Facebook Twitter
    Trending
    • 5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja
    • PCOS kini dikenali sebagai PMOS, ini sebab nama penyakit itu ditukar
    • 10 menara tertinggi di dunia, Malaysia di tangga kedua
    • Tidur cukup 8 jam tapi masih penat? Ini antara puncanya
    • Tabiat 20 saat ini bantu anda cegah penyakit berbahaya
    • Kedekut atau berjimat cermat?
    • Fakta menarik tentang makanan yang anda mungkin tidak tahu
    • Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      PCOS kini dikenali sebagai PMOS, ini sebab nama penyakit itu ditukar

      May 13, 2026

      Tidur cukup 8 jam tapi masih penat? Ini antara puncanya

      May 12, 2026

      Tabiat 20 saat ini bantu anda cegah penyakit berbahaya

      May 11, 2026

      Fakta menarik tentang makanan yang anda mungkin tidak tahu

      May 9, 2026

      5 tabiat yang memburukkan lagi penyakit gastrik

      May 4, 2026
    • Kewangan

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026

      Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

      May 6, 2026

      Disahkan bankrap? Fahami hak anda dan cara keluar daripada status muflis

      May 6, 2026

      Petanda anda perlu mula buat ‘side income’

      April 27, 2026
    • Pendidikan

      10 menara tertinggi di dunia, Malaysia di tangga kedua

      May 12, 2026

      Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan

      May 7, 2026

      Ibu sentiasa bersama kita, walau sudah tiada – kajian

      May 7, 2026

      Niat nak buat kenduri guna daging korban? Fahamkan dulu hukum ini

      May 5, 2026

      Belum daftar MyDigital ID? Jangan tangguh sehingga terlambat

      May 1, 2026
    • Kerjaya

      Kemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’

      May 5, 2026

      Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda

      April 30, 2026

      Tanda anda sedang bahagia dengan pekerjaan sekarang

      April 28, 2026

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026

      Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia

      April 24, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 tip bantu pesakit gastrik berpuasa di bulan Ramadan

    5 tip bantu pesakit gastrik berpuasa di bulan Ramadan

    By Umi FatehahFebruary 28, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    5 tip bantu pesakit gastrik berpuasa di bulan Ramadan. - GAMBAR HIASAN BRUNO VAN DER/UNSPLASH

    LEBIH kurang dua minggu sahaja lagi sebelum Ramadan tiba. Pasti ramai umat Islam seluruh dunia tertunggu-tunggu tibanya bulan mulia ini kerana inilah masanya untuk menunaikan rukun Islam ketiga itu yang menjanjikan pahala berlipat kali ganda.

    Selain menahan lapar, dahaga dan nafsu, mungkin beberapa individu yang mengalami satu lagi cabaran tambahan disebabkan masalah kesihatan seperti gastrik. 

    Umumnya, individu yang menghidap gastrik dan penyakit ulser peptik (PUD) akan mempunyai pelbagai persoalan mengenai keadaan kesihatan dan kewajipan berpuasa di bulan Ramadan. 

    Pengalaman dan kajian perubatan menunjukkan bahawa puasa boleh membawa kepada komplikasi yang tidak diingini kerana paras asid meningkat semasa perut kosong.  

    Oleh itu, keseimbangan antara kewajipan agama dan kesihatan adalah sangat penting dalam kes ini. Berikut dikongsikan lima tip berpuasa bagi individu yang mempunyai masalah gastrik untuk mengurangkan komplikasi sepanjang Ramadan.

    1. Elak makanan penyebab gastrik

    Puasa atau perut kosong berpotensi meningkatkan tahap keasidan gastrik. Justeru, anda perlu mengubah tabiat pemakanan makanan dan mengambil nutrien penting yang mencukupi untuk badan. 

    Elakkan mengambil makanan penyebab gastrik seperti makanan yang diproses, berlemak, digoreng, pedas, masam, masin, berkafein dan mengandungi asid. 

    Ini kerana makanan jenis ini cenderung merengsakan saluran penghadaman. Sekiranya teringin makan makanan ini, ambil dalam kuantiti yang sederhana.

    Cuba kurangkan pengambilan gula kerana gula akan bertukar menjadi lemak. Peningkatan kandungan lemak dalam badan boleh menyebabkan peningkatan berat badan dan tahap kolesterol. Ia juga boleh melambatkan penghadaman dan mencetus refluks asid.

