Facebook Twitter
    Trending
    • Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon
    • 7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan
    • Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar
    • 6 petua hapus masalah ‘bed bugs’
    • 5 makanan buat kita susah tidur malam
    • Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan
    • Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat
    • Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026

      Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian

      June 16, 2026

      Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin

      June 15, 2026

      ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

      June 10, 2026
    • Kewangan

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026
    • Pendidikan

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026

      Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan

      June 17, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Menonton Cakra Khan di Universiti Kebangsaan Malaysia

    Menonton Cakra Khan di Universiti Kebangsaan Malaysia

    By AIDIEL ZABIDIMay 9, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    CAKRA KHAN di Panggung Malaya Pop Vol. 2. - GAMBAR RELEVAN/AMIR KHALID

    SIAPA sangka sekumpulan pelajar universiti awam yang rata-rata berusia bawah 25 tahun mampu menganjurkan konsert berskala besar melibatkan artis ternama tempatan dan antarabangsa.

    Panggung Malaya Pop (PMP) Vol. 2 anjuran Ayam Gepuk Top Global membuktikan ia tidak mustahil. Walaupun diuruskan anggota kelab kebudayaan pelajar yang tiada pengalaman luas dalam penganjuran konsert, ia berlangsung meriah dan berjaya.

    Diadakan di Dewan Canselor Tun Razak (Dectar), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 4 Mei, PMP gamat dengan kehadiran bintang sensasi Indonesia, Cakra Khan dan penyanyi terkenal Malaysia, Hafiz Suib dan Marsha Milan.

    Berbeza dengan pendekatan Vol. 1 yang membariskan kugiran dan penyanyi tempatan, PMP kali ini lebih berani dan bercita-cita tinggi.

    Tiga penyanyi bertaraf bintang

    Konsert dimulakan dengan nyanyian memukau Hafiz Suip yang mendendangkan lagu Kisah Cinta Kita. Populariti penyanyi dan lagu itu membolehkan penonton menyahut setiap lirik yang didendangkan, ditambah dengan alunan pemuzik iringan yang bertaraf antarabangsa.

    Tidak terhenti di situ, Marsha Milan pula masuk ke ruang tengah pentas membawa lagu bernada tinggi membuat penonton terpaku dan meremang bulu roma.

    Kedua-dua wakil tempatan itu ternyata tidak gagal menghiburkan penonton yang sudah beratur di ruang acara sejak 6 petang. Saya juga tak terlepas untuk nyanyi bersama lagu-lagu popular mereka seperti Bahagiamu Deritaku dan Cinta.

    HAFIZ SUIB di Panggung Malaya Pop Vol. 2. – GAMBAR RELEVAN/AMIR KHALID

    Selesai kedua-dua penyanyi itu, sampai masa tumpuan teralih pada penyanyi utama malam itu, Cakra Khan.

    Sebaik sahaja penyanyi itu buka mulut mendendangkan Adalah Aku sebagai lagu pembuka, penonton mula naik hantu dan bersorak. 

    Gamat Dectar berterusan sepanjang persembahannya, lebih-lebih lagi untuk lagu popular seperti Hal Hebat, Kekasih Bayangan dan Harus Terpisah.

    Saya sukakan karakter Cakra di atas pentas. Dia bukan sahaja hadir sebagai penyanyi, malah sebagai penghibur kerana mampu menangkap perhatian penonton dengan jenakanya.

    Kehadirannya pada malam itu sangat istimewa, lebih-lebih lagi untuk konsert yang diadakan di universiti.

    Pengarah program, Athirah Izzani Azhar berkata, antara sebab pihaknya menjemput Cakra Khan kerana belum ada lagi konsert universiti yang membariskan penyanyi yang mula mencipta nama di Amerika Syarikat itu.

    Dectar mungkin tak penuh – kira-kira 1,500 penonton hadir malam itu – tetapi gamat yang disebabkan tiga penyanyi dengan vokal bertenaga itu berterusan sepanjang konsert. Malah, ada yang sanggup pulang lewat untuk bertemu penyanyi kegemaran mereka.

    Orkestra dan pembesar suara

    Selain keunggulan tiga vokalis, persembahan malam itu juga dilengkapi alunan muzik dari Orkestra Kuala Lumpur yang diterajui Mohd. Isa Ismail.

    Ketelitian gubahan dan permainan setiap anggotanya berjaya memukau penonton yang seakan-akan digam pada kerusi.

    Simfonik bunyi dari gitar, dram, trumpet, biola dan penyanyi latar menjadi latar yang sempurna untuk lagu-lagu yang didendangkan, menjadikan persembahan muzik pada malam itu cemerlang.

    Saya yakin keserasian yang dicapai adalah hasil latihan dan persiapan yang teliti oleh pasukan orkestra dan ketiga-tiga penyanyi.

    MARSHA MILAN (kiri) dan Cakra Khan di Panggung Malaya Pop Vol. 2. – GAMBAR RELEVAN/AMIR KHALID

    Walau bagaimanapun, konsert tersebut mempunyai kelemahan yang jelas, terutamanya dari sudut teknikal.

    Kecemerlangan pasukan orkestra dan tiga penyanyi itu tidak sepadan dengan kualiti sistem bunyi ruang acara. Khususnya pada bahagian nada tinggi, pembesar suara kedengaran pecah dan mencacatkan persembahan.

    Acara juga bermula agak lewat. Mungkin sebab itu, durasi persembahan Hafiz dan Marsha agak pendek. Kedua-dua mereka hanya menyanyikan dua lagu.

    Dengan harga tiket yang agak mahal, semestinya kita mengharapkan pihak penganjur melanjutkan masa, terutamanya untuk penyanyi tempatan yang beraksi malam itu.

    Namun, tetaplah ia pengalaman yang berharga, khususnya untuk pelajar UKM yang berpeluang menyaksikan persembahan penyanyi bertaraf antarabangsa di universiti mereka sendiri. – RELEVAN

    Previous ArticleVampire facial punca 3 kes HIV
    Next Article 15 sekolah bersaing dalam projek alam sekitar Toyota Eco Youth

    Artikel berkaitan

    Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

    June 18, 2026

    7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

    June 18, 2026

    Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar

    June 17, 2026

    6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

    June 17, 2026

    5 makanan buat kita susah tidur malam

    June 17, 2026

    Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan

    June 17, 2026
    Artikel Terkini

    Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

    June 18, 2026

    7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

    June 18, 2026

    Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar

    June 17, 2026

    6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

    June 17, 2026

    5 makanan buat kita susah tidur malam

    June 17, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.