Facebook Twitter
    Trending
    • Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya
    • 7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya
    • 5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya
    • Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama
    • Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

      March 14, 2026

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026
    • Pendidikan

      7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

      March 13, 2026

      5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

      March 12, 2026

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mahu ilmu lebih? Ini 7 saluran YouTube yang anda wajib langgan

    Mahu ilmu lebih? Ini 7 saluran YouTube yang anda wajib langgan

    By KU SYAFIQ KU FOZIJanuary 28, 2022Updated:November 11, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    BELAJAR kini tidak lagi terhad di sekolah sahaja. Pembangunan internet kira-kira lima dekad lalu telah mengubah segalanya daripada cara bersosial, berinteraksi sehingga membeli. Malah, tiada sektor yang tidak terlepas daripada pengaruh rangkain yang menyambungkan komputer di seluruh dunia. Malah satu sektor yang menjadikan internet sebagai perantara adalah pendidikan. Teknologi internet membenarkan individu untuk belajar dari mana-mana dan pada bila-bila sahaja. 

    Saluran Youtube kini menjadi “guru” kepada pelbagai ilmu daripada pendidikan formal sehingga tidak formal seperti mengajar bermain gitar sehingga sukan sukar seperti golf. 

    Selain pendidikan awal kanak-kanak di YouTube, terdapat banyak saluran yang menumpukan kepada pendidikan untuk remaja dan orang dewasa. Pelbagai pengetahuan berkaitan sains, falsafah dan bahasa tersedia dengan mudah di YouTube. Malah, saluran ini menggunakan pendekatan menyeronokkan seperti komedi dan animasi untuk menarik perhatian penonton.

    Berikut adalah tujuh saluran Youtube yang wajib anda pantau untuk meningkatkan pengetahuan anda.

    • CrashCourse

    Seperti namanya, Crash Course menyediakan koleksi video yang menerangkan sesuatu topik secara ringkas. Bermula pada 2011, saluran ini sudah memuat naik lebih 1,500 episod penerangan berkaitan pelbagai topik, termasuk sejarah, ekonomi, sains dan falsafah. Yang menarik tentang saluran ini ialah penyampaiannya yang santai dan penggunaan animasi untuk memudahkan kefahaman penonton.

    • TED

    Jika anda pelajar di universiti tetapi tidak pernah mengetahui mengenai siri video syarahan Ted Talk, anda mungkin terlalu lewa bermain permainan komputer. Syarahan Ted Talk sangat terkenal sehingga ada pihak yang merujuk konsep dan gayanya sebagai satu format syarahan baharu dalam dunia orator. Saluran Youtube TED bukan sahaja mengumpulkan potongan syarahan Ted Talk, malah menampilkan video penerangan ringkas oleh pakar dan animasi penerangan.

    • Khan Academy

    Jika anda mahukan saluran pendidikan yang lebih serius dan disusun mengikut silibus, Khan Academy ialah tempatnya. Walaupun pendekatannya agak formal, videonya masih menyeronokkan dan mudah difahami. Sebagai pertubuhan bukan berasaskan keuntungan, Khan Academy menawarkan pendidikan percuma dan video-video yang dihasilkan sangat membantu jika pelajar mengulang kaji tentang topik-topik yang telah dipelajari di sekolah.

    • Smarter Every Day

    Smarter Every Day merupakan saluran pendidikan yang diusahakan oleh jurutera Amerika Syarikat, Destin Wilson Sandlin sejak 2007. Mengambil pendekatan trivia untuk menerangkan konsep sains dan kejuruteraan, video Sandlin menerima jutaan tontonan. Kalau anda mahu pengajaran yang santai, trivial dan bersifat lapangan, inilah saluran yang anda wajib langgan!

    • Vox

    Vox merupakan syarikat media yang diasaskan pada 2014. Walaupun beroperasi sebagai media, saluran Youtube mereka menyediakan pelbagai video bersifat penerangan tentang pelbagai topik, termasuk sejarah, sains dan isu semasa. Seperti saluran lain, Vox turut menggunakan pendekatan animasi dalam beberapa videonya untuk memberikan penjelasan yang lebih menarik dan interaktif.

    • Bright Side

    Bright Side mengambil pendekatan berbeza dalam mendidik. Walaupun terdapat juga video berbentuk penerangan, saluran ini banyak mencipta teka-teki yang dapat membantu meningkatkan daya logik penonton. Dengan video baharu dimuat naik setiap hari, saluran ini bukan saja menawarkan maklumat malah melatih otak penonton untuk berfikir dengan lebih logik dan kreatif.

    • Ajar

    Siapa kata saluran Youtube tempatan tiada yang berkualiti? Ajar membawa tema pendidikan di luar buku teks kepada penontonnya dengan pelbagai video menarik dalam bahasa Melayu. Bukan sekadar video penerangan, saluran ini turut menganjurkan forum dan mengintegrasikan kaedah tular seperti video reaksi untuk mengajarkan perkara baharu kepada penonton. Jadi, pastikan anda melanggan saluran ini, sokong produk tempatan! – RELEVAN

    Previous ArticleBeri ganjaran kepada diri tetapi berhemah
    Next Article Terung tinggi nutrisi, baik untuk ibu mengandung

    Artikel berkaitan

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    March 7, 2026

    Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

    March 4, 2026
    Artikel Terkini

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.