Facebook Twitter
    Trending
    • 5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya
    • Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama
    • Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026
    • Pendidikan

      5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

      March 12, 2026

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Yang penting dalam laporan Kajian Separuh Penggal RMK12

    Yang penting dalam laporan Kajian Separuh Penggal RMK12

    By KU SYAFIQ KU FOZISeptember 11, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ANWAR IBRAHIM (tengah) bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menunjukkan buku Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12). - GAMBAR FARIZ RUSADIO/ UTUSAN

    PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, Parlimen pada 11 September. 

    Pembentangan tersebut menyaksikan anjakan baharu disuntik ke dalam rancangan pembangunan lima tahun itu memandangkan kerajaan yang dipimpin Pakatan Harapan  mempunyai agenda ekonominya yang tersendiri, iaitu kerangka ekonomi MADANI.

    Antara perkara penting yang diumumkan Anwar dalam pembentangannya ialah kenaikan siling perbelanjaan RMK12 daripada RM400 bilion kepada RM415 bilion, dengan komitmen untuk membelanjakan sekurang-kurangnya RM90 bilion setahun untuk 2023, 2024 dan 2025.

    Ini bagi mengimbangi semula perbelanjaan pembangunan rendah yang digunakan pada 2021 dan 2022, iaitu masing-masing sebanyak RM64.3 bilion dan RM71.6 bilion.

    Apa itu RMK12?

    RMK12 merupakan rancangan pembangunan negara untuk tempoh lima tahun, bermula pada 2021 hingga 2025.

    Rancangan ini diumumkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 27 September 2021 dengan menggariskan empat matlamat utama.

    Matlamat-matlamat tersebut ialah peratus pertumbuhan keluaran dalam negeri kasar (KDNK) sebanyak 4.5 hingga 5.5 peratus setahun; purata pendapatan isi rumah RM10,000 sebulan pada 2025; jurang KDNK per kapita antara wilayah tengah dengan Sabah dikurangkan kepada nisbah 1 kepada 2.5 dan bagi Sarawak 1 kepada 1.2 pada 2025 serta pengurangan intensiti pelepasan gas rumah kaca sebanyak 45 peratus kepada KDNK pada 2030.

    Anjakan baharu

    Untuk KSP RMK12, kerajaan memasukkan anjakan baharu yang selaras dengan kerangka ekonomi MADANI dan disokong Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) serta Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.

    Anjakan baharu tersebut akan memberi tumpuan khusus kepada:

    • Menoktahkan kemiskinan tegar: Kerajaan akan membelanjakan sebanyak RM1.5 bilion untuk program meningkatkan pendapatan.
    • Reformasi struktur ekonomi: Struktur ekonomi akan beralih kepada bidang seperti industri peralihan tenaga, industri digital, elektrik dan elektronik bernilai tinggi, keterjaminan makanan dan industri nadir bumi.
    • Menerajui ekonomi Islam: Kerajaan akan memberi tumpuan kepada (konsep) halal dan toyyiban serta inovasi kewangan Islam selaras dengan prinsip Maqasid Syariah dan keadilan.
    • Eksport perkhidmatan: Kerajaan akan memberi tumpuan kepada eksport perkhidmatan seperti perkhidmatan global, industri kreatif, aeroangkasa dan pelancongan.

    Keutamaan perbelanjaan

    Dalam tempoh tiga tahun menjelang 2025, kerajaan akan memberi tumpuan kepada infrastruktur asas untuk rakyat, termasuk:

    • Kesihatan: Sebanyak 1,200 klinik daif di seluruh negara akan dinaik taraf antara 2023 hingga 2025, serta menyegerakan projek naik taraf fasa pertama di Hospital Sultanah Aminah 2, Johor dengan kos RM500 juta untuk menangani kesesakan.
    • Pendidikan: Komitmen untuk membaik pulih sekolah daif.
    • Rangkaian jalan: Sarawak-Sabah Link Road II dan Lebuh Raya Pan Borneo Sabah.
    • Pengangkutan: Pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang dan pembangunan semula Subang selain pembangunan pelabuhan baharu di Pulau Carey, Klang, Selangor.
    • Tenaga: Menambah baik daya harap bekalan elektrik di Sabah.
    • Bekalan air: Menangani masalah bekalan air, terutamanya di Kelantan dan Sabah.
    • Keterjaminan makanan: Infrastruktur kawasan sawah di MADA, Kedah dengan peruntukan RM3 bilion.
    • Tebatan banjir: Komitmen pelaksanaan projek tebatan banjir.
    • Keselamatan sempadan: Pembangunan pengkalan tentera laut di Bintulu dan perolehan aset tambahan seperti kenderaan perisai dan Littoral Mission Ship untuk memperkukuh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

    Pembaharuan institusi dan tatakelola

    Anjakan baharu dan perancangan perbelanjaan KSP RMK12 juga akan disokong pembaharuan kemampanan, tatakelola dan sistem penyampaian kerajaan.

    Pembaharuan yang akan dibuat termasuk:

    • Pembaharuan tatakelola: Menumpukan kepada perundangan berkaitan rasuah dan perolehan kerajaan berlandaskan saingan atau tender terbuka.
    • Pembaharuan kemampanan fiskal: Sasaran defisit fiskal pada 3.5 peratus KDNK atau lebih baik pada 2025.
    • Inovasi sistem penyampaian awam: Menyegerakan pelaksanaan projek pembangunan dan menambah baik keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
    • Pendigitalan perkhidmatan: Didukung oleh Identiti Digital Nasional (IDN) dan Kerajaan Berteknologi Termaju (GovTech). – RELEVAN
    Previous ArticleGraduan baharu boleh runding gaji lebih tinggi dengan 5 cara ini
    Next Article Telur separuh masak bantu pulihkan otot? Ini penjelasan pakar  

    Artikel berkaitan

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026
    Artikel Terkini

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.