Facebook Twitter
    Trending
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    • Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso
    • Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    • Padah lambat makan
    • Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026

      Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

      January 26, 2026
    • Kewangan

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026
    • Pendidikan

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Syarat dan cara memohon patching sijil SPM

    Syarat dan cara memohon patching sijil SPM

    By Umi FatehahJune 8, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Semoga setiap usaha mendatangkan hasil yang diimpikan. - GAMBAR HIASAN SHIDDIEQIIN ZON

    HARI ini, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 diumumkan. Meneliti laporan analisis keputusan SPM, sejumlah 403,637 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM tahun 2022 di 3,355 pusat peperiksaan.

    Tahniah diucapkan kepada semua pelajar. Semoga setiap usaha mendatangkan hasil yang diimpikan.

    Bagi calon SPM ulangan, tahukah anda Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP) menawarkan khidmat patching sijil SPM? 

    Perkhidmatan patching sijil SPM memberi peluang kepada calon mengulang untuk menggabungkan keputusan terbaik daripada dua atau lebih peperiksaan SPM ke dalam satu sijil. Ia juga meningkatkan kualiti, tahap keselamatan dan kesahihan sijil peperiksaan yang dikeluarkan oleh LP. 

    Merujuk kepada syarat ditetapkan, perkhidmatan ini terhad kepada calon yang memperoleh sijil peperiksaan SPM bermula dari tahun 2009 dan ke atas. Setiap permohonan terhad untuk 12 subjek sahaja.

    Berikut, Relevan perincikan cara membuat permohonan patching sijil SPM menurut perkongsian LP.

    1. Pengisian borang

    Pemohon hendaklah mengisi borang LP/SIJIL/2023c yang boleh didapati di kaunter Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), LP WP Putrajaya atau muat turun dari laman sesawang rasmi LP.

    1. Kemukakan dokumen penting

    Pemohon yang hadir ke kaunter fizikal perlu mengemukakan dokumen pengenalan diri sebagai bukti semasa membuat permohonan perkhidmatan patching Sijil SPM.

    Pemohon juga dinasihatkan menyertakan bersama salinan Sijil SPM atau Pernyataan Keputusan SPM.

    Sekiranya pemohon tidak dapat hadir, pemohon boleh melantik wakil secara bertulis yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat sahaja. Pastikan wakil yang dilantik membawa bersama Surat Pelantikan Wakil yang ditandatangani oleh pemohon.

    Permohonan melalui orang perseorangan tanpa Surat Pelantikan Wakil, ejen atau syarikat tertentu tidak dibenarkan.

    1. Permohonan melalui pos

    Jika anda memfailkan permohonan melalui pos, pastikan ia dialamatkan kepada:

    PENGARAH PEPERIKSAAN 

    LEMBAGA PEPERIKSAAN 

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 

    ARAS 10, BLOK E11, KOMPLEKS E 

    PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 WP PUTRAJAYA 

    (u.p.: Unit Maklumat dan Pemprosesan Keputusan)

    Sertakan bersama satu sampul Pos Laju atau sampul mana-mana kurier bersaiz A4 yang beralamat sendiri bagi tujuan penghantaran Patching Sijil SPM secara pos.

    1. Pembayaran

    Bagi setiap permohonan, bayaran sebanyak RM100 akan dikenakan. Pembayaran melalui kaedah tunai boleh dilakukan di kaunter LP secara langsung. 

    Bagi permohonan melalui pos pula, anda dikehendaki menyertakan bersama-sama dengan kiriman wang atau draf bank atas nama Akauntan Negara Malaysia. Sebagai peringatan, anda tidak dibenarkan untuk melakukan pembayaran melalui cek persendirian. – RELEVAN

    Previous Article10,109 calon SPM 2022 peroleh semua A
    Next Article Apa itu kebimbangan kewangan?

    Artikel berkaitan

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026

    Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

    January 28, 2026
    Artikel Terkini

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.