Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Hal karut tentang pengurusan harta pusaka yang sering diulang orang

    Hal karut tentang pengurusan harta pusaka yang sering diulang orang

    By WAN AMIRUL HAFIZUDDIN WAN AZMIAugust 9, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TIDAK semua harta pusaka boleh diwasiatkan. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    BANYAK kenyataan tidak tepat tentang pentadbiran pusaka disebarkan masyarakat yang kurang faham mengenai ilmu pusaka.

    Karut bermaksud sesuatu yang direka dan tidak benar. Maka, kenyataan yang salah dan tidak tepat tentang isu pusaka bolehlah kita anggap sebagai karut pusaka.

    Biar saya senaraikan beberapa karut yang biasa kita dengar berkaitan pentadbiran pusaka.

    • Pemilik harta meninggal dunia, automatik hartanya dihantar ke Amanah Raya

    Biar saya tegaskan, persepsi bahawa semua aset si mati akan beku di Amanah Raya Berhad apabila berlaku kematian adalah tidak benar.

    Apabila berlaku kematian dalam kalangan ahli keluarga, semua aset si mati, sama ada harta alih atau tidak alih, tidak akan dihantar secara automatik ke Amanah Raya.

    Ini kerana Amanah Raya tiada hak memegang harta milik si mati sehingga waris-waris melantik syarikat itu sebagai pentadbir bagi menguruskan pusaka si mati. Tiada harta beku di Amanah Raya.

    Masyarakat perlu tahu kepentingan ilmu perancangan pusaka dan pengurusan harta. Waris yang tidak mempunyai ilmu pengurusan pusaka sebaiknya melantik institusi yang dipercayai untuk menguruskan pusaka tersebut.

    Hanya tiga institusi di Malaysia yang mempunyai bidang kuasa untuk mentadbir pusaka si mati, iaitu Amanah Raya, Mahkamah Tinggi dan Pejabat Tanah.

    • Anak sulung berkuasa penuh terhadap semua aset si mati

    Persepsi ini sering kedengaran apabila muncul isu perebutan harta melibatkan ahli keluarga. Ramai beranggapan, apabila berlaku kematian ahli keluarga, aset si mati akan menjadi milik anak sulung, terutamanya jika dia lelaki.

    Ini tidak benar sama sekali. Sekiranya si mati meninggal dunia berwasiat, harta si mati akan dibahagikan sebagai mana arahan yang terkandung dalam wasiat. Pembahagian akan dilaksanakan selepas hutang si mati habis dibayar.

    Sekiranya si mati meninggal dunia tanpa wasiat, waris-waris yang ditinggalkan perlu membuat pentadbiran pusaka untuk harta si mati dan dibahagikan mengikut faraid.

    Waris juga boleh melantik Amanah Raya sebagai pentadbir untuk menguruskan pusaka si mati sehingga selesai.

    • Jika ada wasiat, 100 peratus pembahagian akan ikut wasiat

    Percaya atau tidak, babak drama dan filem juga menyumbang kepada karut ini. Manakan tidak, kerap juga dipaparkan babak pembacaan wasiat tanpa menjelaskan syarat sebenar wasiat bagi orang Islam.

    Malah, sesiapa yang dinamakan sebagai penerima automatik menjadi penerima mutlak. Semua ini tidak benar.

    Apabila wasiat dilaksanakan, pewasiat boleh menyatakan hasrat ⅓ bahagian hartanya untuk pelbagai tujuan, termasuk membuat badal haji, kebajikan atau menyerahkan bahagian tersebut kepada penerima yang diingini.

    Ini kerana syarat asas bagi wasiat orang Islam ialah penerima mesti bukan dalam kalangan waris dan terhad kepada ⅓ bahagian sahaja.

    • Jika ada waris tidak dapat dikesan, bahagiannya pergi kepada waris lain

    Karut keempat ini juga sering menjadi salah faham masyarakat dalam pengurusan pusaka. 

    Proses pengurusan akan mengambil masa lebih lama disebabkan tidak mendapat kerjasama yang baik dari semua waris. Terdapat waris yang sepatutnya menerima bahagian tidak dapat dikesan kerana pergaduhan, penceraian, masalah hubungan dan sebagainya.

    Apabila perkara itu terjadi, timbul persepsi yang menganggap bahagian waris yang tidak dapat dikesan akan dibahagikan kepada waris lain.

    Sebenarnya, bahagian waris yang tidak dapat dikesan akan diserahkan kepada institusi yang dilantik sebagai pemegang amanah dan akan disimpan sehingga waris itu membuat tuntutan.

    Sekiranya pemilik bahagian tersebut meninggal dunia, keluarga waris perlu membuat pentadbiran pusaka supaya boleh menuntut bahagian tersebut.

    • Kenderaan milik si mati yang masih berhutang boleh dipindah milik kepada waris

    Kenderaan si mati dikira sebagai harta pusaka dan perlu ditadbir. Namun, jika ia masih dituntut institusi kewangan (hutang belum langsai), kenderaan tersebut dikira masih menjadi hak milik institusi kewangan, bukan si mati.

    Maka, pindah milik tidak boleh dibuat selagi pinjaman atas nama si mati tidak diselesaikan. – RELEVAN

    Wan Amirul Hafizuddin Wan Azmi merupakan pegawai Amanah Raya dan telah berada dalam industri pewarisan sejak 2013.

    Previous ArticleMari bermalasan sempena Hari Malas Sedunia
    Next Article Panduan kewangan untuk pelajar universiti, manfaatkan elaun sebaiknya

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.