Facebook Twitter
    Trending
    • Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai
    • Makanan yang kembalikan kesuburan rambut
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

      January 12, 2026

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026
    • Kewangan

      Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Buat bakal guru, ini yang perlu dilakukan sebelum lapor diri

    Buat bakal guru, ini yang perlu dilakukan sebelum lapor diri

    By February 15, 2022Updated:March 18, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SERAMAI 8,120 guru baharu yang berjaya dalam pengambilan khas secara sekali ambil (one-off) fasa 2 dan 3 boleh membuat semakan penempatan bermula semalam.

    Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, guru-guru tersebut akan mula melapor diri di sekolah masing-masing pada 1 Mac ini.

    “Kepada calon yang berjaya dipilih, tahniah dan selamat bertugas saya ucapkan.

    “Manfaatkanlah peluang menjadi guru untuk bekerja setulus hati ke arah melahirkan generasi pewaris negara yang lebih hebat,” katanya dalam ciapan di lama Twitter.

    Pengambilan khas guru secara sekali ambil tersebut melibatkan keseluruhan 18,702 orang guru.

    Kata Radzi, ia bertujuan merungkai isu kekurangan guru yang telah berlarutan sekian lama.

    Tinjauan Relevan di media sosial mendapati ramai bakal guru yang meluahkan kesyukuran selepas menerima penempatan masing-masing semalam.

    Namun, terdapat juga beberapa calon yang sedikit terkilan apabila ditempatkan di kawasan pedalaman, terutamanya di Sabah dan Sarawak.

    Guru yang kini bertugas di sekolah pedalaman 2 di Sabah, Mohd. Azrinsyah Abd. Aziz berkata, setiap calon yang menerima penempatan perlu bersyukur kerana pengambilan besar-besaran seperti ini tidak akan terjadi selalu.

    Katanya, calon perlu menerima penempatan tersebut dengan hati terbuka walaupun mungkin ditugaskan di sekolah yang agak jauh dari keluarga atau pasangan.

    Mohd. Azrinsyah turut berkongsi empat tip untuk bakal guru yang akan melapor diri kelak.

    • Bina rangkaian awal

    Bakal guru yang akan melaporkan diri digalakkan untuk mencari rakan-rakan yang telah dilantik atau menerima penempatan di sekolah atau daerah yang sama. Ini bagi memudahkan urusan dan membantu guru menyesuaikan diri di tempat baharu kelak, lebih-lebih lagi jika lokasi sekolah tersebut agak asing untuk mereka.

    • Hubungi sekolah

    Antara masalah yang perlu diselesaikan segera oleh bakal guru ialah penginapan. Waktu yang agak pendek untuk melapor diri menyukarkan guru mendapatkan penginapan. Oleh itu, bakal guru digalakkan untuk menghubungi pihak sekolah atau pengetua, bagi memastikan sama ada sekolah tersebut menyediakan kuarters untuk guru baharu atau tidak. Jika tidak, mungkin pihak sekolah sendiri boleh membantu guru mendapatkan rumah sewa yang selesa dengan cepat.

    • Sediakan dokumen berkaitan

    Sebelum melapor diri, bakal guru perlu memuat turun beberapa dokumen seperti yang disenaraikan dalam Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT). Semua dokumen tersebut boleh dimuat turun di sini. Panduan melengkapkan PSTT pula boleh dilihat di sini.

    • Lapor diri

    Jika semua langkah di atas telah dilaksanakan, kebiasaannya proses lapor diri boleh berjalan dengan lancar. Namun, harus diingat, proses lapor diri itu merupakan pandangan pertama pihak sekolah terhadap anda. Anda digalakkan untuk berpenampilan kemas dan bersikap ramah sepanjang proses tersebut bagi membina hubungan yang lebih baik dengan warga sekolah. – RELEVAN

    Previous Article7 tip kekal relevan dalam industri hiasan dalaman
    Next Article 31 kematian dicatatkan di negara ini semalam, 10 BID

    Artikel berkaitan

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Bagaimana pembuli tercipta?

    January 5, 2026

    Senarai cuti umum 2026

    December 31, 2025

    Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

    December 30, 2025

    Luca Paciola, Bapa Perakaunan

    December 24, 2025

    Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

    December 24, 2025
    Artikel Terkini

    Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

    January 12, 2026

    Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

    January 12, 2026

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.