangan penduduk bekerja kurang daripada 30 jam seminggu.  Manakala suku sama pada 2021 mencatatkan jumlah kira-kira 336,300 orang.

    Selaras dengan ini, bilangan guna tenaga tidak penuh berkaitan masa berkurang sebanyak 21.1 peratus kepada 245,100 orang, dengan kadar 1.6 peratus.

    Pada masa yang sama, bilangan guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran yang menunjukkan mereka yang berpendidikan tertiari namun bekerja dalam kategori pekerjaan separuh mahir dan berkemahiran rendah merekodkan seramai 1.81 juta orang dengan kadar 36.9 peratus.

    “Walaupun bilangan dan kadar yang dicatatkan lebih rendah berbanding suku sama tahun sebelumnya, kumpulan ini merangkumi lebih satu pertiga daripada penduduk bekerja berpendidikan tertiari,” tambah Mohd. Uzir.

    Normalisasi aktiviti sosial dan ekonomi sepanjang suku kedua 2022 dijangka akan merangsang kedudukan pasaran buruh dari segi peningkatan permintaan oleh industri dan penurunan berterusan bilangan penganggur. 

    Sasaran dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) turut memberi penekanan kepada reformasi pasaran buruh sebagai pemangkin dalam mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2025. – RELEVAN

     

    Previous Article7 makanan yang perlu dielak untuk cegah pundi kencing terlalu aktif
    Next Article Petani Bukan Pemalas: Menyelami dilema pembekal makanan utama negara

    Artikel berkaitan

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026

    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    March 7, 2026
    Artikel Terkini

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.