Facebook Twitter
    Trending
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    • Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?
    • Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang
    • Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026
    • Pendidikan

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Peguam kerjaya terhormat, mulia dan baik, ini peranan sebenar mereka di mahkamah

    Peguam kerjaya terhormat, mulia dan baik, ini peranan sebenar mereka di mahkamah

    By KU SYAFIQ KU FOZIApril 19, 2022Updated:April 22, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    GAMBAR HIASAN

    PERHATIAN meluas orang ramai dalam beberapa kes mahkamah baru-baru ini sedikit-sebanyak membentuk pandangan yang negatif terhadap kerjaya peguam. Disebabkan tindakan yang dikatakan tidak profesional oleh beberapa peguam, seluruh kerjaya tersebut dipandang serong masyarakat.

    Tidak ketinggalan, kepercayaan bahawa menjadi peguam bermakna meletakkan sebelah kaki di neraka dan sebelah lagi di syurga sangat popular, sehingga para peguam sering dilihat antagonis. Lebih-lebih lagi jika diketahui peguam tersebut mewakili orang kena tuduh (OKT), lagilah bermacam tohmahan dilemparkan.

    “Prinsip undang-undang yang dipegang oleh pengamal undang-undang dan mahkamah ialah “tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah”. Maksim undang-undang ini adalah panduan bagi memastikan mahkamah memeriksa dan menyemak terlebih dahulu serta memberikan ruang kepada OKT untuk didengari pembelaan mereka.

    “Sekiranya kita terlalu cepat menghukum tanpa mengetahui fakta sebenar dan mahkamah pula terus menghakimi tanpa usul periksa, boleh jadi kita semua akan berada di bawah undang-undang rimba dan terbuka kepada penganiayaan,” kata Ahmad Azri Abdullah.

    Beliau yang merupakan Peguam Bela dan Peguam Cara Mahkamah Tinggi Malaya berkata, walaupun seseorang peguam mewakili OKT, peguam tersebut tetap mempunyai tugas sebagai ‘pegawai mahkamah’ yang bertanggungjawab membantu mahkamah menyampaikan keadilan yang tepat.

    AHMAD AZRI ABDULLAH

    Demi keadilan

    Malah, jelas beliau, tugas seorang peguam bela terhadap OKT sangat penting, tidak kira sama ada OKT bersalah atau tidak.

    “Kalau OKT tidak bersalah, pastilah peranan peguam bela itu penting untuk membebaskan OKT dari tuduhan tidak benar. Jika OKT bersalah, peguam bela berperanan menyampaikan pembelaan, memeriksa keterangan pihak pendakwaan dan memastikan anak guamnya dituduh dengan pertuduhan yang tepat.

    “Seandainya OKT telah disabitkan kesalahan, peguam bela juga perlu membantu mahkamah dalam proses mitigasi (rayuan meringankan) hukuman,” jelasnya.

    Sistem kehakiman dibentuk untuk mencapai keadilan. Apa-apa peraturan atau ketetapan di mahkamah diwujudkan supaya mahkamah dapat membuat keputusan dengan seadil mungkin. Begitu juga peranan peguam.

    Menurut Ahmad Azri, anda boleh mewakili diri sendiri dalam kes jenayah mahupun tuntutan sivil namun tanpa peguam, ada kemungkinan anda terjerat dalam teknikal perundangan.

    “Tanpa peguam, saya fikir keadilan sukar dipenuhi. Apatah lagi Malaysia mengamalkan sistem adversarial, yang mana mahkamah membuat keputusan berpandukan hujahan-hujahan yang dikemukakan oleh para peguam.

    “Jika kita mahu mahkamah memberikan keputusan yang tepat dan adil, ia perlu dimulakan oleh hujahan para peguam untuk meyakinkan mahkamah,” ujarnya.

    Jangan padam mimpi bakal peguam

    Salah faham masyarakat terhadap profesion peguam mungkin memberi kesan kepada kanak-kanak atau remaja yang sebelum ini memasang cita-cita menjadi peguam. Seperti kerjaya lain, peguam mempunyai peranannya dalam masyarakat dan kita sentiasa perlu melahirkan lebih ramai peguam berkualiti serta jujur sepanjang masa.

    Ahmad Azri berpandangan, selagi berpegang dengan etikanya, peguam akan terus menjadi profesion yang dihormati dan diperlukan.

    Sehubungan itu, kata beliau, cara terbaik untuk mengubah pandangan serong masyarakat terhadap peguam adalah dengan melahirkan lebih ramai peguam yang baik dan bermanfaat kepada masyarakat.

    “Seperti mana bidang kerja lain, kerjaya sebagai peguam juga adalah kerjaya yang terhormat, mulia dan baik. Apa-apa pekerjaan pun jika disusuli niat buruk, pasti buruk hasilnya. Kalau niat baik, baiklah hasilnya.

    “Untuk anda yang berminat menjadi peguam, saya persilakan dan ucapkan selamat maju jaya. Tidak perlu risau kepada pandangan salah yang melihat peguam ini sebagai jahat atau pembela orang jahat,” ujarnya. – RELEVAN

    Previous Article7,140 kes baharu dicatatkan semalam, 16 kematian
    Next Article 6,069 kes jangkitan baharu direkodkan semalam

    Artikel berkaitan

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026
    Artikel Terkini

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.