Facebook Twitter
    Trending
    • Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama
    • Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    • Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026
    • Pendidikan

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    By Umi FatehahJune 27, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu. - GAMBAR HIASAN MARKUSSPIKE/PEXELS

    KECERDASAN buatan (AI) bukan sahaja mengubah cara kita bekerja malah turut melahirkan pekerjaan-pekerjaan baharu yang sebelum ini tidak wujud sama sekali. 

    Jika sebelum ini ramai bimbang AI akan menggantikan manusia, hakikatnya ia juga mencipta ruang kerjaya baharu yang menuntut kemahiran khusus, lebih kreatif dan berorientasikan penyelesaian masalah.

    Menurut Coursera, berikut beberapa pekerjaan masa hadapan yang muncul hasil perkembangan AI.

    1. Jurutera AI

    Jurutera AI ialah profesional yang menggunakan teknik kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin untuk membangunkan aplikasi serta sistem bagi membantu organisasi beroperasi dengan lebih cekap.

    Mereka memberi tumpuan kepada pembangunan alat, sistem dan proses yang membolehkan AI digunakan untuk menyelesaikan masalah sebenar dalam dunia kerja.

    Melalui data yang digunakan untuk melatih algoritma, AI akan dapat belajar dan berfungsi dengan lebih baik dari semasa ke semasa.

    Dengan kepakaran mereka, jurutera AI bukan sahaja dapat mengurangkan kos operasi dan meningkatkan produktiviti malah membantu syarikat membuat keputusan perniagaan yang lebih tepat dan menguntungkan.

    2. Jurutera pembelajaran mesin

    Jurutera Pembelajaran Mesin (Machine Learning Engineer) ialah profesional yang bertanggungjawab untuk mengkaji, membina dan mereka bentuk AI khusus dalam bidang pembelajaran mesin.

    Selain membangunkan sistem baharu, mereka juga memastikan AI sedia ada sentiasa diselenggara dan ditambah baik mengikut keperluan semasa.

    Dalam pasukan sains data, jurutera pembelajaran mesin biasanya menjadi penghubung antara saintis data dan pembangunan sistem AI. Mereka akan bekerjasama rapat dengan saintis data yang membina model sebelum menguji dan melaksanakan model tersebut dalam sistem sebenar.

    Antara tugas utama mereka termasuk:

    • Menjalankan eksperimen dan ujian ke atas model AI
    • Melakukan analisis statistik untuk memastikan ketepatan hasil
    • Membangunkan sistem pembelajaran mesin yang lebih efektif dan pintar

    Dengan kemahiran mereka, teknologi AI dapat digunakan secara optimum untuk menyelesaikan pelbagai masalah dan memudahkan kerja harian manusia.

    3. Jurutera data

    Jurutera Data ialah profesional yang membina sistem untuk mengumpul, mengurus dan menukar data mentah kepada maklumat berguna. Maklumat ini kemudian boleh digunakan oleh saintis data, penganalisis perniagaan dan profesional data lain untuk dianalisis dan ditafsirkan.

    Mereka memastikan data mudah diakses dan tersusun dengan baik supaya organisasi dapat menggunakannya untuk menilai prestasi dan mengoptimumkan operasi.

    Bidang kejuruteraan data ini sangat luas dan diperlukan dalam hampir semua industri daripada kewangan, kesihatan, teknologi sehinggalah ke sektor perkilangan dan logistik.

    4. Jurutera robotik

     

    Jurutera robotik ialah profesional yang membangunkan aplikasi robotik untuk pelbagai industri, termasuk automotif, pembuatan, pertahanan dan perubatan.

    Mereka bertanggungjawab untuk mereka bentuk produk robotik baharu atau membina prototaip bagi tujuan ujian sebelum digunakan secara meluas.

    Sesetengah jurutera robotik bekerja terus di kilang pembuatan bagi memantau proses penghasilan robot. Ada juga yang memerhati prestasi robot apabila digunakan dalam situasi sebenar seperti di hospital atau barisan pengeluaran.

    Bidang kejuruteraan robotik ini menggabungkan pengetahuan kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan elektrik dan sains komputer menjadikannya kerjaya yang menuntut kebolehan teknikal dan minda kreatif dalam menyelesaikan masalah.

    5. Jurutera perisian

    Jurutera Perisian atau dikenali juga sebagai pembangun (developer) ialah profesional yang membina perisian untuk komputer dan pelbagai aplikasi.

    Mereka menggunakan bahasa pengaturcaraan, platform dan seni bina sistem untuk membangunkan apa sahaja daripada permainan komputer sehinggalah sistem kawalan rangkaian yang kompleks.

    Selain membina perisian baharu, jurutera perisian juga bertanggungjawab untuk menguji, menambah baik dan menyelenggara perisian yang telah dibangunkan oleh jurutera lain supaya sentiasa berfungsi dengan lancar.

    Jika anda seseorang suka berfikir secara analitik, gemar menyelesaikan masalah dan mahu meningkatkan sistem digital sedia ada, kerjaya ini pasti memberikan kepuasan dan cabaran yang berbaloi.

    6. Saintis data

    Saintis data ialah profesional yang menentukan soalan penting yang perlu ditanya oleh organisasi atau pasukan serta membantu mereka mencari jawapan berdasarkan data.

    Mereka sering membangunkan model ramalan (predictive models) untuk mengenal pasti corak dan meramalkan hasil sesuatu situasi. Contohnya, meramalkan jualan bulan depan berdasarkan trend semasa atau mengesan kemungkinan masalah dalam operasi syarikat.

    Selain itu, saintis data juga menggunakan teknik pembelajaran mesin (machine learning) untuk meningkatkan kualiti data dan menambah baik produk atau perkhidmatan yang ditawarkan organisasi.

    Secara ringkas, saintis data membantu syarikat membuat keputusan lebih bijak dan strategik berdasarkan fakta dan bukti daripada data yang dikumpul. – RELEVAN

    Previous Article6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    Next Article Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    Artikel berkaitan

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026
    Artikel Terkini

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.