    1. Makan perlahan-lahan dan berhati-hati

    Kunyah perlahan-lahan supaya jus gastrik yang berfungsi untuk mencerna makanan tidak digunakan sepenuhnya. Ini akan memudahkan perut mencerna makanan dan memastikan anda mengambil makanan dalam kuantiti yang tidak keterlaluan. 

    Jangan lupa bahawa perut anda mengambil masa 20 minit untuk memberitahu otak bahawa anda sudah kenyang. Makan dengan cepat juga cenderung menyebabkan anda menelan banyak udara yang menyebabkan kembung perut.

    Selain itu, ambil makanan dalam kuantiti yang sederhana terlebih dahulu. Ia merupakan idea yang baik untuk mengehadkan pengambilan makanan terutamanya semasa berbuka puasa. Faham anda sudah menahan lapar sepanjang hari, tetapi jangan gunakan puasa sebagai alasan untuk makan terlalu banyak.

    Lebih afdal, berbukalah dengan kurma atau makanan ringan terlebih dahulu. Selepas menunaikan solat maghrib, barulah makan makanan berat seperti nasi dan sebagainya.

    1. Bersahur

    Badan kita memerlukan makanan untuk memberi tenaga sepanjang hari. Jadi, rajin-rajinlah untuk bangun sahur. Tetapi kalau tidak mempunyai selera makan, sekurang-kurangnya makanlah kurma dan minum susu atau air. Kurma kaya dengan antioksidan, serat dan berkesan mencegah ulser gastrik.

    Perkara ini mungkin agak sukar untuk dielakkan tetapi cuba sedaya upaya untuk tidak tidur selepas sahur. Hal ini kerana tidur selepas sahur akan menyebabkan senak dan pedih ulu hati. Berbaring pula akan menyebabkan asid perut memasuki esofagus dan mencetus refluks asid.

    1. Minum air secukupnya

    Bulan Ramadan bukan alasan untuk anda tidak minum air secukupnya. Pastikan anda minum air lapan gelas sehari. Banyakkan minum air semasa sahur dan berbuka.

    1. Teruskan mengambil ubat (jika ada)

    Bagi mereka yang mempunyai preskripsi doktor untuk mengambil ubat dalam jangka masa panjang, bincangkan perkara ini dengan doktor masing-masing.

    Teruskan mengambil ubat tanpa preskripsi seperti antasid, antihistamine atau ubat lain semasa sahur jika perlu. Ini boleh mengurangkan pengeluaran asid perut, mencegah kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.

    Sekiranya ketika berpuasa anda mengalami rasa sakit dan tidak mampu untuk tahan, anda perlu berbuka dan makan ubat yang diperlukan. Jangan memaksa diri sehingga memudaratkan.

    Menunaikan ibadah berpuasa itu wajib tetapi menjaga kesihatan juga satu kewajipan. Pastikan untuk ganti semula puasa yang tertinggal selepas 1 Syawal nanti. – RELEVAN

    Previous ArticleUlasan 5 lagu terbaik kategori hip hop ALI2023 dan ramalan pemenang
    Next Article Penanaman padi ketika cuaca panas dan cabaran pesawah

    Artikel berkaitan

    5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

    May 13, 2026

    PCOS kini dikenali sebagai PMOS, ini sebab nama penyakit itu ditukar

    May 13, 2026

    10 menara tertinggi di dunia, Malaysia di tangga kedua

    May 12, 2026

    Tidur cukup 8 jam tapi masih penat? Ini antara puncanya

    May 12, 2026

    Tabiat 20 saat ini bantu anda cegah penyakit berbahaya

    May 11, 2026

    Kedekut atau berjimat cermat?

    May 11, 2026
    Artikel Terkini

    5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

    May 13, 2026

    PCOS kini dikenali sebagai PMOS, ini sebab nama penyakit itu ditukar

    May 13, 2026

    10 menara tertinggi di dunia, Malaysia di tangga kedua

    May 12, 2026

    Tidur cukup 8 jam tapi masih penat? Ini antara puncanya

    May 12, 2026

    Tabiat 20 saat ini bantu anda cegah penyakit berbahaya

    May 11, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.