Facebook Twitter
    Trending
    • Tanda kolesterol tinggi pada wajah
    • Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda kolesterol tinggi pada wajah

      January 23, 2026

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    By Umi FatehahDecember 11, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan. - GAMBAR HIASAN SERGI MONTANER/PEXELS

    MICROSLEEP bukan sekadar rasa mengantuk biasa. Ia keadaan yang mana otak tertidur selama beberapa saat tanpa disedari. Beberapa saat itu cukup untuk mencetuskan tragedi, terutama ketika memandu atau bekerja. 

    Menurut Healthline, microsleep boleh berlaku di mana-mana sahaja sama ada di tempat kerja, dalam kelas, ketika menonton televisyen atau lebih berbahaya, memandu. Fenomena ini berlaku secara tiba-tiba dan sering dialami tanpa disedari, menjadikannya salah satu risiko kesihatan yang perlu diberi perhatian serius.

    Punca utama microsleep

    Punca paling dominan ialah kekurangan tidur sama ada akut (tidak teruk) atau kronik. Menurut Healthline, kira-kira satu daripada lima orang dewasa mengalami kekurangan tidur dan ini membawa kepada simptom seperti cepat marah, prestasi merosot, sukar fokus serta mudah lupa.

    Beberapa gangguan tidur turut meningkatkan risiko microsleep, antaranya:

    • Insomnia
    • Gangguan tidur apnea iaitu saluran udara tersumbat ketika tidur sehingga mengganggu pernafasan
    • Narkolepsi yang menyebabkan tidur tidak terkawal pada waktu siang
    • Gangguan pergerakan anggota badan secara berkala (Periodic limb movement disorder)
    • Gangguan ritma sirkadian (circadian rhythm disorder)

    Penyelidik percaya microsleep berlaku apabila sebahagian bahagian otak tidur sementara manakala bahagian badan lain kekal berjaga. 

    Tanda-tanda microsleep

    Microsleep mudah terlepas pandang kerana ia berlaku ketika mata separa tertutup atau fikiran sedang melayang. Antara gejala yang berkaitan termasuk:

    • Tidak memberi respons kepada maklumat
    • Pandangan kosong
    • Kepala terangguk-angguk
    • Tersentak tiba-tiba
    • Tidak ingat apa yang berlaku beberapa minit sebelum itu
    • Kelipan mata perlahan

    Tanda amaran sebelum ia berlaku pula termasuk sukar membuka mata, menguap berulang kali, badan tersentak dan mata kerap berkelip untuk kekal berjaga.

    Jika salah satu tanda ini muncul ketika memandu, bekerja atau belajar, itu petunjuk jelas bahawa tubuh memerlukan rehat segera.

    Bilakah microsleep selalunya terjadi?

    Walaupun lebih lazim berlaku pada waktu yang biasanya seseorang tidur, microsleep boleh terjadi pada bila-bila masa jika seseorang kurang tidur. Situasi berisiko termasuk:

    • Kerja syif malam
    • Memandu jarak jauh tanpa rehat
    • Minggu kerja berat
    • Tidur tidak berkualiti akibat stres atau rutin yang tidak teratur

    Menurut Healthline, kekurangan tidur juga dikaitkan dengan risiko kesihatan seperti tekanan darah tinggi, obesiti dan serangan jantung. Ini menunjukkan bahawa microsleep bukan sahaja membahayakan keselamatan malah menjadi isyarat tubuh yang lebih besar bahawa sistem tubuh tidak berfungsi dengan baik.

    Rawatan dan cara mencegah microsleep

    Pencegahan terbaik ialah tidur yang mencukupi antara tujuh hingga sembilan jam setiap makam. Menurut Healthline, beberapa perubahan rutin boleh membantu meningkatkan kualiti tidur.

    • Elakkan kafein, alkohol dan minuman berlebihan sebelum tidur
    • Matikan cahaya dan bunyi yang mengganggu
    • Elakkan skrol media sosial sebelum tidur
    • Pastikan suhu bilik selesa

    Jika microsleep berlaku ketika memandu, tindakan paling selamat adalah berhenti, keluar dari kereta, dan berehat. Pakar menekankan beberapa tanda jelas bahawa anda perlu segera berhenti memandu. Menguap tanpa henti, terlepas simpang atau mata menjadi terlalu berat.

    Di tempat kerja, elakkan mengendalikan mesin atau peralatan ketika mengantuk. Berjalan seketika, regangkan badan dan libatkan diri dalam perbincangan boleh membantu kekal peka.

    Jika selepas membuat perubahan gaya hidup anda masih mengalami microsleep, Healthline mencadangkan untuk berjumpa doktor. Pemeriksaan seperti sleep study mungkin diperlukan untuk mengenal pasti gangguan tidur yang menjadi punca kepada masalah ini. – RELEVAN

    Previous ArticlePelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori
    Next Article ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    Artikel berkaitan

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026
    Artikel Terkini

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.