Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal
    • Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

      December 5, 2025

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kenapa sekarang susah nak cari kerja?

    Kenapa sekarang susah nak cari kerja?

    By Umi FatehahSeptember 16, 2024Updated:September 18, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    BEBERAPA bulan lalu, Nadia mula rasa bosan dengan kerjayanya sebagai akauntan. Dia sudah lama ingin mencuba sesuatu yang baharu dan lebih mencabar, misalnya dalam bidang pemasaran atau kreatif. 

    Jadi, dia nekad mencari kerja baharu dan menghantar permohonan kerja ke pelbagai syarikat.

    Namun, semuanya tidak berjalan lancar. Berpuluh-puluh atau mungkin ratusan permohonan kemudian, Nadia masih tidak menerima jawapan gembira.

    Dia mula tertanya-tanya, “Kenapa susah sangat nak cari kerja sekarang?”

    Pasti ramai yang berhadapan dengan situasi sama seperti Nadia. Sama ada mahu cari kerja atau cuba menceburi bidang baharu, semuanya masih tidak ada khabar.

    Apa yang sebenarnya berlaku dalam pasaran kerja sekarang?

    • Kemajuan teknologi yang pesat  

    Kemajuan teknologi telah mengubah pasaran kerja dengan ketara. Automasi, kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin sedang menggantikan banyak peranan tradisional. 

    Perkara itu menyebabkan peningkatan permintaan terhadap kemahiran baharu yang tidak dimiliki oleh semua pencari kerja. Perubahan itu mewujudkan jurang kemahiran dan menyukarkan individu mencari jawatan yang sesuai.

    Disebabkan peranan atau jawatan tradisional semakin berkurang, persaingan untuk jawatan sedia ada semakin sengit.

    Justeru, pencari kerja dinasihatkan untuk sentiasa meningkatkan kemahiran agar kekal relevan dalam pasaran.

    • Ekonomi tidak menentu

    Keadaan ekonomi yang tidak menentu termasuk kesan pandemik global dan ketegangan geopolitik sedikit sebanyak telah menjejaskan peluang pekerjaan. 

    Kebanyakan syarikat kini lebih berhati-hati menambah tenaga kerja agar tidak membebankan kewangan syarikat. Disebabkan itu, penawaran kerja semakin berkurang dan proses pengambilan pekerja juga diperketat.

    Kesannya, beberapa syarikat mengambil langkah selamat dengan mengurangkan pengambilan pekerja.

    • Peningkatan globalisasi pasaran kerja

    Globalisasi pasaran kerja telah membawa kepada peningkatan persaingan daripada calon seluruh dunia. 

    Tawaran kerja jarak jauh atau remote work semakin meningkat. Ini bermakna, syarikat bebas merekrut calon pekerja dari mana-mana lokasi, negeri atau mungkin negara. Perkara itu sekali gus menyebabkan skala pencarian bakal pekerja semakin meluas dan persaingan meningkat. 

    • Jangkaan yang tinggi daripada majikan

    Majikan kini mempunyai jangkaan yang lebih tinggi disebabkan faktor-faktor seperti perkembangan teknologi. Justeru, kebanyakan majikan mencari calon yang berpengalaman luas dalam bidang berkaitan dan berkemahiran tinggi.

    Trend itu menyukarkan pencari kerja untuk memenuhi semua kriteria yang disenaraikan dalam perincian kerja. Perkara itu secara tidak langsung memberi kesan negatif kepada graduan baharu atau individu yang tidak mempunyai pengalaman yang banyak – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.