Facebook Twitter
    Trending
    • Padah lambat makan
    • Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 
    • 8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026
    • Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari
    • Tanda kolesterol tinggi pada wajah
    • Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026

      Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

      January 26, 2026

      Tanda kolesterol tinggi pada wajah

      January 23, 2026

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Padah lambat makan

    Padah lambat makan

    By AMAL HAYATI FAUZIJanuary 27, 20262 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Padah lambat makan. GAMBAR HIASAN CANVA

    MELAMBATKAN waktu makan atau kerap berlapar menjadi kebiasaan kepada ramai individu terutama yang sibuk bekerja atau pelajar universiti yang sibuk menyiapkan tugasan. 

    Bagaimanapun, tabiat ini memberi lebih banyak kesan negatif kepada tubuh badan dan kesejahteraan mental jika berterusan. Menurut Eating Well, berikut merupakan akibat daripada melambatkan makanan. 

    Emosi tidak stabil

    Apabila badan tidak menerima makanan untuk tempoh yang lama, ia menyebabkan paras gula dalam darah menurun. Keadaan ini menyebabkan badan menghasilkan lebih banyak hormon stres. Akibatnya, individu sering rasa resah, cemas dan sukar mengawal emosi. Jika tabiat sentiasa berlapar sukar dibendung, ia boleh menjejaskan kesihatan mental untuk tahun mendatang.

    Mudah hilang tenaga

    Makanan ialah sumber tenaga utama badan. Melambatkan makan menyebabkan badan dan otak cepat letih, lesu dan sukar memberi tumpuan. Aktiviti harian dan produktiviti juga boleh terjejas, lebih-lebih lagi jika melibatkan kerja secara fizikal.

    Keliru antara tanda lapar dan kenyang

    Badan mempunyai sistem semula jadi untuk memberitahu bila waktu kita mula rasa lapar dan bila kita kenyang. Jika waktu makan sering dilengahkan, sistem ini boleh terganggu. Oleh sebab itu, indivudu berpotensi untuk tidak sedar apabila badan benar-benar lapar atau sudah cukup makan. Lebih membimbangkan apabila ia juga mampu meningkatkan risiko makan secara berlebihan.

    Mengidam makanan manis

    Paras gula darah yang rendah boleh mencetuskan keinginan kuat terhadap makanan manis dan karbohidrat. Makanan ini memberi tenaga yang banyak, tetapi tidak mengenyangkan untuk tempoh lama. Selain itu, makanan bergula sebenarnya kurang nutrisi dan mudah menjejaskan kualiti pemakanan.

    Risiko pertambahan berat badan

    Melambatkan waktu makan boleh mengganggu metabolisme badan sehingga menyebabkan tubuh badan menyimpan lebih banyak lemak secara semula jadi. Keadaan ini juga cenderung untuk mendorong seseorang makan secara berlebihan apabila lapar melampau. Kesannya, risiko untuk berat badan bertambah tinggi.

    Kekurangan nutrien

    Waktu makan merupakan peluang untuk membekalkan vitamin, mineral dan nutrien penting kepada badan. Apabila waktu makan dilengahkan, risiko kekurangan nutrien meningkat terutamanya jika ia diganti dengan makanan ringan yang kurang berkhasiat.

    Masalah pencernaan

    Melambatkan waktu makan boleh menyebabkan perut rasa tidak selesa, gastrik atau cirit-birit. Situasi ini memberi tekanan kepada sistem pencernaan lebih-lebih lagi apabila seseorang makan terlalu banyak dalam satu hidangan selepas berlapar terlalu lama. -RELEVAN

    Previous ArticleTidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

    Artikel berkaitan

    Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

    January 27, 2026

    8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

    January 26, 2026

    Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

    January 26, 2026

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026
    Artikel Terkini

    Padah lambat makan

    January 27, 2026

    Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

    January 27, 2026

    8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

    January 26, 2026

    Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

    January 26, 2026

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.