Facebook Twitter
    Trending
    • Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama
    • Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    • Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026
    • Pendidikan

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kematian dalam kalangan warga emas membimbangkan

    Kematian dalam kalangan warga emas membimbangkan

    By KU SYAFIQ KU FOZIMarch 18, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    KADAR kematian akibat Covid-19 dalam kalangan warga emas terutamanya yang belum menerima pemvaksinan lengkap atau belum mendapat dos penggalak adalah jauh lebih tinggi berbanding kumpulan umur  lain.

    Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, ia berdasarkan data bagi setiap 100,000 penduduk minggu epidemiologi (ME) 1/2022 hingga 10/2022.

    Kata beliau, menurut data tersebut, kadar kematian dalam kalangan warga emas yang berumur 80 tahun dan ke atas adalah lebih tinggi iaitu 2,000 kematian bagi setiap 10,000 penduduk berbanding dengan kumpulan warga emas berumur 60 hingga 79 tahun (300 hingga 600 bagi setiap 100,000 penduduk).

    “Ini adalah kerana daya tahan tubuh yang rendah, menghidapi pelbagai penyakit kronik dan faktor lemah tubuh (frailty) menyebabkan proses penyembuhan dan pemulihan dari jangkitan Covid-19 juga lebih perlahan dan rumit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Menurut Kementerian Kesihatan, data dari ME 1/2022 hingga ME 10/2022 menunjukkan sebanyak 86,804 kes Covid-19 adalah dalam kalangan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas.

    Katanya, daripada jumlah tersebut, 83,709 kes atau 96.44 peratus telah direkodkan mengalami jangkitan pada kategori 1 dan 2 semasa baharu didiagnosis, manakala 3,095 kes atau 3.56 peratus mengalami jangkitan pada kategori 3, 4 dan 5.

    “Ternyata peratus liputan pemvaksinan yang agak tinggi dalam kalangan warga emas telah membantu mengurangkan kes Covid-19 yang serius bagi kumpulan ini.

    “Namun begitu, liputan dos penggalak perlu dan boleh dipertingkat daripada 74.2 peratus agar golongan warga emas lebih terlindung daripada bahaya komplikasi dan kematian akibat Covid-19,” katanya.

    Sehingga 16 Mac 2022, sebanyak 3,356,253 atau 92 peratus warga emas telah menerima dos primer vaksin Covid-19 yang lengkap.

    Selepas dos penggalak diperkenalkan pada 16 Oktober 2021 pula, sebanyak 2,489,718 atau 74.2 peratus warga emas telah mengambil dos penggalak.

    Menurut Noor Hisham, kumpulan warga emas yang tidak divaksinasi adalah paling berisiko mendapat jangkitan teruk dan seterusnya mengakibatkan kematian.

    Sebaliknya, jelas beliau, warga emas yang telah menerima pemvaksinan Covid-19 lengkap dan dos penggalak adalah paling terlindung yang mana kes jangkitan kategori 1 dan 2 adalah lebih tinggi berbanding kes jangkitan kategori 3,4 dan 5.

    “Kematian akibat Covid-19 dalam kalangan penerima dos penggalak adalah lebih rendah berbanding kumpulan yang tidak divaksinasi dan kumpulan lengkap divaksinasi tetapi tidak lengkap dos penggalak.

    “Kementerian Kesihatan ingin menyeru kepada semua warga emas yang berkelayakan namun belum menerima vaksin sama ada dos primer atau penggalak untuk segera mendapatkannya di pusat pemberian vaksin (PPV) yang terdekat secara walk-in.

    “Pengambilan vaksin Covid-19 terutamanya dos penggalak amat penting untuk warga emas bagi melindungi mereka daripada jangkitan teruk Covid-19 yang boleh membawa maut dan juga sebagai persediaan apabila negara memulakan fasa peralihan ke endemik bermula 1 April ini,” katanya. – RELEVAN

    Previous Article5 makanan sihat untuk pesakit Covid-19 bertenaga ketika berpuasa
    Next Article 19,105 kes jangkitan baharu, 71 kematian

    Artikel berkaitan

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026
    Artikel Terkini

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.