Facebook Twitter
    Trending
    • Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik
    • Punca bateri telefon sentiasa habis
    • Kubis goreng boleh mengundang kanser?
    • 8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi
    • 5 tabiat pagi yang merosakkan otak
    • 4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah
    • Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini
    • Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kubis goreng boleh mengundang kanser?

      February 5, 2026

      5 tabiat pagi yang merosakkan otak

      February 4, 2026

      4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

      February 4, 2026

      Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

      February 2, 2026

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026
    • Kewangan

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026
    • Pendidikan

      Punca bateri telefon sentiasa habis

      February 6, 2026

      Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini

      February 4, 2026

      Jangan cas telefon sebelah bantal!

      February 2, 2026

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026
    • Kerjaya

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Hibah vs faraid? Fahami perbezaannya demi kesejahteraan keluarga

    Hibah vs faraid? Fahami perbezaannya demi kesejahteraan keluarga

    By MOHAMAD FADZIL MOHAMADMay 19, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Hibah vs Faraid? Fahami perbezaannya demi kesejahteraan keluarga. - GAMBAR HIASAN SHIDDIEQIIN ZON
    Mohamad Fadzil Mohamad

    DALAM perbualan mengenai harta pusaka, kita sering kali mendengar ungkapan ‘hibah vs faraid’ atau ‘hibah untuk elak faraid’. Sebenarnya, saya berpendapat kenyataan itu kurang tepat kerana hibah tidak boleh mengatasi faraid dan tujuan sebenar hibah adalah untuk mengelak faraid.

    Ya benar, terdapat perbahasan tentang hukum seseorang menghibahkan keseluruhan harta kepada seorang penerima dan hukum melakukan hibah demi mengelakkan faraid.

    Namun, hakikatnya tidak seorang pun boleh mengetahui tentang niat sebenar penghibah sama ada untuk mengelak daripada terikat dengan faraid atau sebaliknya.

    Lagipun, hibah adalah satu instrumen alternatif yang bertujuan untuk membantu pemilik harta melakukan perancangan harta. Boleh jadi si anak meninggal dahulu daripada bapanya dan ia bukan situasi luar biasa. Tetapi hukum faraid hanya sah dipakai apabila pemberi harta meninggal dunia.

    Jadi, adakah hibah bertentangan dengan faraid? Jom kita cuba fahamkan isu ini dengan lebih lanjut.

    Faraid: Sistem pembahagian harta

    Faraid merupakan sistem pembahagian harta pusaka yang ditetapkan oleh Allah dalam Al-Quran. Ia menentukan kadar pembahagian kepada waris-waris yang berhak secara jelas dan terperinci.

    Faraid bertujuan untuk memastikan keadilan dalam agihan harta pusaka serta mengelakkan perebutan antara ahli keluarga selepas seseorang meninggal dunia.

    Namun, ada situasi di mana terdapat keperluan untuk pemilik harta melakukan pemberian bagi menepati keperluan dan keadaan khusus seseorang.

    Contohnya, seorang individu hanya mempunyai seorang anak perempuan dan tiada ibu bapa. Dia juga memiliki sebuah rumah serta simpanan wang di beberapa institusi kewangan.

    Jadi, sekiranya hasratnya adalah untuk memberikan rumah itu hanya kepada satu-satunya anak perempuannya, dia perlu melaksanakan hibah.

    Hibah: Instrumen perancangan harta

    Hibah ialah pemberian harta secara sukarela semasa hidup kepada individu tertentu tanpa sebarang balasan. Dalam Islam, seseorang bebas untuk memberi hartanya kepada sesiapa sahaja melalui hibah, termasuk kepada waris atau bukan waris.
    Hibah digunakan sebagai salah satu kaedah perancangan harta bagi memenuhi keperluan spesifik pewaris.

    Sebagai contoh, jika seseorang ingin memastikan anak angkatnya mendapat sebahagian harta, hibah boleh dijadikan pilihan kerana anak angkat tidak termasuk dalam senarai waris faraid.

