Facebook Twitter
    Trending
    • 7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya
    • 5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya
    • Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama
    • Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026
    • Pendidikan

      7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

      March 13, 2026

      5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

      March 12, 2026

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

    Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

    By Umi FatehahJanuary 27, 2026Updated:January 27, 20264 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? - GAMBAR HIASAN CHATGPT

    PERNAH terjaga dari tidur, mata celik tapi badan langsung tak boleh bergerak? Ada yang rasa seperti dada ditekan kuat, sukar bernafas malah ternampak bayangan dalam bilik. 

    Dalam masyarakat kita, pengalaman ini sering dikaitkan dengan gangguan makhluk halus atau dihempap hantu.

    Namun menurut Cleveland Clinic, keadaan ini sebenarnya dikenali sebagai sleep paralysis, satu fenomena gangguan tidur yang ada penjelasan saintifiknya.

    Apa itu sleep paralysis?

    Menurut Cleveland Clinic, sleep paralysis berlaku apabila seseorang tidak dapat menggerakkan mana-mana bahagian badan sama ada ketika hendak tidur atau ketika baru terjaga. Ia berlaku apabila tubuh berada di antara fasa tidur dan jaga.

    Episod ini bersifat sementara. Ada yang hanya berlangsung beberapa saat, ada juga mencecah beberapa minit. Walaupun menakutkan, episod ini ada pengakhirannya.

    Ramai individu akan berasa cemas, takut atau keliru selepas episod berakhir. Perasaan tersebut boleh menyebabkan seseorang menjadi takut untuk tidur semula, sekali gus menjejaskan kualiti tidur dan fungsi harian pada siang hari.

    Adakah sleep paralysis berbahaya?

    Sleep paralysis tidak berbahaya dari sudut fizikal. Namun, ia boleh menyebabkan tekanan emosi yang kuat ketika episod berlaku.

    Dalam sesetengah kes, ia berkait dengan gangguan tidur lain seperti narkolepsi atau masalah tidur kronik. Jika seseorang kerap mengalami gangguan tidur atau episod yang berulang, mereka disarankan mendapatkan nasihat doktor.

    Normal atau tidak?

    Data yang dikongsikan Cleveland Clinic menganggarkan kira-kira 30 peratus individu di seluruh dunia pernah mengalami sekurang-kurangnya satu episod sleep paralysis sepanjang hidup mereka.

    Ini bermakna, ia bukanlah fenomena pelik atau luar biasa cuma tidak semua orang bercakap mengenainya secara terbuka.

    Apakah simptom sleep paralysis?

    Gejala biasanya berlaku sama ada sebelum seseorang tertidur atau ketika baru terjaga.

    Antara simptom yang biasa dialami termasuk:

    • Tidak mampu menggerakkan tangan dan kaki
    • Tidak boleh bercakap
    • Rasa tekanan pada dada seolah-olah sukar bernafas
    • Halusinasi, contohnya terasa ada seseorang berbahaya di dalam bilik
    • Mengantuk pada waktu siang

    Ketika episod berlaku, seseorang sebenarnya sedar dengan persekitarannya tetapi tidak mampu bergerak atau bersuara. Walaupun begitu, mata dan pernafasan masih berfungsi.

    Perasaan yang sering menyertai episod ini termasuk ketakutan, panik dan rasa tidak berdaya.

    Boleh kejutkan orang yang alami sleep paralysis?

    Seseorang boleh dikejutkan dengan selamat ketika episod berlaku. Sentuhan atau suara mungkin membantu mereka sedar sepenuhnya dan mendapatkan semula pergerakan badan.

    Namun ketika episod sedang berlaku, individu tersebut tidak mampu memberitahu apa yang sedang dirasai atau memberi isyarat bahawa mereka dalam keadaan tersebut.

    Kenapa sleep paralysis berlaku?

    Punca tepat sleep paralysis masih belum diketahui sepenuhnya. Namun Cleveland Clinic menyatakan ia sering dikaitkan dengan beberapa faktor seperti:

    • Narkolepsi
    • Kurang tidur (sleep deprivation)
    • Jadual tidur tidak menentu (contohnya kerja syif)
    • Gangguan tidur apnea
    • Masalah kesihatan mental seperti kebimbangan, gangguan bipolar, PTSD atau gangguan panik
    • Ubat tertentu (contohnya ubat ADHD)
    • Penyalahgunaan bahan terlarang

    Secara asasnya, sleep paralysis berlaku apabila seseorang kembali sedar ketika masuk atau keluar daripada fasa tidur rapid eye movement (REM) tetapi tubuh belum beralih fasa sepenuhnya.

    Semasa fasa tidur REM, otak menghantar isyarat untuk merehatkan otot tangan dan kaki. Keadaan ini dipanggil muscle atonia. Ia bertujuan menghalang kita daripada bertindak balas secara fizikal terhadap mimpi dan mencederakan diri sendiri.

    Apabila kesedaran datang semula sebelum otot diaktifkan semula maka berlakulah keadaan badan kaku tetapi minda sudah sedar.

    Jadi, hantu atau gangguan tidur?

    Halusinasi yang dialami seperti terlihat bayangan, terdengar bunyi tertentu atau terasa kehadiran seseorang di dalam bilik membuatkan ramai mengaitkannya dengan unsur mistik. 

    Sains dan Islam sebenarnya tidak bercanggah dalam hal ini. Meskipun ada penjelasan saintifik tentang bagaimana dan mengapa ia berlaku, Islam tetap mengajar umatnya menjaga adab sebelum tidur. 

    Umat Islam dinasihatkan melakukan amalan seperti berwuduk, membaca doa dan ayat pelindung serta menutup aurat dan tidak berpakaian terlalu terdedah. Ia bukan bermaksud setiap kejadian dikaitkan dengan makhluk halus tetapi sebagai langkah penjagaan rohani dan disiplin diri.

    Memahami penjelasan perubatan membantu kita tidak panik manakala amalan agama membantu menenangkan hati. 

    Jika berlaku sekali-sekala, ia biasanya tidak membimbangkan. Tetapi jika kerap dan mengganggu kehidupan harian, sebaiknya dapatkan nasihat profesional kesihatan. – RELEVAN

    Previous Article8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026
    Next Article Padah lambat makan

    Artikel berkaitan

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026
    Artikel Terkini

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.