Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal
    • Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

      December 5, 2025

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ketagih kopi? 8 golongan ini perlu elak kopi demi kesihatan

    Ketagih kopi? 8 golongan ini perlu elak kopi demi kesihatan

    By AMAL HAYATI FAUZIAugust 15, 2025Updated:August 15, 20252 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SECAWAN kopi di pagi hari sering menjadi ritual sebelum memulakan kerja. Namun, tidak semua orang sesuai menikmatinya. Bagi sesetengah individu, pengambilan berlebihan kopi boleh mendatangkan kesan sampingan.

    Fenomena ketagihan kopi bukan sahaja berpunca daripada kandungan kafein dalam minuman kegemaran itu tetapi dipacu oleh trend media sosial apabila ramai menjadikannya gaya hidup generasi kini. Menurut laporan Times of India, mereka yang harus mengelak daripada meminum kopi.

    1. Individu dengan toleransi kafein rendah
      Walaupun dengan minum sedikit kopi, golongan ini boleh mengalami degupan jantung laju, keresahan, insomnia dan masalah pencernaan. Keadaan ini mungkin berpunca daripada faktor genetik, ubat-ubatan atau masalah kesihatan tertentu. 
    2. Wanita hamil
      Pengambilan kafein berlebihan semasa hamil meningkatkan risiko bayi pramatang, berat kelahiran rendah dan keguguran. Pakar mengesyorkan wanita hamil mengehadkan pengambilan kafein tidak melebihi 200 mg sehari atau memilih kopi tanpa kafein (decaf). 
    3. Penghidap masalah jantung
      Bagi mereka yang ada tekanan darah tinggi, aritmia (denyutan tidak teratur) atau penyakit arteri koronari, kafein boleh memburukkan keadaan. Nasihat doktor diperlukan sebelum mengambil kopi secara berkala. 
    4. Individu dengan refluks asid atau GERD
      Kopi yang bersifat berasid boleh menyebabkan atau memburukkan refluks asid dan pedih ulu hati. Jika mengalami simptom ini, pilih kopi rendah asid atau elakkan terus. 
    5. Kanak-kanak dan remaja
      Kafein memberi kesan lebih kuat kepada mereka, menyebabkan gangguan tidur, keresahan dan masalah tumpuan. Kanak-kanak disarankan untuk elak dari kafein sepenuhnya, manakala remaja tidak melebihi 100 miligram sehari. 
    6. Penghidap masalah keresahan
      Kafein boleh mencetuskan simptom keresahan seperti serangan panik dan degupan jantung laju. Golongan ini digalakkan mengurangkan atau menghentikan pengambilan kopi. 
    7. Individu dengan insomnia atau gangguan tidur
      Kafein menghalang bahan kimia otak yang membantu tidur, menyebabkan sukar tidur walaupun diambil pada waktu pagi. 
    8. Individu dengan osteoporosis
      Pengambilan kopi berlebihan boleh mengurangkan penyerapan kalsium, meningkatkan risiko tulang rapuh, terutama dalam kalangan wanita menopaus dan warga emas. 

    Terdapat beberapa alternatif minuman yang lebih selamat dan tetap menyegarkan seperti teh herba, minuman bebas kafein atau air kosong yang ditambah hirisan buah. 

    Meskipun kopi memberikan kenikmatan rasa dan kesan tenaga, ia tidak sesuai untuk semua orang. Mengenal pasti tanda-tanda kepekaan kafein serta memahami risiko kesihatan adalah langkah penting dalam menjaga tubuh.

    Minum kopi tidaklah salah, tetapi biarlah berpada-pada. Pengambilan secara sederhana seperti satu hingga dua cawan sehari biasanya tidak memudaratkan bagi kebanyakan orang, malah boleh dinikmati tanpa mengorbankan kesihatan jangka panjang. -RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.