    Hibah vs Faraid: Bertentangan atau saling melengkapi?

    Tanggapan bahawa Hibah bertentangan dengan faraid sebenarnya tidak tepat. Kedua-duanya mempunyai fungsi berbeza tetapi saling melengkapi.

    Hibah bukan satu cara untuk ‘mengelak’ Faraid tetapi lebih kepada satu instrumen alternatif kepada perancangan pewarisan yang membantu memastikan keperluan waris atau penerima dapat dipenuhi dengan lebih baik.

    Jika seseorang meninggal dunia tanpa melakukan hibah atau wasiat, harta peninggalannya akan dibahagikan mengikut hukum faraid.

    Namun, sekiranya seseorang telah memberi hibah kepada individu tertentu semasa masih hidup, harta tersebut tidak lagi termasuk dalam harta pusaka yang perlu dibahagikan mengikut faraid kerana ia telah berpindah milik sebelum kematian.

    Bagaimana memastikan hibah tidak disalahgunakan?

    Walaupun hibah memberikan fleksibiliti, ia perlu dilakukan dengan telus dan adil. Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira dalam pemberian hibah:

    1. Pengetahuan tentang hibah

    Pemilik harta yang ingin melakukan hibah perlu mengetahui terlebih dahulu tentang hukum dan tujuan pensyariatan hibah serta faraid.

    2. Dokumentasi yang sah

    Hibah perlu dilakukan dengan dokumen yang sah supaya tiada pertikaian di kemudian hari.

    3. Pengetahuan waris

    Walaupun hibah tidak memerlukan pengetahuan waris yang lain, keterbukaan dalam perbincangan boleh mengelakkan pertelingkahan keluarga pada masa hadapan.

    4. Niat yang betul

    Hibah seharusnya digunakan sebagai alat perancangan harta yang berlandaskan keadilan dan bukan untuk menindas atau menafikan hak sesiapa.

    Adakah hibah bertentangan dengan faraid?

    Jawapannya adalah tidak. Hibah dan faraid adalah dua konsep yang berbeza tetapi boleh digunakan secara bijak dalam perancangan pewarisan.

    Jika dilakukan dengan betul, hibah boleh membantu memastikan harta diagihkan dengan lebih efisien tanpa menjejaskan keadilan sebagaimana yang ditetapkan dalam syariah Islam.

    Kesimpulannya, perancangan pewarisan adalah satu perkara yang perlu diberi perhatian sebelum terlambat. Kejelasan dan keadilan dalam pembahagian harta amat penting agar keluarga tidak berdepan konflik pada masa akan datang tidak kiralah sama ada melalui hibah atau faraid. – RELEVAN

    Mohamad Fadzil Mohamad merupakan pegawai Amanah Raya yang telah mengurus dan menyelesaikan pelbagai jenis kes pusaka dengan pengalaman selama lapan tahun. Pernah mewakili Amanah Raya dalam perbicaraan di Unit Pentadbiran Pusaka dan Mahkamah Tinggi selain menguruskan permohonan Sijil Faraid, Pengesahan Hibah dan Pengesahan Wasiat.

    Previous ArticleUrus pusaka tanpa tekanan
    Next Article Wasiat bukan hanya untuk orang berharta

    Artikel berkaitan

    Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

    February 6, 2026

    Punca bateri telefon sentiasa habis

    February 6, 2026

    Kubis goreng boleh mengundang kanser?

    February 5, 2026

    8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

    February 5, 2026

    5 tabiat pagi yang merosakkan otak

    February 4, 2026

    4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

    February 4, 2026
    Artikel Terkini

    Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

    February 6, 2026

    Punca bateri telefon sentiasa habis

    February 6, 2026

    Kubis goreng boleh mengundang kanser?

    February 5, 2026

    8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

    February 5, 2026

    5 tabiat pagi yang merosakkan otak

    February 4, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.