Facebook Twitter
    Trending
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    • Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso
    • Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    • Padah lambat makan
    • Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026

      Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

      January 26, 2026
    • Kewangan

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026
    • Pendidikan

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Trend pekerja ‘boomerang’ meningkat di Asia Tenggara  

    Trend pekerja ‘boomerang’ meningkat di Asia Tenggara  

    By Zubaidah IbrahimAugust 21, 2023Updated:August 21, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TIGA daripada empat pekerja profesional (75%) di rantau ini mempertimbangkan untuk kembali kepada bekas majikan.- SORA SHIMAZAKI/PEXELS

    MENURUT satu tinjauan yang dilakukan oleh Robert Walters di Asia Tenggara, tiga daripada empat pekerja profesional (75%) di rantau ini mempertimbangkan untuk kembali kepada bekas majikan, dengan 24% berpendapat perkembangan kerjaya sebagai faktor utama.

    Situasi ini dapat dilihat di Malaysia, di mana majoriti golongan profesional, 75% berkemungkinan berhasrat untuk menyertai semula organisasi lama. Mereka turut menyatakan peluang kerjaya sebagai faktor utama (21%).

    Sebanyak 20% responden di Malaysia mengutamakan pakej gaji yang lebih baik dan pertukaran kepimpinan untuk mereka pertimbangkan kembali kepada bekas majikan.

    Menunggu peluang

    Dari enam negara yang ditinjau, Malaysia menyaksikan responden paling ramai (32%) yang masih mengekalkan perhubungan dengan majikan lama untuk peluang kerjaya masa depan.

    Sementera itu, lebih 39% (satu pertiga) pekerja profesional mendedahkan mereka mempunyai hubungan rapat dengan bekas majikan yang telah menjadi sahabat walaupun mereka sudah meninggalkan organisasi tersebut.

    Lebih daripada suku responden (27%) berhubung semula dengan bekas majikan secara aktif dalam masa dua tahun yang lalu dan 19% pekerja profesional melakukannya untuk merebut peluang pekerjaan pada masa depan.

    Di samping itu, hanya 14% responden berkata mereka telah ‘menutup pintu’ selamanya dan tidak mempunyai apa-apa perhubungan dengan bekas majikan.

    Keterbukaan majikan mengambil semula bekas pekerja

    Di seluruh rantau Asia Tenggara, Malaysia berada di belakang Filipina di mana 83% daripada majikan menggaji semula bekas pekerja (80% majikan di Malaysia).

    Menurut Ketua Robert Walters Malaysia, Ai Rene Tan, majoriti majikan di Malaysia sanggup menggaji bekas pekerja untuk tugas baharu, terutamanya jika mereka merupakan pekerja contoh dalam jawatan terdahulu.

    “Ini menunjukkan keterbukaan majikan di Malaysia dalam membuka semula pintu kepada bekas pekerja selagi mana mereka mempunyai kualiti dan kemahiran yang diperlukan.

    “Saya menasihatkan majikan agar berinteraksi semula dengan bekas kakitangan, ia adalah penting untuk mereka mempertimbangkan latihan kepada pengurus mengenai pelaksanaan proses keluar yang positif.

    “Menerima konsep ‘pekerja boomerang’ boleh menawarkan solusi untuk menyelesaikan masalah kekurangan bakat,” katanya.

    Senada dengan Ai Rene, Ketua Pengarah Eksekutif Robert Walters Asia Tenggara Kimberlyn Lu berkata, tidak dinafikan bahawa trend pekerja ‘boomerang’ meningkat di seluruh Asia Tenggara seperti yang ditunjukkan dalam tinjauan mereka.

    “Bagi mengekalkan bakat dan mengurangkan pemberhentian, penting untuk majikan memahami kegusaran pekerja dan menggunakan maklumat bagi menyelesaikan isu-isu berbangkit,” katanya.

    Untuk maklumat lanjut mengenai pasaran kerja Malaysia, set kemahiran yang dicari dan trend penggajian terbaharu, sila layari www.robertwalters.com.my. – RELEVAN

    Previous ArticleRahsia ‘dating’ jimat tanpa perlu menjatuhkan air muka
    Next Article Bendera Jalur Gemilang tiru bendera Amerika Syarikat?

    Artikel berkaitan

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026

    Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

    January 28, 2026
    Artikel Terkini

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.