SEBANYAK 2,373 kes jangkitan baharu dilaporkan semalam berbanding 3,029 kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 4,475,873 kes.
Sebanyak 1,340 kes sembuh dilaporkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,410,499 kes.
Semalam turut merekodkan lima kematian dan satu daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,612 kematian dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,541 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 29,762 dengan 28,425 atau 95.5 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 29 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,261 atau 4.2 peratus pesakit dirawat di hospital, 16 atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 31 atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN