Facebook Twitter
    Trending
    • 7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya
    • 5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya
    • Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama
    • Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026
    • Pendidikan

      7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

      March 13, 2026

      5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

      March 12, 2026

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    By AMAL HAYATI FAUZIMarch 13, 20262 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya. - GAMBAR HIASAN CANVA

    JUADAH di pagi hari raya memang tidak lengkap tanpa hidangan lemang. Namun, tahukah anda terdapat pelbagai jenis lemang yang diinovasikan bagi memudahkan penyediaan dan menambah variasi rasa mengikut cita rasa masing-masing? 

    Berikut ialah beberapa jenis lemang yang popular dan unik untuk dicuba.

    • Lemang buluh

    Lemang buluh merupakan lemang tradisional tersohor. Buluh yang digunakan biasanya daripada jenis buluh betung kerana batangnya tebal dan tahan panas ketika proses membakar.

    Batang buluh ini berfungsi sebagai bekas untuk memasak lemang, iaitu makanan tradisional yang popular terutama ketika Hari Raya.

    Lemang pulut hitam

    Selalu menikmati lemang biasa? kali ini cuba pula lemang pulut hitam. Resipinya hampir sama seperti lemang tradisional, namun perbezaannya terletak pada penggunaan beras pulut hitam.

    Apabila dimasak, warna lemang akan menjadi lebih gelap. Walaupun begitu, rasanya tidak jauh berbeza daripada lemang biasa dan tetap enak dimakan bersama rendang atau serunding.

    • Lemang jagung

    Lemang jagung juga menggunakan bahan asas yang sama seperti lemang biasa. Namun, penambahan jagung memberikan sedikit rasa manis kepada hidangan tersebut.

    Campuran beras pulut dan jagung juga menjadikan warna serta teksturnya sedikit berbeza. Selain jagung, bahan lain seperti kacang atau ubi juga boleh ditambah mengikut kreativiti masing-masing.

    • Lemang tepung

    Lemang tepung merupakan makanan tradisi rakyat negeri Perak. Teksturnya lebih menyerupai bingka, namun cara pembuatannya masih menggunakan buluh seperti lemang pulut.

    Perbezaannya terletak pada bahan utama yang menggunakan tepung. Disebabkan sifatnya yang mudah basi, lemang tepung biasanya tidak dibuat dalam kuantiti yang banyak.

    • Lemang periuk kera

    Siapa sangka tumbuhan eksotik seperti periuk kera juga boleh dijadikan bekas untuk memasak lemang. Cara memasaknya adalah menggunakan daun periuk kera sebagai pengganti buluh.

    Menariknya, lemang periuk kera sering mendapat sambutan kerana rasanya yang lebih berlemak dan sedikit manis berbanding lemang biasa.

    • Lemang durian

    Lemang durian pula diolah khas untuk penggemar buah durian. Isi durian akan dicampurkan bersama pulut bagi menghasilkan aroma dan rasa yang lebih kuat.

    Namun begitu, lemang ini kurang mendapat permintaan kerana tidak tahan lama. Selain itu, harganya juga lebih mahal memandangkan isi durian sukar diperoleh jika bukan musimnya.

    • Lemang cawan

    Lemang cawan merupakan inovasi moden yang memudahkan penyediaan lemang di rumah. Ia dihasilkan menggunakan cawan kertas sebagai pengganti buluh.

    Walaupun cara penyediaannya berbeza, rasanya masih hampir sama seperti lemang tradisional. Kaedah ini juga sesuai bagi mereka yang ingin menikmati lemang tanpa perlu membakar menggunakan buluh. – RELEVAN

    Previous Article5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    Artikel berkaitan

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026
    Artikel Terkini

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.