Facebook Twitter
    Trending
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    • Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso
    • Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    • Padah lambat makan
    • Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 
    • 8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026
    • Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026

      Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

      January 26, 2026

      Tanda kolesterol tinggi pada wajah

      January 23, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tidur dalam keadaan kelaparan – kurus atau membahayakan diri?

    Tidur dalam keadaan kelaparan – kurus atau membahayakan diri?

    By Umi FatehahAugust 26, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Tidur dalam keadaan kelaparan – kurus atau membahayakan diri? - GAMBAR HIASAN COTTONBRO/PEXELS

    ADA orang rasa bersalah apabila makan lewat malam. Mereka bimbang berat badan meningkat. Ada yang lebih rela tidur dalam keadaan lapar berbanding makan pada lewat malam. 

    Berapa ramai yang dapat tidur dengan lena ketika perut lapar? Mata dipejam tapi otak asyik membayangkan makanan. Namun, persoalannya adakah baik untuk kesihatan sekiranya tidur dalam keadaan lapar?

    Kesan tidur dengan perut lapar adalah tidak sama bagi semua orang. Menurut Healthline, sesetengah orang mungkin tidak menghadapi masalah tetapi bagi sesetengah pihak, ia boleh menjejaskan tidur, emosi dan kesihatan untuk jangka masa panjang. 

    Berikuta adalah tujuh perkara yang boleh berlaku jika anda kerap tidur dalam keadaan lapar.

    1. Sukar untuk tidur

    Bila perut kosong, badan menghasilkan lebih banyak hormon ghrelin. Hormon ini menghantar isyarat lapar ke otak. Tahap ghrelin yang tinggi boleh mengganggu rasa mengantuk semula jadi. Itu sebabnya walaupun anda sudah letih, otak tetap menghantar isyarat kepada perut untuk berbunyi dan meronta-ronta mencari makanan.

    Kesannya, seseorang mungkin sukar untuk melelapkan mata. Tidur yang terganggu berulang kali boleh menjejaskan kualiti rehat dan membuatkan seseorang berasa letih pada keesokan hari.

    1. Kerap bangun tengah malam

    Tidur dalam keadaan lapar juga boleh meningkatkan risiko seseorang terbangun di tengah malam. Ini kerana badan cuba mengingatkan orang berkenaan bahawa ia kekurangan tenaga. Bila anda terjaga, biasanya rasa lapar jadi lebih kuat. Kebanyakan masa, seseorang akan menggagahkan diri untuk bangun dan mencari makanan pada jam 2.00 atau 3.00 pagi.

    Gangguan tidur seperti ini menjejaskan fasa tidur nyenyak (deep sleep) iaitu waktu paling penting untuk tubuh membaiki sel dan memulihkan tenaga. Walaupun anda tidur tujuh hingga lapan jam, badan tetap rasa lemah kerana tidak mendapatkan tidur yang berkualiti.

    1. Berat badan naik

    Ya. Berat badan akan naik, bukan turun. Ramai orang yang menyangka menahan lapar waktu malam boleh membantu menurunkan berat badan. Hakikatnya, ia boleh menjadi sebaliknya. 

    Bila bangun pagi dengan rasa terlalu lapar, seseorang akan lebih cenderung makan dengan lebih banyak berbanding kebiasaannya. Malah, otak secara semula jadi akan membuat anda teringin makanan yang tinggi gula dan karbohidrat untuk mencari tenaga.

    Hasilnya, seseorang mungkin akan makan berlebihan ketika sarapan atau mengidam makanan manis pada awal pagi. Jika ini berterusan, ia menjejaskan diet dan meningkatkan berat badan secara perlahan tanpa disedari.

    1. Paras gula dalam darah menurun

    Bagi sesetengah orang, terutamanya yang ada masalah gula dalam darah atau hipoglisemia, tidur dengan perut kosong boleh menyebabkan paras glukosa turun terlalu rendah. Ini berbahaya kerana otak memerlukan glukosa untuk berfungsi.

    Akibatnya, anda boleh merasa pening, berdebar, berpeluh atau terlalu lemah pada waktu pagi. Ada juga yang mengalami sakit kepala atau mudah pening sebaik bangun tidur. Jika tabiat tidur dalam keadaan lapar ini berterusan, ia boleh menjejaskan kestabilan tenaga harian anda.

    1. Mood terganggu

    Pernah dengar istilah hangry (hungry + angry)? Bila badan lapar, otak menghasilkan lebih banyak hormon stres seperti kortisol. 

    Sebab itulah, tidur dalam keadaan lapar boleh membuatkan anda bangun pagi dengan mood yang tidak stabil. Pendek kata, seseorang akan cepat marah, mudah tersinggung atau rasa tidak bermotivasi.

    Fokus seseorang juga boleh menurun. Di sekolah atau di tempat kerja, anda mungkin susah memberi perhatian, lebih pelupa atau kurang sabar dengan orang sekeliling. Lama-kelamaan, ia boleh menjejaskan prestasi harian dan hubungan sosial.

    1. Tubuh boleh bakar lemak tetapi ada hadnya

    Tidak semua kesan tidur dalam keadaan lapar itu negatif. Dalam situasi tertentu, tidur dengan perut tidak terlalu penuh boleh membantu badan membakar lemak. Apabila tiada makanan baharu untuk diproses, badan mula menggunakan tenaga simpanan daripada lemak.

    Namun, kesan ini ada hadnya. Jika ia diamalkan secara berlebihan, badan bukan sahaja membakar lemak tetapi mula menggunakan protein dari otot sebagai tenaga. Hal ini akan menyebabkan badan kehilangan jisim otot dan metabolisme menjadi perlahan. 

    Jadi, apa yang nampak seperti cara mudah untuk kurus sebenarnya boleh mendatangkan kesan jangka panjang yang merugikan.

    1. Risiko masalah kesihatan jika jadi kebiasaan

    Sekali-sekala tidur dengan perut kosong mungkin tidak berbahaya. Tetapi jika ia menjadi kebiasaan, kesihatan seseorang boleh terjejas. Tanpa bekalan nutrien yang mencukupi, tubuh tidak dapat melakukan kerja-kerja pembaikan sel, menghasilkan hormon dengan stabil atau menguatkan sistem imun.

    Lebih buruk lagi, perut kosong pada waktu malam boleh merangsang asid gastrik berlebihan. Lama-kelamaan, ini boleh meningkatkan risiko gastrik, asid refluks atau ulser. Tidur dalam keadaan lapar bukan isu kecil tetapi boleh menjejaskan kesihatan jika diamalkan berpanjangan. – RELEVAN

    Previous ArticleLagu merdeka yang menyatukan kita
    Next Article Semarakkan jiwa merdeka anda dengan melawat 6 muzium ini

    Artikel berkaitan

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026

    Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

    January 28, 2026

    Padah lambat makan

    January 27, 2026

    Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

    January 27, 2026
    Artikel Terkini

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026

    Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

    January 28, 2026

    Padah lambat makan

    January 27, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.