Facebook Twitter
    Trending
    • Asyik tidur waktu siang? 
    • Fakta semesta: Apa itu fenomena ‘Blood Moon’ ?
    • Persiapan lengkap sebelum menjejak kaki ke universiti
    • Keputusan UPU lepasan STPM diumumkan hari ini
    • Hidupkan Maulidur Rasul dengan empat amalan ini
    • RM100 MyKasih: Barang mana patut didahulukan?
    • 5 tanaman penyeri dalam rumah
    • Tip rambut sihat untuk muslimah
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Asyik tidur waktu siang? 

      September 9, 2025

      5 tanaman penyeri dalam rumah

      September 4, 2025

      Tip rambut sihat untuk muslimah

      September 4, 2025

      7 cara elak kecederaan ketika di gim

      September 2, 2025

      Kenapa IQ anak terganggu: Apa yang ibu bapa perlu tahu

      August 29, 2025
    • Kewangan

      RM100 MyKasih: Barang mana patut didahulukan?

      September 5, 2025

      Tuanku Abdul Rahman, tokoh tertera di mata wang ringgit Malaysia

      September 3, 2025

      Bantuan RM100 SARA MyKasih – Senarai barang, cara tebus dan lokasi pasar raya

      September 2, 2025

      BNPL – budaya hutang alaf baru yang mengancam generasi kini

      August 21, 2025

      Sembang wang di meja kopi, kadang ilmu kadang fantasi

      August 20, 2025
    • Pendidikan

      Fakta semesta: Apa itu fenomena ‘Blood Moon’ ?

      September 8, 2025

      Persiapan lengkap sebelum menjejak kaki ke universiti

      September 5, 2025

      Keputusan UPU lepasan STPM diumumkan hari ini

      September 5, 2025

      Hidupkan Maulidur Rasul dengan empat amalan ini

      September 5, 2025

      Rukun negara – tonggak perpaduan, nadi bangsa merdeka

      August 29, 2025
    • Kerjaya

      Graduan cari kerja, pasaran cari pengalaman

      August 29, 2025

      Minat guru semakin luntur, masa depan negara berisiko

      August 22, 2025

      Smokey Nagata: Pencinta keunikan dan kelajuan dalam dunia automotif

      August 20, 2025

      Umur persaraan 65 tahun: merdeka atau terikat?

      August 14, 2025

      Merdekakan diri daripada beban kerja tak berkesudahan

      August 8, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bina kekayaan dengan kumpul wang lama

    Bina kekayaan dengan kumpul wang lama

    By Umi FatehahDecember 20, 2024Updated:December 20, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Bina kekayaan dengan kumpul wang lama

    DUNIA pelaburan penuh dengan pelbagai pilihan seperti saham, hartanah, barangan antik, lukisan, matawang kripto dan emas. 

    Bagaimanapun, ada satu bentuk pelaburan yang tidak mendapat perhatian tetapi berpotensi untuk memberi pulangan besar iaitu numismatik atau dalam bahasa mudahnya, mengumpul wang lama.

    Numismatik bukan sahaja menjadi hobi yang menarik tetapi boleh menjadi satu bentuk pelaburan yang menguntungkan. Di sebalik koleksi yang mungkin kelihatan kecil dan sederhana, tersembunyi nilai sejarah dan kewangan yang luar biasa dalam simpanan.

    Hobi yang bermula sejak beribu-ribu tahun lalu, sering dikaitkan dengan nilai sentimental serta minat terhadap sejarah. 

    Selari dengan perkembangan moden, numismatik telah berubah menjadi industri bernilai tinggi yang menarik minat bukan sahaja pengumpul tetapi pelabur yang mahu meraih keuntungan pada masa depan.

    OOI Chun Kai, 31

    Ooi Chun Kai, seorang pengumpul berusia 31 tahun telah berkecimpung dalam dunia numismatik sejak 2012. Hobi ini bukan sekadar kepuasan peribadi tetapi satu cara untuk menghargai sejarah dan mencipta peluang pelaburan jangka panjang. 

    “Minat saya bermula sejak kecil lagi. Pada tahun 2012, saya menemui komuniti pengumpul wang lama di Facebook. 

    “Dari situ, saya mula mengembangkan minat saya terhadap wang lama,” katanya.

