JANGKITAN baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 2,935 kes semalam berbanding 3,471 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 4,443,318 kes.
Sebanyak 7,585 kes sembuh dilaporkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah sebanyak 4,354,006 kes.
Semalam turut merekodkan 10 kematian dan satu kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,536 kematian dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,521 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 53,776 dengan 52,261 atau 97.2 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 46 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,385 atau 2.6 peratus pesakit dirawat di hospital, 28 atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 56 atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.
Taburan kes mengikut kumpulan umur pada minggu ini mencatatkan peratusan tertinggi bagi kumpulan umur 30 hingga 39 dengan 22.9 peratus. – RELEVAN