Facebook Twitter
    Trending
    • Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?
    • Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya
    • 7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya
    • 5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya
    • Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama
    • Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

      March 14, 2026

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026
    • Pendidikan

      Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

      March 16, 2026

      7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

      March 13, 2026

      5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

      March 12, 2026

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Lagu merdeka yang menyatukan kita

    Lagu merdeka yang menyatukan kita

    By AMAL HAYATI FAUZIAugust 25, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Dari dulu hingga kini, lagu merdeka jadi nadi semangat kebangsaan. GAMBAR HIASAN CANVA

    TINGGAL kurang seminggu, sebelum Malaysia meraikan kemerdekaan ke-68. Lagu-lagu patriotik dan berkaitan kemerdekaan mula berkumandang di tempat awam, corong radio dan peti televisyen. Irama dan liriknya menghidupkan semangat kecintaan kepada negara kepada pendengarnya.

    Lagu berkaitan kemerdekaan bukan hanya sekadar hiburan. Pada kebanyakan masa lagu-lagu ini membawa mesej mendalam terutama dalam mengingatkan kepada pengorbanan pejuang terdahulu. Intipati liriknya membawa mesej pengorbanan, keberanian dan aspirasi untuk membangunkan sebuah negara merdeka berdaulat.

    Berikut adalah lagu-lagu patriotik yang sering menjadi pilihan setiap kali tiba bulan Ogos. 

    • Tanggal 31

    Lagu dendangan Allahyarham Sudirman sering dimainkan ketika sambutan Hari Kemerdekaan. Lirik berulang yang mudah diingat, ditambah suara kanak-kanak sebagai latar menjadikannya antara lagu kemerdekaan yang ceria dan menarik. Allahyarham Sudirman juga mencipta sejarah apabila mengenakan busana berinspirasikan Jalur Gemilang ketika menyanyikan lagu itu. Ramai tidak tahu bahawa penyanyi asal lagu ini adalah Allahyarham Ahmad CB yang mana versinya lebih perlahan dan klasik.

    • Jalur Gemilang

    Lagu ciptaan Allahyarham Pak Ngah mengangkat kemegahan bendera Malaysia. Melodi dan liriknya bukan sahaja membangkitkan rasa bangga, malah menjelaskan bilangan jalur serta makna di sebalik warna-warna pada Jalur Gemilang, menjadikannya medium seni yang mendidik dan menyemarakkan semangat patriotik.

    • Sejahtera Malaysia

    Lagu patriotik ini pernah dinyanyikan oleh ramai artis. Namun versi Azlina Aziz, Rohana Jalil, Ogy Ahmad Daud, Elaine Kang dan Desree dianggap paling ikonik. Lagu ini melambangkan rasa syukur rakyat yang dapat hidup aman, makmur dan harmoni dalam masyarakat berbilang kaum.

    • Perwira 

    Dalam filem Masam-Masam Manis yang mula ditayangkan pada 1965 lakonan Tan Sri P. Ramlee dan Sharifah Hanim, lagu ini dibawakan menggunakan suara Allahyarhamah Puan Sri Saloma. Lagu ini sarat dengan semangat patriotik, membakar jiwa perajurit untuk berjuang mempertahankan bangsa dan tanah air tercinta.

    • Warisan 

    Album tahun 1982 yang bertajuk ‘Abadi’ menjadikan Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad satu-satunya penyanyi yang menghasilkan album penuh berjiwa patriotik. Melodi penuh penghayatan oleh Allahyarham menjadikan lagu ini sangat menyentuh emosi pendengar.

    • Saya Anak Malaysia 

    Lagu ciptaan dan nyanyian oleh Dr. Sam Rasputin pada tahun 1986 merupakan kegemaran semua rakyat Malaysia kerana maksud liriknya yang bangga menjadi warga tempatan. Lagu ini turut dihasilkan dalam pelbagai versi oleh penyanyi terkemuka termasuk Jaclyn Victor dan Tomok.

    • ‘Standing in the Eyes of the World’

    Lagu ini pada asalnya merupakan lagu tema Sukan Komanwel Kuala Lumpur pada tahun 1998, namun liriknya yang sarat dengan keazaman menjadikannya sesuai untuk diangkat sebagai lagu wajib dimainkan pada Hari Kemerdekaan. Penyanyinya, Ratu Rock, Ella pernah membawakan lagu tersebut pentas Komanwel 1998 dan sekali lagi di acara penutup Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

    • Inilah Barisan Kita 

    Lagu ini dicipta semasa Konfrontasi Indonesia-Malaysia pada tahun 1962 hingga 1966. Lagu ini bukan sahaja meniup semangat perjuangan rakyat, tetapi mengenang pengorbanan perajurit yang mempertahankan negara.

    • Setia 

    Lagu patriotik ini menjadi kegemaran rakyat Malaysia kerana mengangkat tema kesetiaan berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Lagu ini juga sering dinyanyikan di sekolah sekitar Kuala Lumpur pada era tertentu.

    • Satu Malaysia

    Lagu yang diperkenalkan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-53 masih terkenal sehingga hari ini kerana membawa gagasan perpaduan bangsa Malaysia yang seiring dengan matlamat kerajaan untuk menyatukan rakyat pelbagai kaum.

    • Negaraku

    Lagu patriotik versi moden oleh penyanyi Joe Flizzow, Altimet, SonaOne dan Faizal tahir pada tahun 2016 menggabungkan elemen pop dan hip hop. Lagu yang mengangkat kisah Panglima Awang sebagai kebanggaan tamadun Melayu dan kecintaan terhadap tanah air. 

    • Malaysia

    Lagu oleh penyanyi Faizal Tahir pada tahun 2018 menceritakan tentang kesetiaan rakyat yang sanggup berkorban demi tanah air, walau apa pun cabaran yang datang. 

    • Nyalakan Tekad

    Lagu ini mungkin jarang didengari di radio atau televisyen, tetapi ia terkenal dalam kalangan kumpulan koir sekolah, kolej dan universiti. Lagu ini pada asalnya berjudul ‘Nyala Tekad di Unggun Chita’ pada akhir tahun 60-an sebelum digubah semula kepada versi baharu.

    • Bahtera Merdeka

    Lagu tradisional berunsur patriotik ini sarat dengan perjuangan rakyat demi mempertahankan negara. Dipopularkan oleh penyanyi Aishah, lagu ini lebih dekat dengan cita rasa generasi baharu. Ramai menganggap nyanyiannya setanding dengan versi asal. Malah, susunan muzik moden dan penghayatan vokalnya yang cemerlang menjadikannya antara lagu menusuk kalbu ketika tiba sambutan kemerdekaaan.

    Lagu-lagu patriotik terus menjadi simbol semangat kemerdekaan yang penuh dengan nilai murni yang menyatukan rakyat untuk cintakan tanah air. Ia juga bukan sekadar hiburan atau nota lagu. Ia pengikat kepada apa itu erti kemerdekaan. -RELEVAN

    Previous ArticleMenelusuri semula peristiwa kemerdekaan 31 Ogos 1957
    Next Article Tidur dalam keadaan kelaparan – kurus atau membahayakan diri?

    Artikel berkaitan

    Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

    March 16, 2026

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026
    Artikel Terkini

    Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

    March 16, 2026

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.