Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal
    • Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

      December 5, 2025

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » COPD antara punca kematian utama di seluruh dunia, jauhi rokok dan perokok

    COPD antara punca kematian utama di seluruh dunia, jauhi rokok dan perokok

    By May 17, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    Penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD) ialah sekumpulan penyakit yang merangkumi emfisema, bronkitis kronik, asma refractory dan beberapa bentuk bronkiektasis lain.

    Simptom COPD yang paling biasa terjadi ialah sesak nafas. Keadaan itu telah menjejaskan lebih 30 juta rakyat Amerika dan merupakan salah satu punca kematian utama di seluruh dunia.

    Walaupun ia merupakan penyakit yang serius, doktor mempunyai rawatan dan strategi berkesan untuk mengawal simptom serta perkembangan penyakit.

    Profesor Bersekutu dan ahli pulmonologi bertauliah di Klinik Pulmonologi, Pusat Perubatan Universiti Mississippi, Amerika Syarikat, Dr. Andrew Wilhelm berkongsi lima panduan untuk mengurangkan keterukan gejala COPD serta memberi anda sedikit kawalan ke atas penyakit tersebut.

    1. Berhenti merokok dan jauhi asap rokok 

    Langkah paling penting yang perlu dibuat untuk mencegah perkembangan COPD ialah berhenti merokok. Merokok adalah punca COPD yang paling biasa dan walaupun keadaan itu diwarisi daripada keturunan, ia hanya melibatkan peratusan kecil daripada populasi pesakit.

    “Terdedah kepada asap rokok dalam tempoh masa yang panjang boleh menyebabkan COPD. Oleh itu, saya memberitahu pesakit bahawa salah satu perubahan gaya hidup yang paling utama ialah menghapuskan semua interaksi dengan asap rokok.

    “COPD tidak boleh disembuhkan, tetapi ia boleh diperlahankan dan dikawal dengan baik menerusi langkah seperti berhenti rokok lebih awal,” katanya.

    Foto: Lilartsy-Pexels

    2. Rajin dapatkan rawatan anda

    “Kami mempunyai beberapa ubat yang berkesan untuk COPD. Walaupun tiada satu yang terbukti dapat membantu pesakit hidup lama, tetapi ia menghalang penyakit itu bertambah buruk dan membantu meningkatkan kualiti hidup.

    “Tugas doktor anda adalah untuk memadankan ubat dengan keterukan COPD dan mencari peranti yang sesuai bagi ‘menghantar’ ubat tersebut. Ia berikutan ada peranti tertentu yang lebih sesuai dengan gaya hidup pesakit,” tuturnya.

    Terdapat beberapa jenis penyedut (inhalers) dan alat lain seperti nebulizer yang digunakan untuk menghantar ubat-ubat tersebut ke paru-paru anda.

    “Sehubungan itu, saya cuba bekerjasama dengan pesakit untuk mencari kaedah yang paling mudah dan boleh dipercayai.

    “Sebagai contoh, jika pesakit seorang yang sibuk dan pelupa serta turut mengambil ubat lain, saya akan mengesyorkan ubat yang diambil sekali sehari menerusi penyedut mudah alih,” ulasnya.

    Satu lagi komponen rejimen rawatan pesakit COPD ialah menentukan jenis COPD yang dihidapi oleh pesakit. Tanya doktor anda untuk menentukan jenis COPD dan rawatan bersesuaian.

    Terdapat dua jenis COPD dan salah satunya ialah bronkitis kronik yang dicirikan oleh batuk kronik, sukar bernafas dan emfisema. Kebanyakan simptomnya ialah sesak nafas.

    Foto: Freepik

    3. Mempelajari teknik pernafasan pursed-lipped boleh membantu pernafasan untuk COPD teruk

    “Membantu pesakit saya memahami apa yang berlaku kepada paru-paru mereka sebelum dan semasa flare-up adalah sangat penting untuk mengurangkan kebimbangan serta mengajar mereka cara mengawal keterukannya. COPD pada dasarnya ialah masalah pernafasan.

    “Apabila pesakit COPD menghembuskan nafas, semua udara tidak keluar dan paru-paru menjadi terlalu mengembung menyebabkan sesak nafas sehingga tidak berupaya untuk menyedut udara yang mencukupi,” katanya.

    Bagi mengatasi masalah ini, doktor mengesyorkan cara khusus untuk bernafas yang dipangil teknik pernafasan purse-lipped.

    Untuk melakukan teknik ini, pesakit perlu merapatkan bibir dan muncungkan sedikit ke hadapan semasa menghembus nafas perlahan-lahan untuk memberikan masa kepada paru-paru agar terus terbuka dan mengeluarkan lebih banyak udara.

    Teknik ini juga membantu melegakan kebimbangan yang merupakan sesuatu yang mungkin dialami oleh pesakit COPD apabila mereka mengalami masalah bernafas.

    “Ia adalah semula jadi untuk bernafas lebih cepat apabila anda takut atau cemas, namun pernafasan yang cepat sebenarnya boleh memburukkan lagi keadaan.

    “Saya mendapati bahawa memahami bagaimana COPD berfungsi dan mencari strategi peribadi untuk meminimumkan kebimbangan dan pernafasan perlahan semasa flare up memberi perbezaan yang besar,” katanya lagi.

    Foto: Jcomp-Freepik

    4. Senaman pemulihan pulmonari

    Senaman yang betul membolehkan badan anda menjadi lebih efisien supaya paru-paru tidak perlu bekerja keras untuk menyokong aktiviti anda.

    Bagi pesakit COPD yang teruk, disarankan anda mencuba program pemulihan pulmonari. Dalam program ini, pesakit bekerjasama dengan pakar untuk mempelajari cara mengamalkan teknik pernafasan, meningkatkan kapasiti senaman dan bagaimana pemakanan boleh memainkan peranan dalam plan rawatan mereka.

    Pakar pemulihan pulmonari bertauliah akan memantau kadar denyutan jantung, tekanan darah dan paras oksigen untuk menetapkan matlamat pencapaian semasa program. Tanya doktor anda jika layak untuk program pemulihan paru-paru khusus di hospital atau pejabat terapi fizikal.

    5. Amalkan kebersihan tangan yang baik dan dapatkan suntikan selesema serta radang paru-paru

    Virus boleh mencetuskan serangan COPD, jadi adalah penting untuk mengelakkan jangkitan penyakit sebanyak mungkin.

    “Mencuci tangan adalah amalan bagus untuk menghentikan virus dan jangkitan.

    “Saya mengesyorkan pesakit mengelakkan diri daripada mereka yang sakit, ambil suntikan selesema dan vaksin radang paru-paru untuk mencegah jangkitan paru-paru,” tambahnya lagi. -RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.