Facebook Twitter
    Trending
    • e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti
    • Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri
    • ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk
    • Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan
    • Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori
    • Pantang larang ketika senggugut
    • 5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira
    • Cara mengelak menangis ketika memotong bawang
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025

      Pantang larang ketika senggugut

      December 10, 2025

      5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

      December 9, 2025

      Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

      December 8, 2025
    • Kewangan

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025
    • Pendidikan

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025
    • Kerjaya

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apa itu Pembelajaran Abad Ke-21?

    Apa itu Pembelajaran Abad Ke-21?

    By February 11, 2022Updated:February 12, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    KEMAJUAN dunia membawa perubahan dalam pelbagai aspek. Pendidikan sebagai antara elemen terpenting dalam kehidupan manusia juga tidak ketinggalan berubah. 

    Memasuki alaf baharu, pendidikan juga perlu berubah untuk beradaptasi dengan perubahan zaman, kemajuan teknologi serta pemikiran generasi baharu. Untuk itu, sistem pendidikan negara menerapkan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) bagi memastikan pelajar tidak ketinggalan dalam dunia yang berkembang pesat.

    Walaupun PAK21 diperkenalkan dalam sistem pendidikan negara sejak 2014, boleh dikatakan ia hanya dibincangkan dalam kalangan anggota sistem pendidikan sahaja, baik dalam kalangan guru, pelajar pendidikan atau ahli akademik. 

    Pandemik Covid-19 menyedarkan banyak pihak bahawa hal ehwal pendidikan perlu juga diambil tahu orang awam, terutamanya ibu bapa yang perlu menjadi ‘guru kedua’ anak-anak di rumah. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) memperkembang fungsi ibu bapa dalam aspek pendidikan.

    Sehubungan itu, eloklah untuk kita memahami apa yang dimaksudkan dengan PAK21 supaya kita tahu bagaimana persekitaran pendidikan di sekolah yang telah banyak berubah dalam tempoh sedekad ini.

    Definisi

    Kementerian Pendidikan mendefinisikan PAK21 sebagai proses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. 

    Inti utama PAK21 ialah orientasi proses pembelajaran yang lebih berfokus kepada pelajar berbanding guru. Dalam PAK21, guru bertindak sebagai pemudah cara yang menggalakkan penyertaan aktif pelajar di dalam kelas.

    Jika anda ke sekolah-sekolah sebelum pandemik melanda, anda akan mendapati susun atur meja juga berbeza. Jika sebelum ini meja disusun dalam bentuk barisan menghadap guru di hadapan, dalam PAK21 kebanyakan kelas menggunakan susunan berkumpulan, seperti dalam gambar di bawah.

    *Gambar diambil sebelum pandemik
    *Gambar diambil sebelum pandemik

    Susunan begini dapat menggalakkan interaksi antara pelajar memandangkan PAK21 banyak menggunakan aktiviti berkumpulan. Namun, ketika ini susunan meja terpaksa dikembalikan ke gaya lama bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

    Bagi merealisasikan pembelajaran berpusatkan murid, PAK21 menerapkan lima standard asas iaitu kolaboratif, komunikasi, kreativiti, nilai murni dan etika serta pemikiran kritis.

    • Komunikasi

    Pelajar digalakkan menyampaikan pendapat terhadap sesuatu perkara dan guru sebagai pemudah cara lebih banyak bertanya berbanding menjawab. Tugas guru adalah memantau dan memurnikan pandangan murid.

    • Kolaboratif

    Guru membantu murid bekerjasama dalam kumpulan dan memupuk semangat kebersamaan. Melalui elemen ini, murid diajar untuk mengenal pasti kelebihan dan kekurangan ahli kumpulan seterusnya bekerjasama melalui penglibatan yang seimbang.

    • Pemikiran kritis

    Pemikiran kritis merupakan unsur penting yang perlu dipupuk dalam kalangan murid. Melalui PAK21, murid dididik untuk meneroka pemikiran untuk menilai sesuatu idea secara logik dan rasional bagi menghasilkan pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan serta bukti yang munasabah.

    • Kreativiti

    Murid menjana idea yang menghasilkan inovasi bahan, aktiviti dan projek yang baharu, unik, berguna dan berkualiti. Bagi memupuk kreativiti, guru perlu membantu pelajar berfikiran terbuka, berpemikiran membina, berani mengambil risiko dan berpandangan jauh.

    • Nilai murni dan etika

    Walaupun dunia maju, penerapan nilai murni dan etika dalam pendidikan tidak boleh dikesampingkan. Dalam PAK21, murid dituntut untuk tahu, faham, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta etika. Pemupukan ini diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara langsung dan tidak langsung. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025

    Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

    December 10, 2025

    Pantang larang ketika senggugut

    December 10, 2025
    Artikel Terkini

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025

    Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

    December 10, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.