Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Lima kemahiran untuk jadi pekerja idaman

    Lima kemahiran untuk jadi pekerja idaman

    By KU SYAFIQ KU FOZIFebruary 22, 2022Updated:February 22, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto oleh cottonbro (Pexels)

    SETIAP pekerjaan memerlukan kemahiran tersendiri namun tidak dapat kita nafikan, ada kemahiran universal yang meningkatkan nilai seseorang pekerja pada mata majikan. Kemahiran-kemahiran ini dapat membuat pekerja menjadi rebutan banyak majikan, sekali gus menjamin masa hadapan yang lebih baik untuk pekerja.

    Tidak kira di mana anda bermula, majikan yang baik harus menyediakan laluan untuk pekerja maju dalam kerjaya mereka. Dari pekerja bawahan, anda boleh ditawarkan jawatan yang lebih tinggi sehingga akhirnya anda menjadi pemimpin di pejabat. Dengan kemahiran-kemahiran ini, anda mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk dinaikkan pangkat atau ‘dicuri’ majikan lain dengan jawatan dan tangga gaji yang lebih baik. Apakah kemahiran-kemahiran itu?

    Universiti Newman, Kansas menyenaraikan lima kemahiran yang paling diidamkan majikan. Ikuti senarai ini.

     

    • Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah

    Menurut Persatuan Kolej dan Majikan Kebangsaan (NACE), pemikiran kritis dan penyelesaian masalah merupakan kemahiran yang paling diidamkan majikan. Pemikiran kritis diperlukan dalam hampir semua jenis pekerjaan. Walaupun pekerjaan anda lebih bergantung kepada aktiviti rutin seperti pekerja kilang atau kerani, pemikiran kritis dapat membantu anda melaksanakan kerja dengan lebih berkesan dan cekap. Ia juga ciri penting untuk pemimpin. Jadi, kalau mahu naik pangkat, tonjolkan pemikiran kritis dan penyelesaian masalah anda kepada majikan.

    • Kerjasama dan kolaborasi

    Ingat lagi pelbagai tugasan berkumpulan yang diberikan pensyarah sewaktu belajar dahulu? Walaupun tugasan tersebut kadang-kadang menjengkelkan kerana sikap rakan sekumpulan yang malas, ia kemahiran penting yang perlu dipupuk sebelum masuk ke alam pekerjaan. Sangat sedikit pekerjaan yang tidak melibatkan rakan sekerja langsung, maka kemampuan kita untuk bekerjasama dan berkolaborasi sangat ditagih majikan. Dengan kerjasama yang padu antara rakan sekerja, syarikat lebih maju dan berjaya.

    • Profesionalisme dan etika kerja

    Jangan percaya kalau anda jumpa petikan kata-kata usahawan berjaya di internet yang mendakwa, majikan suka pekerja yang pemalas. Pekerja yang pemalas ialah pekerja yang pemalas, tidak ada fakta lain di sebalik kenyataan itu. Pekerja yang kreatif pun perlu bekerja keras untuk menyelesaikan tugasannya. Sebab itu, tinjauan menunjukkan majikan sangat mengambil berat soal profesionalisme dan etika kerja dalam kalangan pekerja. Nilai ini perlu dipupuk dalam kalangan pekerja supaya operasi syarikat tidak terganggu akibat sikap pekerja. 

    • Kemahiran komunikasi lisan dan menulis

    Jangan risau dahulu, para introvert. Buat mereka yang kurang kemahiran sosial, memang sukar untuk memenuhi kemahuan majikan yang satu ini. Namun, jika kerja anda berkualiti, ada etika yang baik dan sanggup berusaha meningkatkan prestasi, sentiasa ada tempat untuk pekerja seperti anda. Komunikasi lisan dan bertulis juga boleh diasah jika anda berusaha. Yang penting, ketika diperlukan untuk berjumpa pelanggan atau membentangkan cadangan, anda mampu memberikan prestasi yang baik. 

    • Kemahiran kepemimpinan

    Keempat-empat kemahiran di atas diperlukan untuk membentuk kemahiran kepemimpinan yang baik. Seperti yang ditulis di atas, sasaran semua pekerja adalah untuk mendaki tangga kerjaya sehingga akhirnya, menjadi pemimpin di syarikat. Oleh itu, pekerja yang sejak awal sudah menunjukkan kualiti kepemimpinan yang baik lebih mudah menarik perhatian majikan. Pastinya majikan lebih cenderung memilih pemimpin dalam kalangan warga syarikat sendiri berbanding mengambil pemimpin dari luar syarikat. Maka, pupuklah kemahiran kepemimpinan dalam diri anda sejak awal. – RELEVAN

    Previous ArticleDiet DASH kawal darah tinggi, elak hipertensi
    Next Article Gaji tadika swasta rendah, graduan terus berharap penempatan KPM

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.