Facebook Twitter
    Trending
    • Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama
    • Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    • Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026
    • Pendidikan

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

    Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

    By AMAL HAYATI FAUZIDecember 2, 2025Updated:December 3, 20252 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian. GAMBAR HIASAN UTUSAN

    RAMAI menyangka seseorang mencapai umur 18 atau 21 tahun dikira sebagai dewasa. Walhal, kajian terbaharu saintis dari Universiti Cambridge membuktikan sebaliknya iaitu, otak manusia hanya memasuki fasa dewasa sepenuhnya pada umur 32 tahun.

    Menerusi laporan dari The Guardian, kajian tersebut menganalisis hampir 4,000 imbasan otak manusia yang berusia bawah dari setahun sehingga 20 tahun. Hasil kajian itu mendapati otak manusia sebenarnya berkembang melalui lima era utama, yang kemudiannya dipisahkan oleh empat titik perubahan dalam hidup atau “turning point” iaitu pada usia sekitar sembilan, 32, 66 dan 83 tahun.

    Fasa awal kanak-kanak (0 hingga sembilan tahun)

    Dalam tempoh ini, otak kanak-kanak mempunyai jumlah sambungan neuron yang banyak. Mereka baru mula mengenali dunia dengan cara belajar, bermain dan berinteraksi dengan persekitaran. Proses ini membantu otak kanak-kanak berkembang dan tumbuh dengan baik.

    Fasa remaja (sembilan hingga 32 tahun)

    Apabila seseorang mencecah usia sembilan tahun, otak mula beralih ke fasa pertumbuhan yang seterusnya iaitu fasa remaja. Walaupun seseorang mungkin sudah bekerja atau berkahwin pada usia 20-an, perkembangan otak mereka masih berada dalam laluan fasa remaja. Ini bukan bermaksud pemikiran mereka seperti seorang “remaja”, tetapi corak perubahan otak masih belum stabil sepenuhnya. Fasa ini juga mencabar kerana risiko kesihatan mental juga tinggi kerana otak sedang aktif dan berubah dengan cepat.

    Fasa dewasa (32 hingga 66 tahun)

    Menjelang usia 32 tahun, berlaku perubahan terbesar pada struktur otak paling ketara yang menandakan permulaan fasa dewasa sebenar. Dalam era ini, rangkaian otak menjadi lebih stabil dan tersusun berbanding fasa sebelumnya.

    Kajian pakar turut membuktikan bahawa emosi dan daya pemikiran berada pada tahap yang matang. Fasa dewasa ini merupakan tempoh terpanjang dalam hidup manusia serta pelbagai tanggungjawab seperti menjadi ibu bapa turut memberi kesan kepada kestabilan dan perkembangan otak.

    Fasa penuaan (66 hingga 83 tahun)

    Menurut kajian, fasa penuaan awal berlaku pada usia 66 tahun. Titik perubahan ketiga ini, sambungan otak mula merosot dan lemah. Ini kerana kawasan white matter pada otak manusia pada ketika ini membuatkan ia semakin hilang kecekapan.

    Fasa usia emas (83 tahun ke atas)

    Pada fasa penuaan lewat ini, daya kekuatan dari segi fizikal menjadi lebih ketara. Sudah menjadi fitrah manusia secara semula jadi untuk mengalami proses dan perubahan ini. Penjagaan kesihatan seperti pemakanan seimbang dan aktiviti fizikal penting untuk mengekalkan fungsi berada di tahap yang baik di usia emas ini. -RELEVAN

    Previous ArticleSegala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik
    Next Article 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

    Artikel berkaitan

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026
    Artikel Terkini

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.