Facebook Twitter
    Trending
    • Tanda kolesterol tinggi pada wajah
    • Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda kolesterol tinggi pada wajah

      January 23, 2026

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

    Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

    By Umi FatehahDecember 10, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori. - GAMBAR HIASAN UTUSAN

    KITA menghampiri akhir tahun. Setiap tahun, rakyat yang memenuhi syarat akan dikenakan cukai pendapatan selaras dengan ketetapan taksiran tahunan.

    Bagi Tahun Taksiran 2025, berikut ialah perincian pelepasan cukai untuk individu pemastautin seperti yang dikongsikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

    1. Pelepasan asas individu dan pasangan

    Semua pembayar cukai layak menuntut pelepasan asas RM9,000 untuk diri sendiri dan saudara tanggungan. Bagi individu orang kurang upaya (OKU), pelepasan sebanyak RM7,000 akan diberikan.

    Untuk pasangan, terdapat dua kategori:

    • Suami atau isteri atau bayaran alimoni – RM4,000
    • Suami atau isteri kurang upaya – RM6,000

    Ia membantu meringankan tanggungan isi rumah, terutamanya bagi keluarga yang menanggung pasangan tidak bekerja atau kurang upaya.

    1. Pendidikan

    Untuk kategori pendidikan, pembayar cukai boleh menikmati pelepasan sehingga RM7,000 yang meliputi pelbagai jenis kursus dan yuran pengajian.

    • Yuran pengajian peringkat tertiari (selain sarjana dan doktor falsafah)
    • Yuran pengajian peringkat sarjana dan doktor falsafah
    • Kursus peningkatan kemahiran atau pengetahuan diri (terhad kepada RM2,000)

    Pelepasan ini membantu pekerja meningkatkan kompetensi dan menyesuaikan diri dengan tuntutan dunia pekerjaan yang semakin mencabar.

    1. Perumahan

    Bagi yang membuat pembelian rumah pertama, pembayar cukai boleh menuntut RM7,000 atas faedah pinjaman perumahan. Ia tertakluk pada syarat perjanjian rumah yang dibeli antara 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2027.

    Berikut ialah had pelepasan berdasarkan harga rumah:

    • Harga rumah kediaman sehingga RM500,000 menerima had pelepasan sebanyak RM7,000
    • Harga rumah kediaman melebihi RM500,000 sehinggan RM750,000 menerima had pelepasan sebanyak RM5,000

    Insentif ini menggalakkan pemilikan rumah pertama dalam kalangan golongan muda.

    1. Perubatan dan keperluan khas

    Kategori perubatan merangkumi pelepasan besar dan luas, termasuk:

    a. Diri sendiri, pasangan atau anak menerima pelepasan sehingga RM10,000 meliputi:

    • Penyakit serius
    • Rawatan kesuburan
    • Pemvaksinan (terhad kepada RM1,000)
    • Pemeriksaan dan rawatan pergigian (terhad kepada RM1,000)
    • Pemeriksaan perubatan seperti ujian pengesanan penyakit, kesihatan mental, pembelian peralatan pemeriksaan kendiri, pembelian ujian kit kendiri (terhad kepada RM1,000)
    • Diagnosis, intervensi awal, pemulihan anak OKU pembelajaran (Terhad kepada RM6,000)

      b) Ibu bapa dan datuk nenek menerima pelepasan sehingga RM8,000 merangkumi:

    • Perbelanjaan rawatan perubatan, pergigian, keperluan khas dan penjaga
    • Pemeriksaan perubatan penuh dan pemvaksinan (terhad kepada RM1,000)

      c) Perbelanjaan peralatan sokongan asas untuk OKU sama ada untuk diri sendiri, pasangan, anak atau ibu bapa menerima pelepasan sebanyak RM6,000

    Dengan kos rawatan yang semakin meningkat, pelepasan ini sangat membantu keluarga menampung perbelanjaan kesihatan.

    1. Gaya hidup

    Gaya hidup menerima pelepasan sebanyak RM2,500 meliputi manfaat diri sendiri, pasangan atau anak seperti:

    • Pembelian atau langganan bahan bacaan
    • Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet
    • Bil langganan internet
    • Yuran kursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri

    Selain itu, terdapat pelepasan tambahan RM1,000 bagi:

    • Pembelian peralatan dan aktiviti sukan
    • Sewaan atau bayaran kemasukan ke fasiliti sukan
    • Bayaran pendaftaran pertandingan sukan
    • Bayaran keahlian gimnasium atau latihan sukan
    1. Kereta elektrik

    Tak ketinggalan, insentif untuk pembelian kenderaan elektrik serta mesin kompos sisa makanan domestik turut diberikan sebanyak RM2,500

    1. Insurans

    Beberapa pelepasan penting di bawah kategori ini termasuk:

    • Insurans nyawa dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – RM7,000
    • Skim Persaraan Swasta dan anuiti tertangguh – RM3,000
    • Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) – RM8,000
    • Insurans pendidikan dan perubatan – RM4,000
    • Caruman Perkeso – RM350

    8. Pelepasan anak

    Kerajaan turut menyediakan pelbagai pelepasan berkaitan anak bagi meringankan kos penjagaan, pendidikan dan kebajikan keluarga. Jumlah pelepasan berbeza mengikut umur, status pengajian serta keperluan khas anak, membolehkan ibu bapa menyesuaikan tuntutan mengikut situasi masing-masing.

    1. Anak bawah 18 tahun – RM2,000 
    2. Anak kurang upaya belum berkahwin – RM8,000
    3. Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 untuk anak OKU 18 tahun ke atas, belum berkahwin, belajar sepenuh masa (Diploma dan ke atas di Malaysia, Ijazah dan ke atas di luar Malaysia)
    4. Pelepasan tambahan sebanyak RM2,00 untuk anak 18 tahun ke atas bagi belum bekerja atau belajar sepenuh masa.

    Selain itu, kerajaan memberikan pelepasan bagi yuran Taska atau Tadika sebanyak RM3,000 bagi anak berumur 6 tahun dan ke bawah. Tuntutan boleh dibuat daripada suami dan isteri.

    Bagi pembelian peralatan penyusuan turut menerima pelepasan sebanyak RM1,000 oleh pembayar cukai wanita sahaja untuk anak berumur 2 tahun ke bawah. Potongan boleh dilakukan sebanyak satu kali setiap dua tahun taksiran.

    Pelepasan cukai yang disediakan kerajaan bagi Tahun Taksiran 2025 memberi peluang kepada rakyat mengurangkan beban kewangan sambil memenuhi keperluan keluarga, pendidikan, kesihatan dan gaya hidup. 

    Pelepasan Cukai Tahun Taksiran 2025. – SUMBER LHDN

    Dengan memahami setiap kategori pelepasan, pembayar cukai boleh merancang kewangan dengan lebih bijak dan memastikan tiada manfaat yang terlepas. – RELEVAN

    Previous ArticlePantang larang ketika senggugut
    Next Article Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    Artikel berkaitan

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026
    Artikel Terkini

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.