    Keunikan yang menentukan nilai wang lama

    Apa yang menjadikan wang lama berharga? Menurut Chun Kai atau lebih dikenali sebagai Ah Kai, keunikan sesuatu wang tidak hanya bergantung kepada usianya.

    “Faktor seperti jumlah pengeluaran, reka bentuk dan permintaan pasaran memainkan peranan besar dalam menentukan nilainya.

    “Ia juga bergantung kepada faktor seperti jumlah pengeluaran (mintage), reka bentuk dan permintaan pasaran. 

    “Permintaan tinggi terhadap wang lama yang dikeluarkan dalam kuantiti sedikit juga mendorong kepada peningkatan nilai dan harganya,” katanya.

    Sebagai contoh, wang kertas dengan nombor siri istimewa seperti “888” atau “123456” sering menjadi buruan kerana dianggap unik dan membawa nilai estetika. 

    Selain itu, duit syiling dengan reka bentuk khas atau edisi peringatan dihargai kerana keindahan seni ukirannya. 

    Namun, bukan sekadar estetika yang menaikkan nilai wang lama tetapi sejarah yang terkandung dalam setiap item turut menambah daya tarikan wang tertentu.

    Malah, Ah Kai memiliki sekeping wang kertas 100 Dollar yang dikeluarkan pada era Straits Settlements pada tahun 1927 ketika Malaysia masih di bawah pentadbiran British. Dia berjaya memperoleh wang kertas berharga itu melalui lelongan di United Kingdom (UK) dengan nilai melebihi RM200,000.

    Wang kertas 100 Dollar Straits Settlements yang dibida pada harga RM200,000. – GAMBAR IHSAN AH KAI

    Duit kertas ini bukan sahaja menjadi item paling berharga dalam koleksinya tetapi simbol kepuasan kerana berjaya mendapatkan sesuatu yang sangat jarang didapati.

    Kejayaan yang bermula sebagai hobi

    Perjalanan Ah Kai dalam dunia numismatik yang bermula sebagai hobi kini berjaya berkembang sebagai salah satu sumber pendapatannya.

    Melalui TikTok, Ah Kai berjaya mengumpul jutaan pengikut, menjadikannya salah seorang penggiat numismatik yang berpengaruh di Malaysia. 

    Dia menggunakan platform media sosial itu untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman tentang duit lama, memberikan panduan tentang cara mengumpul dan menjaga koleksi, serta memperkenalkan kepentingan numismatik kepada generasi muda.

    Kecemerlangan Ah Kai di media sosial bukan sahaja menunjukkan minatnya yang mendalam terhadap wang lama tetapi kemampuannya untuk menjadikan hobi ini sebagai sumber inspirasi untuk orang lain. 

    Dengan pendekatan menarik dan informatif dia terus mempopularkan numismatik, membuktikan bahawa ia bukan sekadar hobi tetapi juga peluang untuk menambah pendapatan dan menghargai sejarah.

    Terdapat potensi kepada numismatik dan seperti pelaburan lain, perlu ada kesabaran dan kecekalan selain pengetahuan untuk berjaya terutama bagi meraih pendapatan. – RELEVAN

    featured kewangan kumpul wang lama

    Artikel berkaitan

    Asyik tidur waktu siang? 

    September 9, 2025

    Fakta semesta: Apa itu fenomena ‘Blood Moon’ ?

    September 8, 2025

    Persiapan lengkap sebelum menjejak kaki ke universiti

    September 5, 2025

    Keputusan UPU lepasan STPM diumumkan hari ini

    September 5, 2025

    Hidupkan Maulidur Rasul dengan empat amalan ini

    September 5, 2025

    RM100 MyKasih: Barang mana patut didahulukan?

    September 5, 2025
    Artikel Terkini

    Asyik tidur waktu siang? 

    September 9, 2025

    Fakta semesta: Apa itu fenomena ‘Blood Moon’ ?

    September 8, 2025

    Persiapan lengkap sebelum menjejak kaki ke universiti

    September 5, 2025

    Keputusan UPU lepasan STPM diumumkan hari ini

    September 5, 2025

    Hidupkan Maulidur Rasul dengan empat amalan ini

    September 5, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.