SEMALAM mencatatkan sebanyak 164 kes jangkitan harian Covid-19 berbanding 170 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,043,790 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 194 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,997,620 kes.
Terdapat satu kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dan tiada kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,966 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,876 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 9,204 kes dengan 8,888 kes atau 96.6 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 314 kes atau 3.4% pesakit dirawat di hospital, 2 kes atau 0% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 0 kes atau 0% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN