Facebook Twitter
    Trending
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Urus pusaka tanpa tekanan

    Urus pusaka tanpa tekanan

    By CHE ROZILAN AB. RAHIMMay 19, 2025Updated:May 19, 20255 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Urus pusaka tanpa tekanan. - GAMBAR HIASAN RAZI POURI/UNSPLASH
    CHE ROZILAN AB. RAHIM

    SEBAGAI seorang pegawai yang bertanggungjawab menjalankan siasatan kes-kes kemalangan di tempat kerja, saya biasa berdepan dengan pelbagai jenis kemalangan, bermula dengan kecederaan ringan sehingga melibatkan kematian.

    Namun, satu kejadian lima tahun lalu masih kekal segar dalam ingatan saya. Ia bukan sekadar tambahan satu lagi kes yang dimasukkan ke dalam senarai siasatan. Kes itu telah membuka mata saya mengenai erti tanggungjawab dan impak kemalangan tersebut apabila ia melibatkan kehilangan nyawa seorang pekerja.

    Gementar dan beratnya amanah

    Hari itu, saya menerima panggilan kecemasan. Seorang pekerja maut dalam kejadian di tapak pembinaan. Saya perlu turun ke lokasi, jalankan siasatan, rekod bukti dan sediakan laporan yang lengkap dan tepat demi keadilan dan juga keperluan perundangan.

    Sebagai pegawai, saya perlu kekal profesional. Tetapi dalam hati, hanya Tuhan yang tahu betapa gementarnya saya melihat isteri dan anak-anak si mati menangis di lokasi kemalangan.

    Saya terfikir, selepas laporan ini siap dan semua kesimpulan dicapai, apa yang akan terjadi kepada keluarga si mati?

    Kesan kemalangan: Melebihi angka statistik

    Semasa latihan, kami diajar untuk menganalisis punca kemalangan. Namun realitinya, kesan sebenar yang ditinggalkan adalah lebih dalam kerana kematian meragut bukan sahaja nyawa, tetapi kestabilan hidup sebuah keluarga.

    Si mati adalah tulang belakang dan penyumbang utama pendapatan keluarga. Benar seperti yang dikatakan. Tanpa perancangan pewarisan atau sokongan kewangan, keluarga si mati terpaksa berhadapan dengan tekanan kewangan, trauma emosi dan masa hadapan yang tidak menentu.

    Bantuan seperti insurans, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan lain-lain memang ada tetapi ia bukan penyelesaian menyeluruh.

    Ramai yang masih kurang faham mengenai cara menguruskan harta pusaka si mati. Prosesnya rumit, penuh dengan istilah undang-undang dan prosedur yang memerlukan masa dan kepakaran.

    Di situ saya nampak, bagaimana pentingnya peranan agensi milik kerajaan seperti Amanah Raya Berhad.

    Setiap kali saya menyampaikan berita duka kepada waris, saya juga akan pastikan mereka tahu ada jalan untuk bantu mereka teruskan hidup.

    Amanah Raya Berhad adalah antara organisasi yang saya lihat banyak membantu keluarga yang berdepan dengan kehilangan. Bukan sahaja dengan khidmat pengurusan harta pusaka tetapi juga memberi sedikit kelegaan dan harapan baru.

    Peranan Amanah Raya:

    • Menguruskan dan mentadbir pusaka
    • Mengeluarkan Surat Kuasa Mentadbir
    • Mengagihkan harta kepada waris sah
    • Memberi khidmat nasihat mengenai instrumen Perancangan Pewarisan

    Bagi saya, ini bukan lagi soal teknikal. Ini soal kemanusiaan. Sebagai pegawai dan manusia, saya sedar bahawa peranan ini bukan sekadar menyiasat kemalangan dan melaporkan fakta malah turut memastikan keadilan diberikan kepada mereka yang masih hidup walaupun kehilangan tempat bergantung.

    Kini, saya melihat pentingnya kerjasama antara agensi seperti kami dan pihak seperti Amanah Raya Berhad. Meskipun kehilangan tetap ada pahitnya, saya percaya kami mampu membuatkan kehilangan juga menjadi permulaan kepada pemulihan.

    1. Penulisan wasiat

    Sekiranya si mati mempunyai wasiat yang sah, Amanah Raya akan bertindak sebagai pentadbir bagi harta pusaka untuk memastikan pembahagian harta dilakukan dengan telus sebagaimana arahan yang terkandung dalam wasiat.

    Ini termasuk memastikan setiap waris menerima hak mereka selepas hutang dan liabiliti si mati diselesaikan.

    2. Pentadbiran pusaka

    Sekiranya si mati tidak mempunyai wasiat, waris boleh melantik Amanah Raya sebagai pentadbir untuk menguruskan pusaka.

    Bagi individu yang beragama Islam, kami akan menguruskan pembahagian pusaka mengikut undang-undang Islam (Faraid). Manakala pusaka bagi individu bukan Islam akan diuruskan mengikut Akta Pembahagian 1958.

    Di Malaysia, hanya tiga institusi yang boleh mengeluarkan Surat Kuasa Mentadbir iaitu Amanah Raya Berhad, Mahkamah Tinggi dan Pejabat Tanah.

    3. Pemegang amanah waris bawah umur dan orang kelainan upaya

    Selain menguruskan pembahagian harta pusaka, Amanah Raya boleh dilantik secara automatik oleh mahkamah sebagai pemegang amanah bagi anak-anak bawah umur atau orang kelainan upaya (OKU).

    Dalam situasi ini, sebarang manfaat kewangan yang ditinggalkan untuk golongan tersebut akan diurus dan dilindungi oleh Amanah Raya sehingga mereka mencapai usia atau berkeupayaan untuk menguruskannya sendiri. Ini bertujuan untuk memastikan kebajikan mereka akan terus terpelihara.

    Penyelesaian pertikaian waris

    Pertikaian antara waris merupakan salah satu cabaran utama dalam pentadbiran pusaka. Sebagai institusi amanah yang neutral, Amanah Raya Berhad menyediakan penyelesaian berdasarkan undang-undang sivil dan syariah (jika berkaitan) bagi memastikan hak setiap waris dilindungi dan proses agihan berjalan lancar tanpa tekanan emosi atau konflik berpanjangan.

    Kematian akibat kemalangan di tempat kerja bukan sahaja meninggalkan luka emosi yang mendalam tetapi juga membawa cabaran kewangan dan ketidaktentuan dalam urusan pembahagian harta.

    Ramai yang tidak bersedia dan dalam kekeliruan itu, waris terpaksa melalui pelbagai proses undang-undang yang rumit.

    Namun begitu, di saat kesedihan dan kekusutan itulah peranan Amanah Raya menjadi sangat penting.

    Amanah Raya bukan sahaja membantu keluarga dan waris mengurus hal-hal berkaitan harta si mati dengan telus, teratur dan mengikut undang-undang. Kami juga menyediakan instrumen yang dapat memudahkan proses pentadbiran pusaka si mati agar pertikaian waris dapat dielakkan selain memastikan hak setiap individu terus terpelihara. – RELEVAN

    Che Rozilan Bin Ab. Rahim merupakan Pengurus Kanan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Kumpulan Amanah Raya dengan pengalaman 23 tahun di pelbagai industri sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan berdaftar dengan JKKP Malaysia. Bertanggungjawab merancang, melaksana dan memantau pematuhan terhadap dasar, undang-undang serta program keselamatan di tempat kerja.

     

    Previous ArticleGuru bukan pembantu peribadi anak
    Next Article Hibah vs faraid? Fahami perbezaannya demi kesejahteraan keluarga

    Artikel berkaitan

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026
    Artikel Terkini

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.