Facebook Twitter
    Trending
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 langkah ini kurangkan kesan negatif pengambilan kopi berlebihan

    5 langkah ini kurangkan kesan negatif pengambilan kopi berlebihan

    By March 14, 2022Updated:December 3, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto: stockking - www.freepik.com

    MENIKMATI sekurang-kurangnya secawan kopi setiap hari merupakan satu kemestian bagi pencinta kopi sebelum memulakan aktiviti seharian.

    Menurut pakar perubatan, Dr. Zubaidi Ahmad, kopi yang mengandungi kafein sangat diperlukan untuk mendapat kesegaran pada setiap pagi. Tanpa kopi dan kafein, mereka akan rasa mengantuk serta tidak bersemangat.

    Namun, persoalannya apa yang akan berlaku jika terlebih minum kopi? Atau dengan kata lain pengambilan kafein berlebihan dos.

    “Badan pemantau kesihatan, U.S. Food and Drug Administration (FDA) mengatakan pengambilan kafein kurang dari 400 miligram adalah selamat.

    “Lebih dari dos ini kesan baik akan digantikan dengan kesan buruk,” tulis beliau menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.

    Jelasnya, pengambilan dua hingga tiga cawan kopi tidak memberikan kesan sampingan seperti degupan jantung laju, rasa tidak boleh fokus, tekanan darah meningkat, Ketidakseimbangan elektrolit, dehidrasi, sakit kepala, sukar tidur,  pedih ulu hati dan kembung perut.

    Selalunya, kafein memberikan kesan antara tiga hingga sepuluh jam bergantung kepada individu.

    Sehubungan itu, Zubaidi berkongsi tip untuk menghilangkan kesan negatif akibat pengambilan kafein yang berlebihan seperti berikut:

    1. Minum air kosong

    Pengambilan kafein yang berlebihan boleh menyebabkan dehidrasi kerana kafein bersifat diuretik (menghasilkan air kencing dengan banyak) dan ia juga menyebabkan otot pundi kencing mengecut dengan cepat. Ini mengakibatkan seseorang itu akan lebih kerap kencing dan mengalami dehidrasi. Minum air kosong secukupnya akan mengurangkan dehidrasi dan mengurangkan kepekatan kafein dalam darah.

    2. Lakukan pergerakan fizikal

    Dalam beberapa kajian menunjukkan pergerakan fizikal dapat mengurangkan rasa sakit kepala akibat pengambilan kafein berlebihan. Lakukan aktiviti berjalan selama lima hingga 10 minit sudah mencukupi untuk melepaskan tenaga yg berlebihan.

    3. Makan makanan yang banyak fiber

    Makan makanan yang banyak fiber seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dapat mengurangkan penyerapan kafein.

    4. Ambil bersama herba

    Herba seperti tongkat ali, kacip fatimah, ginseng dan maca root dapat mengurangkan pengambilan kafein yang berlebihan. Herba-herba ini meningkatkan penghasilan tenaga. Oleh itu, kita tidak terlalu banyak mengambil kafein dalam minuman untuk mendapat kesegaran pada setiap pagi.

    5. Perbaiki cara bernafas

    Dos kafein berlebihan akan menyebabkan fikiran jadi tidak menentu. Cuba perbaiki cara bernafas dengan menarik nafas dan menghembuskannya perlahan-lahan. Ia dapat membantu fikiran menjadi tenang-RELEVAN

    Previous ArticleSiapa sebenarnya yang perlu mengambil vitamin?
    Next Article 22,535 kes baharu, 87 kematian dicatatkan semalam

    Artikel berkaitan

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026
    Artikel Terkini

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.