Facebook Twitter
    Trending
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    • Petanda anda seorang ‘picky eater’
    • Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026
    • Kerjaya

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 K-Drama menarik tentang kerjaya

    5 K-Drama menarik tentang kerjaya

    By Umi FatehahApril 1, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    PERHATIAN kepada semua peminat K-Drama!  Sambil-sambil anda menonton K-Drama kegemaran, apa kata anda cuba menonton K-Drama yang mengisahkan tentang kerjaya? Selain mengisi masa lapang, anda juga boleh menambah pengetahuan tentang kerjaya yang mungkin boleh menjadi kerjaya idaman anda.  Berikut adalah 5 K-Drama yang berlatarbelakangkan kerjaya.

    Walaupun drama-drama ini adalah cerita rekaan, banyak maklumat dan perincian tentang sesuatu kerjaya dikongsikan dengan tepat. Ia sedikit-sebanyak dapat memberikan gambaran tentang cabaran dan keseronokannya.

    Relevan menyenaraikan lima K-Drama berlatarbelakangkan kerjaya yang boleh anda tonton pada waktu lapang.

    • Twenty Five-Twenty One

    Drama ini mengisahkan tentang seorang pelajar perempuan yang sedang mengatur langkah untuk menjadi atlet lawan pedang mewakili Korea Selatan.  Watak bernama Na Hee Do ini dimainkan oleh Kim Tae Ri.  Liku-liku kehidupan sebagai atlet digambarkan dengan menarik yang boleh menaikkan semangat anda yang bercita-cita untuk menjadi atlet lawan pedang.  

    Watak lelaki utama pula dilakonkan oleh Nam Joo Hyuk sebagai Baek Yi Jin, merupakan seorang anak usahawan yang muflis, menghadapi situasi yang sukar untuk kelangsungan hidup dan akhirnya berjaya menjadi wartawan yang melakukan liputan sukan lawan pedang.  

    Gandingan dua pelakon hebat ini telah berjaya menawan peminat dan menduduki carta Top 10 di Netflix.  Drama ini masih berlangsung, jangan lupa ikuti dua episod terakhir yang akan ditayangkan pada 2 dan 3 April ini!

    • Doctor Stranger

    Doctor Stranger (2014) merupakan salah satu drama yang dibintangi oleh Lee Jong Suk sebagai watak utama yang dikenali sebagai Park Hoon.  Park Hoon dan ayahnya, Park Cheol diperdaya oleh seseorang yang menyebabkan dia dan ayahnya dihantar ke Korea Utara.  Park Cheol yang merupakan pakar bedah jantung mengajar Park Hoon untuk menjadi pakar bedah jantung juga.  

    Dengan hasil didikan dan kerja keras, Park Hoon berjaya menjadi ahli bedah jantung yang genius di sebuah universiti kedoktoran Korea Utara.  Drama ini banyak menyebut dan memperkenalkan istilah dalam bidang perubatan yang mungkin pertama kali kita dengar.

    • Signal

    Signal yang ditayangkan pada 2016 memaparkan kisah seorang profiler di tahun 2015 yang berhubungan dengan detektif dari tahun 1989 menggunakan sebuah walkie-talkie. Watak profiler bernama Park Hae Young yang dilakonkan oleh Lee Je Hoon manakala Choi Jin Woong membawakan watak Lee Jae Han.  Walkie-talkie tersebut membantu mereka berhubung merentasi masa dan ia menambahkan lagi keunikan drama ini selain daripada plot cerita yang menarik.  

    Permulaan drama ini menceritakan tentang Hae Young diusia muda yang menjadi saksi kepada penculikan rakan sekelasnya.  Drama ini memaparkan dengan terperinci bagaimana seorang profiler dan detektif menyelesaikan kes-kes jenayah yang belum selesai atau cold case.  

    • Vincenzo

    Drama Vincenzo yang dibintangi oleh Song Joong Ki sebagai watak utama mengisahkan seorang budak lelaki kelahiran Korea Selatan diambil menjadi anak angkat kepada ketua kumpulan Mafia Cassano, Fabio Cassano.  Ketika Vincenzo Cassano menginjak ke usia dewasa, dia menjadi consigliere atau penasihat kepada kumpulan mafia tersebut.  Setelah Fabio mati, Paolo iaitu anak kandung Fabio mencuba untuk membunuh Vincenzo.  

    Vincenzo terbang kembali ke Korea Selatan untuk mengambil emas milik kumpulan mafia Cassano yang disimpan di Plaza Geumga.  Namun, nasib tidak menyebelahi Vincenzo kerana hartawan yang memiliki pangsapuri tersebut telah mati. 

    Drama ini membantu anda memahami cara seorang peguam membantu kliennya untuk memenangi kes.  Adakah kerjasama Vincenzo dan seorang peguam yang dimainkan oleh Jeon Yeo Bin dalam mendapatkan hak milik plaza tersebut untuk mengambil emas yang tersorok itu berjaya?

     

    • Take Care of Us, Captain

    Take Care of Us, Captain menceritakan tentang watak Han Da Jin yang dimainkan oleh Goo Hye Sun, seorang anak kehilangan kedua-dua ibu bapa dan mempunyai cita-cita untuk menjadi juruterbang seperti mendiang bapanya.

    Kim Yoon Sung yang dimainkan oleh Ji Jin Hee merupakan salah seorang juruterbang yang bertanggungjawab menyebabkan gelora dalam kapal terbang dinaiki mendiang ibu Han Da Jin.  Insiden itu menyebabkan Da Jin kehilangan ibu dan adiknya yang ketika itu berada dalam kandungan ibunya. Kemalangan itu juga menyebabkan adik Da Jin dijangkiti septikemia atau kuman dalam darah.  

    Drama ini memaparkan kisah dua juruterbang muda yang kehilangan motivasi untuk meneruskan cita-cita menjadi juruterbang yang hebat selepas kebenaran tentang insiden itu terbongkar.  Ikuti drama ini untuk ketahui dengan lebih lanjut bagaimana perjalanan Han Da Jin dan Kim Yoon Sung menjadi seorang juruterbang yang berkaliber. – RELEVAN

    Previous ArticleAlopecia penyakit kebotakan rambut
    Next Article Penghidap hemofilia mampu hidup normal

    Artikel berkaitan

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026

    Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

    January 20, 2026

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026
    Artikel Terkini

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026

    Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

    January 20, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.