Facebook Twitter
    Trending
    • 5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira
    • Cara mengelak menangis ketika memotong bawang
    • Masa untuk bercuti
    • Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’
    • Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

      December 9, 2025

      Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

      December 8, 2025

      Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

      December 5, 2025

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 Makanan kegemaran ramai yang diam-diam tingkatkan kolesterol

    7 Makanan kegemaran ramai yang diam-diam tingkatkan kolesterol

    By Umi FatehahAugust 14, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    KOLESTEROL tinggi bukan masalah yang boleh dipandang ringan. Jika dibiarkan, masalah kolesterol boleh membawa kepada risiko penyakit jantung dan strok – dua punca utama kematian di Malaysia. 

    Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, kadar kolesterol yang tidak terkawal boleh menyebabkan pembentukan plak pada salur darah, menyempitkan aliran darah dan menjejaskan fungsi organ penting.

    Selain faktor keturunan, tabiat pemakanan memberi pengaruh besar terhadap paras kolesterol. Menurut Healthline, makanan berikut wajar dielakkan atau dikurangkan bagi mengawal tahap kolesterol.

    1. Daging merah berlemak

    Daging lembu, kambing atau rusa sememangnya enak. Namun ia juga mengandungi kandungan lemak tepu yang tinggi. Lemak tepu pula merupakan musuh utama yang meningkatkan kolesterol LDL.

    Bahagian daging berlemak, lebih-lebih lagi jika digoreng atau dimasak dengan minyak yang banyak, akan memburukkan lagi keadaan. Memakan daging merah dengan potongan bahagian kurang berlemak dapat membantu mengurangkan risiko lemak berlebihan. 

    Anda juga dinasihatkan menukar cara memasak daging tersebut dengan membakar, memanggang atau dijadikan sup.

    1. Produk tenusu penuh krim

    Produk tenusu penuh krim seperti susu, keju, mentega dan yogurt mengandungi lemak tepu serta kolesterol tinggi. 

    Anda dinasihatkan memilih produk tenusu versi rendah lemak atau digantikan dengan pilihan berasaskan tumbuhan seperti susu soya atau susu kacang badam tanpa gula tambahan.

    1. Makanan bergoreng

    Ayam goreng, kentang goreng dan pisang goreng sangat disukai kebanyakan rakyat Malaysia. Namun, makanan bergoreng sebegini mengandungi kandungan lemak trans dan lemak tepu yang tinggi.

    Lemak trans lebih berbahaya kerana ia bukan sahaja meningkatkan paras kolesterol jahat malah menurunkan kandungan kolesterol baik. Mengurangkan makanan bergoreng dan memilih kaedah memasak seperti stim, rebus, bakar atau menggunakan air fryer adalah langkah yang lebih bijak.

    1. Makanan segera dan snek diproses

    Burger, nugget, sosej, biskut manis dan kerepek antara makanan yang tinggi lemak trans, garam dan gula tambahan. 

    Kombinasi ini bukan sahaja memburukkan bacaan kolesterol malah meningkatkan risiko tekanan darah tinggi. Pada pakar kesihatan menasihatkan pengambilan buah-buahan segar, kacang tanpa garam atau bertih jagung tanpa mentega.

    1. Organ dalaman haiwan

    Sesetengah orang gemar menikmati hidangan seperti rendang hati atau limpa masak kicap. Memang benar, organ dalaman haiwan kaya dengan zat besi dan vitamin B12 tetapi kandungan kolesterolnya juga sangat tinggi. 

    Jika diambil terlalu kerap, ia akan memburukkan masalah kolesterol. Lebih baik jadikan ia hidangan sekali-sekala sahaja atau elakkan terus jika bacaan kolesterol anda sudah melepasi paras normal.

    1. Kuning telur berlebihan

    Telur sememangnya sumber protein yang enak dan berkhasiat. Ramai gemar menikmati kuning telur cair, sama ada dalam telur separuh masak atau telur mata. 

    Namun, kuning telur mengandungi kolesterol yang agak tinggi. Bagi mereka yang perlu menjaga tahap kolesterol dalam badan, pengambilan berlebihan boleh menjejaskan bacaan kolesterol darah. 

    Sebaiknya, hadkan kuning telur kepada beberapa biji seminggu dan lebih banyak putih telur dalam masakan untuk kekal sihat tanpa mengorbankan rasa.

    1. Pencuci mulut tinggi lemak dan gula

    Rakyat Malaysia ketika ini sedang ‘demam’ tiramisu. Tambahan pula, semakin ramai yang menjual pelbagai jenis pencuci mulut, daripada kek dan pastri hinggalah aiskrim berperisa unik. 

    Siapa sahaja yang mampu menahan bila iklan pencuci mulut berkrim dan menyelerakan muncul di skrin? Membayangkan suapan dingin tiramisu berperisa kopi yang lembut di mulut pun sudah membuatkan air liur meleleh. 

    Namun, hidangan manis seperti ini bukan sahaja mengandungi lemak tepu malah sarat dengan gula tambahan. Pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan kenaikan berat badan yang seterusnya meningkatkan risiko kolesterol tinggi. 

    Pilihan pencuci mulut yang lebih selamat termasuk buah-buahan segar, yogurt rendah lemak atau manisan berasaskan oat.

    Kesihatan yang baik termasuk penjagaan kolesterol memerlukan pengorbanan yang besar. Ia akhirnya bergantung kepada keutamaan dan kesihatan harus sentiasa mengatasi kehendak lain – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

    December 9, 2025

    Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

    December 9, 2025

    Masa untuk bercuti

    December 8, 2025

    Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

    December 8, 2025

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025
    Artikel Terkini

    5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

    December 9, 2025

    Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

    December 9, 2025

    Masa untuk bercuti

    December 8, 2025

    Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

    December 8, 2025

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.