Facebook Twitter
    Trending
    • e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti
    • Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri
    • ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk
    • Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan
    • Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori
    • Pantang larang ketika senggugut
    • 5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira
    • Cara mengelak menangis ketika memotong bawang
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025

      Pantang larang ketika senggugut

      December 10, 2025

      5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

      December 9, 2025

      Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

      December 8, 2025
    • Kewangan

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025
    • Pendidikan

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025
    • Kerjaya

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Vampire facial punca 3 kes HIV

    Vampire facial punca 3 kes HIV

    By Umi FatehahMay 9, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    PADA pendapat anda, rawatan muka vampire kedengaran menarik atau menakutkan? Rawatan ini hanyalah nama lain bagi rawatan Platelet Rich Plasma (PRP), salah satu rawatan anti penuaan yang popular dalam dunia kecantikan.

    Rawatan ini melibatkan pengambilan darah pesakit. Kemudian, kandungan plasma dalam darah tersebut perlu ditingkatkan melalui proses yang menggunakan centrifuge. Plasma yang diproses akan disuntik semula ke muka melalui tusukan jarum kecil.

    Prosedur tersebut dikatakan boleh membaiki skin barrier (lapisan melindungi kulit) dengan merangsang pengeluaran kolagen dan elastin baharu serta mengurangkan penampakan kedutan dan parut jerawat.

    Rawatan muka vampire di Malaysia dan hukumnya

    Di Malaysia, rawatan ini turut ditawarkan di beberapa spa dan klinik kecantikan. Perlu diingatkan bahawa muslim tidak dibolehkan untuk mendapatkan rawatan ini. 

    Dari sudut agama, plasma darah yang diekstrak daripada darah merah adalah najis walaupun ia diambil daripada darah manusia atau darah haiwan yang halal dimakan.

    Punca HIV?

    Kajian yang dijalankan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menunjukkan terdapat potensi penularan HIV melalui perkhidmatan kosmetik menggunakan jarum.

    Laporan pada 25 April mengaitkan tiga kes HIV pada wanita yang mendapatkan rawatan facial vampire di spa perubatan tidak berlesen di New Mexico. 

    Penularan HIV di sebuah spa di New Mexico berlaku melalui darah yang tercemar daripada sumber yang tidak diketahui. Kelompok jangkitan HIV juga boleh berlaku pada orang yang tidak mempunyai faktor risiko HIV yang diketahui.

    Untuk menguatkan siasatan, CDC mengenal pasti klien yang pernah mendapatkan rawatan di spa tersebut dan klien baharu yang menerima diagnosis HIV bermula 2018 hingga 2023. 

    Hasil siasatan, terdapat 69 klien spa yang dianggap berisiko terdedah kepada HIV. 20 daripadanya menerima rawatan muka vampire manakala 39 menerima rawatan suntikan lain seperti botox. 

    Daripada jumlah di atas, tiga diagnosis HIV telah dilaporkan kepada Jabatan Kesihatan New Mexico.

    Laporan daripada CDC ini merupakan kes penularan HIV pertama yang didokumenkan melalui prosedur suntikan kosmetik tidak steril.

    Pengarang laporan itu mengatakan doktor harus mempertimbangkan prosedur suntikan kosmetik seperti rawatan muka vampire bagi mengelakkan risiko penularan HIV. Spa yang menawarkan prosedur ini boleh menghalang penularan HIV melalui amalan kawalan jangkitan yang mencukupi.

    Adakah prosedur kosmetik lain seakan facial vampire selamat?

    Terdapat beratus-ratus kertas penyelidikan perubatan yang diterbitkan dan ujian yang mencadangkan rawatan itu berkesan untuk beberapa keadaan seperti kecederaan sukan, jerawat, ekzema dan keadaan kulit yang lain.

    Persatuan Akademi Dermatologi Amerika mengatakan prosedur itu selamat sekiranya ia dilakukan dengan betul.

    Kesan selepas mendapatkan rawatan ini ialah pendarahan, bengkak, lebam ringan dan kemerahan. Tetapi kesan-kesan ini kebiasaannya hilang beberapa hari selepas selesai rawatan.

    Namun, sekiranya darah dikendalikan dengan tidak betul, ia akan menyebabkan pelbagai jenis risiko seperti HIV.

    Adalah penting bahawa darah yang dikeluarkan dari badan klien sentiasa dalam keadaan steril. Jika tidak, klien terdedah kepada risiko jangkitan.

    Ia juga penting untuk memastikan bahawa darah yang disuntik kembali adalah milik orang yang sama. Ini bermakna, darah yang diambil dari klien A perlu disuntik kembali atau digunakan pada klien A sahaja. 

    Pakar mengatakan sekiranya anda ingin mendapatkan rawatan kosmetik, selidik spa atau klinik tersebut terlebih dahulu untuk memastikan mereka tidak beroperasi tanpa lesen. Klinik yang tidak beroperasi secara berlesen ini dikhuatiri tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan.

    Anda juga harus ambil perhatian bagaimana peralatan perubatan seperti jarum, dikendalikan oleh kakitangan.- RELEVAN

    Artikel berkaitan

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025

    Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

    December 10, 2025

    Pantang larang ketika senggugut

    December 10, 2025
    Artikel Terkini

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025

    Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

    December 10, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.