Facebook Twitter
    Trending
    • Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya
    • 7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya
    • 5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya
    • Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama
    • Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

      March 14, 2026

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026
    • Pendidikan

      7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

      March 13, 2026

      5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

      March 12, 2026

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Iri dan dengki di tempat kerja

    Iri dan dengki di tempat kerja

    By Umi FatehahSeptember 13, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Iri dan dengki di tempat kerja. - GAMBAR HIASAN MIMI THIAN/UNSPLASH

    JASMIN memerhati dari jauh sambil rakan-rakan sekerja mengerumuni Wani bagi mengucapkan tahniah kerana berjaya mendapatkan satu lagi klien besar untuk projek mereka. 

    Suasana pejabat riuh dengan kegembiraan dan Wani menjadi tumpuan. Jasmin cuba tersenyum, tetapi hati kecilnya penuh dengan rasa iri.

    Rasa iri itu bukan kerana Wani tidak layak – dia berbakat, rajin dan apa sahaja tugasan yang diberikan, Wani dapat melaksanakannya dengan cemerlang. Namun, setiap kali Wani berjaya, hati Jasmin pedih mencucuk-cucuk seperti ditikam jarum.

    Jasmin inginkan apa yang Wani ada; pujian, kecantikan dan kecemerlangan – termasuklah perhatian Haris. Dia hanya mampu diamkan diri ketika Haris mengucapkan tahniah sambil menghulur sekotak coklat Belgium kepada Wani. 

    Jasmin hanya mampu menahan rasa pahit di hati. Bukan kerana dia kehilangan sesuatu, tetapi kerana dia mendambakan apa yang bukan miliknya. Jasmin mengucapkan tahniah, sambil menyembunyikan rasa iri yang terbuku di sebalik senyumannya.

    Kisah itu mengingatkan bahawa bukan semua orang di tempat kerja akan raikan kejayaan kita dan ini ialah realiti. Kita tidak dapat mengawal perasaan orang lain, tetapi apa yang boleh dilakukan ialah mengawal bagaimana reaksi dan tindakan jika berhadapan dengan situasi sebegini.

    Sekiranya anda seperti Jasmin, berikut ialah beberapa tip untuk mengatasi perasaan tersebut.

    1. Fokus pada kekuatan dan pencapaian sendiri

    Alihkan tumpuan. Daripada fokuskan apa  dimiliki orang lain, lebih baik kenangkan apa yang anda ada dan telah capai. Setiap individu mempunyai kekuatan dan pencapaian tersendiri. 

    Dengan memberi perhatian kepada kemajuan dan kejayaan peribadi, anda boleh meningkatkan keyakinan diri dan mengurangkan perasaan cemburu. 

    Selain itu, anda juga perlu berusaha untuk terus berkembang dan memperbaiki diri sendiri supaya dapat mengurangkan rasa iri dan dengki terhadap kejayaan orang lain.

    1. Bina hubungan positif dengan rakan sekerja

    Bina dan pelihara hubungan yang baik dengan rakan sekerja anda. Bersikap terbuka, berbincang dan berkerjasama dengan mereka boleh membantu mengurangkan ketegangan dan memperbaiki suasana kerja. 

    Apabila mempunyai hubungan yang positif dengan orang di sekeliling, anda lebih cenderung untuk tidak berasa terlalu rendah diri dan mengurangkan rasa cemburu. 

    1. Elak perbandingan dan tetapkan matlamat peribadi

    Hindari membandingkan diri anda dengan orang lain. Setiap orang mempunyai perjalanan dan pencapaian mereka sendiri. 

    Fokus pada matlamat peribadi dan profesional. Kemudian, atur langkah dan rancangan untuk mencapai matlamat tersebut. 

    Dengan menetapkan matlamat yang jelas dan bekerja ke arah pencapaiannya, anda boleh mengalihkan perhatian dari rasa cemburu kepada usaha peribadi anda. Ini akan membantu anda untuk terus termotivasi dan merasa lebih puas dengan pencapaian sendiri.

    1. Bersyukur dan jaga kesihatan mental

    Hadirkan rasa syukur dalam diri. Ia boleh membantu anda mengubah perspektif dan mengurangkan rasa cemburu. 

    Selain itu, jagalah kesihatan mental. Perasaan iri, dengki, cemburu – ini semua hanya akan menjejaskan mood ketika bekerja dan kesihatan mental. – RELEVAN

     

    Previous ArticleManfaat coklat untuk kesihatan
    Next Article Bob Cultcha: Sebuah kultus seni budaya

    Artikel berkaitan

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026
    Artikel Terkini

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.